29 Dec 2010

Bola

Assalammulaikum

Sekarang ni cik ton tengah tengok bola, Indonesia dengan Malaysia, setakat ni Malaysian dah 1.Indonesia 1 ..berdebar-debar hati cik ton, takut...mudah-mudahan kemenangan di pihak kita....setakat ni pemain masih bertahan lagi....cik ton harap mereka kekalkan corak permainan macam itu hari...sekarang ni Indonesia asyik menyerang aje.....

27 Dec 2010

Bubur assyura

Assalammulaikum

Semalam cik ton masak bubur assyura, cik ton buat semalam yang manis ada jugak orang suka buat yang lemak...manis sedap lemak pun sodap.


tepung beras 1/2 kg
pati santan 1kg
gula melaka
gula pasir
kacang hijau - rebus
kekacang - kacang campur-campur - rebus
keledek rebus
pisang

campur semuanyer sekali dan kacau la sampai masak, nak tau masak atau tidak bila kita kacau lama bubur tu dah tak melekat kat kuali dan berkilat.

penat jugak la mengacaunyer, gilir-gilir dengan bibik,mula-mula senang aje sebab masih cair bila dah lama ia makin pekat mulala susah nak kacau.....cik ton mula pukul 5.15 habis kacau hampir pukul 8...kakak cik ton cakap kena kacau lama supaya tepungnya masak betul, kakak cik ton punya sedap betul cik ton punya semalam lembut sangat tapi ok la rasanyer kata suami cik ton sedap banyak jugak la dia makan...cik ton masukkan dlm bekas untuk jiran-jiran dan hari ni dah kasi pada kakak , rohaya dan makcik rohaya...harap-harap mereka suka lah.

Cik ton tak pandai masak tapi ok la untuk keluarga.

24 Dec 2010

Sekolah

Assalammualaikum

Minggu lagi satu 3hb January 2011 dah start semula alam persekolahan, Ain akan masuk ke tingkatan 1 dan Umairah akan masuk kedarjah 3. Segala peralatan sekolah semua dah cukup, ain semua serba baru maklumlah nak masuk sekolah yang baru bagi dia, si adik pun semua baru sebab tahun depan dah jadi pengawas pulak....

Tadi Cik Ton pergi cari kasut ain, dari itu hari duk cari kasut sekolah dia baru la petang tadi jumpa seperti yang dia nak, sebenarnya itu hari banyak yang kita jumpa tapi tu la yang ain suka siayah tak suka, punya la cari yang sama-sama suka, nasib baik petang tadi dah jumpa..puas la hati siayah dan anak...

Minggu depan 31hb disember hari jumaat adalah hari orentasi dan pendaftaran untuk ain dan juga hari kena bayar yuran, si adik pun sama dan tahun ni memang kena bayar lebih untuk dua-dua orang sebab masing-masing keseorangan, dan Cik ton perasan tahun depan memang naik semuanya yuran PIBG pun naik lagi..emmm

Nampaknya separuh bonus tahun ni adalah untuk sekolah anak.....Alhammdulillah

17 Dec 2010

Nak balik Johor

Assalammualaikum

Emmm...dah lamanya tak buat catitan, 2/3 hari yang lepas sakit kepala sangat-sangat nak tengok nak pc pun tak lalu rasanyer, tu yang mendiamkan diri sekejap. Pagi ni baru la dapat menulis sikit sebab hari ni cik ton cuti.

Dua tiga malam yang lepas busy jugak sikit sebab ada orang tempah karipap dan kueh tart, boleh la masyuk sikit-sikit dan semalam buat karipap sebab nak bawa balik rumah mak mertua kat Johor hari ni, sebab esok ada buat kenduri arwah untuk nenek. Lepas solat jumaat ni baru kami semua bertolak ke Johor.

11 Dec 2010

Tan Sri P Ramlee

Assalammulaikum

Cik ton baru habis tengok rancangan meniru gaya Tan Sri P Ramlee,macam-macam gaya para peserta ada yang lebih kurang la suara macam beliau, tapi kebanyakanya macam suara Aziz Jaafar, malam ni adalah malam terakhir, dan pemenangnya adalah dari zon selatan tapi tadi peserta-pesertanya ada juga dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Bercakap pasal Tan Sri P Ramlee ni memang tak akan habis, memang kita semua tak akan jumpa lagi seorang seniman seperti beliau yang betul-betul menghambakan diri untuk seni. Sampai la sekarang filem-filem dan lagu-lagu nyanyian beliau masih lagi utuh.

Sememangnya kami sekeluarga masih tetap meminati filem-filem beliau. Anak cik ton, Nur Ain memang minat habis dengan filem-filem beliau yang masih sering ditayangkan di TV, tapi dia minat cerita-cerita yang kelakar aje,suami cik ton pulak paling dia minat cerita Ibu Mertua Ku, sebab lagu-lagu dalam filem tersebut sedap-sedap semuanya.

Sememangnya pergimu tiada ganti....Alfatihah....

8 Dec 2010

Tempatkan dia diSyurga

Assalamulaikum

Baru je habis tengok drama di TV3 yang bertajuk Tempatkan dia disyurga,cik ton percaya mesti ramai sahabat-sahabat cik ton yang tengok. Cik ton tengok anak beranak semuanya terpaku ditempat masing-masing menghayati cerita tersebut, betukl-betul menyentuh jiwa.

Kami semua anak beranak betul-betul menghayati cerita tersebut, tak sangka cik ton, amalina dan ain betul-betul menangis, ain sampai nak tersedu-sedu tapi dia tahan, selalunya anak-anak cik ton memang payah nak mengeluarkan air mata walaupun tengok cerita sedih lain la cik ton ni memang mudah menangis, suami pun mengalirkan juga air mata tadi...tahniah kepada pengarah cerita tersebut kerana berjaya mengheret cik ton sekeluarga mengikutinya sampai habis, begitu juga dengan lakunan Zamarul Hisham sebagai Amirul memang berkesan betul dan juga semua pelakon-pelakon yang lain berjaya membawa watak masing-masing dengan baik....

"Ain cakap sedih betulkan bu cerita tu" .

Tahniah....sempena menyambut tahun islam yang baru ini kita disajikan dengan cerita yang bernilai begitu, cerita yang boleh mendidik kita supaya menjadi seorang yang baik, menjadi seorang ibu yang begitu baik untuk anak-anak, menjadi seorang anak yang begitu menyayangi ibu, menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami dan boleh mendidik kita supaya jangan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri.

Sesungguhnya hidup ini lebih bernilai jika kita menghargai orang lain.

6 Dec 2010

Maal Hijrah 1432Hijrah

Assalamualaikum

Kepada semua sahabat Selamat menyambut Maal Hijrah....

Semuga tahun baru ini dan tahun-tahun yang seterus sentiasa didalam lindungan Allah..

Tengok sikakak membimbing adik-adik membaca doa akhir dan awal tahun tadi sejuk rasa hati cik ton, Alhamdulillah ....moga-moga anak-anak cik ton sentiasa menjadi muslimah yang mukmin..

Semuga Allah melindungi anak-anak ku...Amin

4 Dec 2010

Kemas bilik

Assalamualaikum

Baru habis solat maghrib, dah nak hujung sangat solat hari ni, apatahnyer baru habis berkemas stor dan bilik ain serta umairah

Cik ton mula kemas stor pukul 5 petang tadi lagi, punya la banyak barang yang tak nak, kadang-kadang tak tahu benda apa yang kita simpan nak dibuang sayang maka sumbat aje dalam stor dulu, banyak buku-buku tulis sekolah anak cik ton dan majalah-majalah. Rupa-rupanyer majalah yang paling banyak majalah wanita dan majalah ujang yang lama-lama. Anak-anak cik ton suka baca majalah ujang, cik ton pulak suka baca majalah Gila-Gila dari dulu sampai la sekarang,jadi cik ton ingat buku-buku dan semua majalah-majalah tu nak jual.....

Selepas habis kemas stor, cik ton mengemas pulak bilik ain dan umairah, banyak juga la benda yang dibuang tadi, entah ape-ape aje yang disimpan oleh diaorang ni, punya la banyak kertas-kertas tak tahu kertas apa. Ain ni memang penyimpan sikit orangnyer,sampaikan kertas-kertas dari tadika pun disimpannye lagi, kalau barang-barang hadiah atau souvenier jangan cakap la sampai dah satu laci campur lagi satu kotak kasut, cik ton suruh dia buang separuh tak nak dia, sayang katanya tapi tadi paksa dia buang yang tadika punya dan kertas-kertas lain, akhirnya lega sikit tengok laci dia....umairah pun penyimpan juga tapi asal boleh aje, tak sekemas ain....itu pun tak tahu berapa lama boleh bertahan......selalunya tak lama....

Sekarang ni tengok umairah berlatih main batu seremban, gelihati tengok tak boleh nak sambut sampai marah-marah, orang kalau mula nak belajar main mesti lambung rendah-rendah aje, ini tak lambung tinggi-tinggi mesti la tak boleh nak sambut asyik tercampak jauh-jauh aje lepas tu ketuk-ketuk batu tu lepaskan geram, kononnyer batu tu yang salah....adik,adik....tak reti nak sabar langsung....muncung aje.....he..he, geram-geram sekarang ni makan nasi.....nak lepaskan geram tak boleh sambut batu seremban.....

Sabar separuh dari iman.

30 Nov 2010

Assalamualaikum
Macam dah lama cik ton rasa tak catit apa-apa kat blog, rindu nak bercerita tapi macam biasa selalu kekeringan idea...macam ada banyak benda yang nak dikongsi tapi tak tahu nak tulis....kadang-kadang buntu rasa minda, ada waktu dan ketika tak terluah segala rasa melalui penulisan dan kata-kata maka terpendam lah ia dalam jiwa.....

Ini ada yang nak cik ton kongsi dengan kawan-kawan semua.Hari sabtu lepas nenek suami meninggal setelah lebih kurang 3 minggu terlantar di hospital besar Seremban, masuk hospital sebab jatuh dan patah peha, tapi anak-anak nenek tak perasan yang nenek jatuh sampai la dia tak boleh bergerak lansung dan makan seperti biasa, sebelum ni nenek ada penyakit kencing manis....akhirnya tepat jam 1.20 ia pergi meninggalkan alam yang fana ini.....

Cik ton dan suami sampai ke Hospital Seremban lebih kurang 3.30 petang tapi arwah dah dimandi, dikapan dan disolatkan cuma tunggu van jenazah aje untuk menghantar arwah kekubur, punya la lama kami tunggu sebab van hanya ada sebuah sahaja dalam pukul 6.30 petang baru van sampai dan tanpa berlengah anak cucu semua membantu mengangkat jenazah nenek ke dalam van, dan terus bawa arwah kekubur di lukut. Sampai aje di kubur dah ramai orang menunggu dan terus aje mereka kebumikan arwah sebab masa tu dah hampir sangat dengan maghrib....elok saja siap semua terus azan....talkin dibaca selepas solat maghrib...bersemadi lah lagi satu jasad dibumi Allah...

Ini merupakan pengalaman pertama cik ton mengiringi jenazah sampai kelubang kubur, dulu masa arwah bapa cik ton meninggal, dalam tahun 1988 cik ton tak ikut sebab banyak sangat orang lelaki yang menghantar jadi cik ton pergi keesokan hari bersama mak dan adik beradik yang lain ,masa arwah kakak meninggal dalam tahun 1997 cik ton ikut tapi tak la sampai kelubang kubur cuma tengok dari jauh aje....tapi hari sabtu yang lepas memang cik ton tengok betul-betul orang kebumikan nenek, macam tanah sikit demi sikit di masukan kedalam kubur sampai tertimbus...Kiranya cik ton kena berterimakasih pada anak cik ton yang kecik tu sebab dia laju aje menuju kelubang kubur nak tengok sampaikan cik ton terpaksa menarik baju dia kalau tidak mahu agaknyer dia terjatuh kedalam lubang tersebut apa taknyer dia jenguk sampai kedalam dah la tanah di sekeliling tu lembut sebab baru lepas hujan. Tapi ia merupakan pengalaman yang tak dapat cik ton lupakan, begitu juga untuk sikecik tu, tapi dia tak takut pun.....sekarang pun cik ton masih teringat-ingat lagi...ada orang kata orang perempuan tak boleh ikut sampai kelubang kubur cik ton tak tahu sebab tu cik ton pergi tapi ini merupakan pelajaran baru untuk cik ton baru jelas di mata cik ton betapa sempitnya lubang kubur, hanya boleh masuk 3 orang aje kan untuk uruskan jenazah... nanti kita pun macam tu juga..kita tak tahu bila masa kitakan.....mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah....

Sesungguhnya bila kita kekubur memang mengingatkan kita pada kematian...dan petang tadi kawan cik ton Rohaya, suami dia juga kehilangan datuk yang tinggal di Rembau setelah lama menghidap sakit tua....Alfatihah...

Yang kecil menjadi muda, yang muda menjadi tua, yang tua pasti mati.....

Ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosa hamba mu ini

Aku ingin kesyurga mu walaupun aku tak layak, tapi aku lebih takut untuk keneraka mu.....

25 Nov 2010

Mak & anak

Assalamualaikum

Hari ni catit awal pagi pulak, sebab hari ni pergi lambat sikit ke ofis, sebab pukul 8 nanti nak pergi sekolah si kecik tu nak ambil buku rekod tak tahu la dapat nombor berapa dalam kelas, kalau tahun lepas dan pertengahan tahun, tahun ini Alhamdulillah peratusnye tak pernah jatuh mudah2an hujung tahun ni pun bagus la....insyaallah.

Malam tadi tak sempat nak catit sebab buat karipap, pihak Bakim diofis order kerana hari ni ada bacaan yassin Alhamdulillah. Semuga sahabat-sahabat cik ton di ofis suka dengan rasa
karipap cik ton.

Malam ni mak cik ton nak balik rumah kakak cik ton yang tinggal dikepong, sebenarnya memang mak tinggal dengan kakak cik ton tu. Sebelum mak jatuh sakit mak memang tingal dengan cik ton mak yang jaga anak cik ton yang sulung sampai 5 bulan lepas tu mak sakit kalau, abang ambik jaga selepas tu, kami semua berulang alik ke Seremban tengok mak, lama jugak la mak tinggal dengan abang lepas tu baru la mak tinggal dengan kakak sampai la sekarang, mungkin mak lebih selesa tinggal dengan anak perempuan. Sekarang ni kalau ada apa-apa atau kalau mak rasa nak pergi rumah anak-anak yang lain baru la kami semua pergi jemput dia selebihnya kami semua kerumah kakak untuk jenguk mak. Semalam cik ton kasi tahu mak yang adik cik ton nak jemput dia hantar balik rumah kakak, wah....dari malam tadi lagi dia dah berkemas-kemas beg baju....padahal adik nak sampai petang nanti, cik ton cakap "lambat lagi la mak yan nak sampai....."bior ler mak kemeih awe2 nanti senang"....cik ton ni orang perak, jadi mcm tu la bunyi cakapan kami anak beranak.....sebab tu dulu-dulu masa dikampungkan kalau abang-abang dan kakak-kakak cik ton nak balik ke kampung diaorang tak kasi tau, kalau tidak lagi tak sampai mak akan susah hati, asyik tunggu depan pintu aje....jadi perangai dia yang macam tu kekal sampai sekarang....silap cik ton la pulak kasi tahu kat dia malam tadi nanti selagi adik cik ton tak sampai selagi tu la dia akan bertanya....tapi mak yang tanya bila yan nak datang ambik mak....dan kejap tadi mak tanya lagi....tapi mungkin jugak sebab mak dah semakin tak kuat ingatan dia kan.....banyak benda yang mak akan cakap berulang-ulang kali......tapi kisah-kisah yang lampau masih dapat dia ingat dengan jelas dan boleh lagi bersembang dengan kami semua. Itu la serba sikit kisah mak, kalau nak cerita lagi mesti sampai besok pun tak habis-habis....

Emmm...nak kejut si kecik tu sekejap lagi dah nak pergi sekolah.....sejak cuti ni payah betul nak bangun pagi, tapi memang dia macam tu kalau hari sabtu/ahad memang bangun lambat....

p/s....cik ton pun kalau boleh nak bangun lambat gak....ha..ha

23 Nov 2010

Sambung cerita

Assalamulaikum

Cik ton sambung semula pasal buat background pagi tadi, lepas dah siap-siap nak pergi kerjakan, cik ton fikir baik la bawa netbook ni pergi kerja boleh tanya kawan cik ton cara nak kasi lagi cantik background dan boleh la belajar lagi dengan dia.

Lepas tu cik ton pun pergi la kerja dengan tenang, sampai separuh jalan cik ton hantar sms pada suami jangan off tmnet kat rumah sebab nak guna internet kat ofis....lepas tu suami call "zai mana la boleh guna kat ofis sebab tmnet tu hanya boleh cover cuma 150 meter sahaja"....alamak...hampa dan kecewa cik ton rasa, sebab cik ton fikir boleh cover sampai 90km...hampeh betul la...akhirnya sampai kepetang netbook tu terperap aje dalam beg.

Sampai kat ofis, leceh betul la sebab tak boleh guna netbook, nasib baik ada kawan cik ton yang baik hati nak kasi pinjam laptop dan broadband dia dapat juga la cik ton belajar dengan kawan cik ton tu...terima kasih zai dan rohaya sebab membantu saya...

Masih ada ramai kawan-kawan yang tidak kedekut untuk membantu....

Mencari sahabat itu mudah tapi untuk mencari sahabat sejati itu payah....

Latar belakang

Assalamualaikum

Pagi ni cik ton buat catitan awal pulak, sebabnya semalam sibuk nak tukar background blog macam-macam cara duk cari, bila tak boleh buat sorang2 panggil pulak anak dara yang sulung, akhirnya jumpa la padahal sebelum tu kawan cik ton dah ajar tapi biasa la takberapa nak pandai lambat sikit la nak fahamnyer...terima kasih rohaya kerana ajar saya dan semalam pun masih bantu saya melalui sms...

Memang la jumpa untuk buat design baru nak tukar warna latar belakang tapi agaknyer terlalu banyak sangat tengok warna akhirnya sampai pukul 11 kepala dah tak boleh tahan sakit sebelah kiri, tak tau la nape tapi mungkin jugak sebab tak pakai kaca mata biasala masalah mata bila dah meningkat usia, cermin ada tapi malas nak pakai...akhirnya cik ton tinggal kan aje pada anak suruh dia tukar apa yang patut, cik ton nak warna biru, tapi bila tengok jap tadi macam tak berapa menarik, jadi cik ton tukar la pulak warna yang ada sekarang,

Sekarang nak stop dulu sebab nak pergi kerja, malam ni cik ton ingat nak tukar semula biar kasi menarik sikit, kawan-kawan ada cadangan tak warna dan design yang cantik untuk cik ton applykan pada blog cik ton ni..

Terima kasih kakak sebab bantu ibu malam tadi.

21 Nov 2010

Anak

Assalamualaikum

Malam ni anak-anak tak dapat main pc, sebab ayah diaorang tak kasi monyok je muka masing-masing apa taknya sejak dapat netbook baru ni tak henti-henti main game, pandai aje diaorang tak payah di ajar-ajar tahu aje mana nak tekan, sekarang ni riuh rendah lak masing-masing tengok badminton antara Ling Dan dan Datuk Lim Chong Wei, jadi dengan slow la cik ton tarik diri amik pc dan dengan tenang masuk dalam bilik.....

Si kecik tu besok kena hafal sifir, sebab ayah dia dah kata "umairah kalau nak main game kena hafal sifir".....maka dengan muka yang sayu angguk je la, kalau tak no way....ada aje alasan dia bila disuruh hafal sifir...jadi besok kakak dia kena la tolong kalau tidak sikakak pun tak leh main game...bengang aje sikakak, tapi ok la sebab diaorang menurut perintah si ayah....

Sikakak pulak hari rabu ni ada makan-makan dengan kawan-kawan sekolah di pizza hut,kiranya jamuan perpisahan untuk murid darjah 6, tak jauh pun dari rumah sebab tu suami dan cik ton kasi, kena la bayar sebanyak 20ringgit.Awal-awal lagi dah sibuk duk fikir nak pakai baju ape, anak yang nombor dua ni jenis excited lebih sikit, kalau apa-apa pun dia la yang terlebih teruja, dan dah siap minta izin nak minum air coke, sebab dia ada semput jadi selalunya memang cik ton tak benarkan sebab kalau datang demam dan semput kesian tengok dia, dah la tak suka makan ubat. Tengahari tadi si adik buat hal, menangis sebab nak ikut kakak pergi makan pizza hut, "umairah ni asyik makan kat rumah je, ain best la boleh makan jauh-jauh" gelihati cik ton jauh la mana setakat kat tesco aje...macam la dia tak pernah makan pizza hut, geram aje suka sangat buat hal, jadi nak dia diam terus je la siayah buat janji "nanti ayah bawa umairah ye"...itu baru 3 orang, kalau ramai tak tau la macam mana.....

Cuti sekolah pun dah mulakan, tak tau la nak bawa diaorang pergi mana, cik ton bukannya ada cuti lagi, cuma tinggal 4 hari je untuk sampai ke penghujung tahun, lagi pun kalau pergi bercuti tentu memerlukan perbelanjaan yang lebihkan nampaknya kalau betul-betul nak bercuti mesti kena rancang dulu baru la boleh bercuti dengan tenang......nak pulak kalau hujung-hujung tahun ni faham-faham je la, sebab semua nak naik sekolah jadi semua benda kena beli, si adik dah masuk darjah 3, amik pulak tanggung jawab jadi pengawas dah tentu kena beli semua baju baru, si kakak pulak dah masuk tingkatan 1 mesti juga serba baru, yang sulung insyaallah sambung belajar lagi, semua perlukan duit.....cik ton rasa semua sahabat-sabahat cik ton yang dah berkeluarga mesti kita semua serupakan....tapi ye la dah tanggung jawab kita....bukan keluhan kerana kita semua mesti ikhlas untuk anak-anak saja je berkongsi rasa....

Akhirnya cik ton cakap pada suami nanti dalam bulan disember, cik ton nak amik cuti nak bawa anak-anak semua pergi berjalan KL aje la, pergi jalan2, makan2,tengok wayang,
sikecik nak tengok cerita Narnia episod ke3....ok la tu kan....semua dalam budget...Alhamudulillah.

Anak-anak adalah anugerah.

Sayang anak-anak ibu.

19 Nov 2010

Pulut

Assalamualaikum adik/kakak

Malam ni dapat catit lebih awal sikit sebab si kecik tu main game guna pc kakak dia, jadi aman la cik ton, anak yang nombor dua tu pulak tengok cerita Ahmad Durrah dengan ayah dia, jangan tak tahu suami cik ton peminat setia siri Ahmad Durrah tu, cik ton kadang-kadang je tengok jadi tak faham sangat jalan ceritanya.....

Pagi tadi cik ton ada sembang-sembang dengan anak sedara cik ton pasal makanan yang di makan masa hari raya haji yang lalu maaf le ye tak habis lagi cik ton bercakap pasal makan ni, jadi hari raya itu hari kakak cik ton mak dia la, masak ketupat palas, rendang ayam, nasi himpit, kuah lodeh dan kuah kacang, semuanya sedapkan......

Jadi malam ni cik ton nak share la pasal ketupat palas, cik ton rasa ramai yang sukakan nak pulak orang sebelah utara memang tak sah kalau hari raya diaorang tak buat ketupat palas, cik ton memang suka sangat nak pulak kalau dicampur dengan kacang...emmm makan saje pun sedap...lemak-lemak masin gitu....eee..terliur rasanya...tapi kalau dulu masa cik ton di kampung walau pun cik ton orang utara tapi mak cik ton hanya tahu buat lemang aje, tapi cik ton suka lemang yg mak buat memang sedap tak jumpa dah lemang yang sedap macam tu, tapi sekarang dah jarang makan lemang sebab mak mertua cik ton hanya masak ketupat beras aje, dah banyak tahun pagi raya tak makan lemang....ketupat beras ok la tapi masalahnya tak pandai nak mengayam pulak, puas bapak mertua ajar tapi sampai sekarang dah 19 tahun kahwin masih tak pandai-pandai jugak, isi kan beras ok la....ketupat palas senang sikit sebab kita hanya perlu bungkus, secara tigasegi aje, lagi pun susah sikit pulut nak berterabur sebab dah separuh masak...sedap la kan ketupat palas....teringin lagi rasanye walaupun dah makan itu hari kakak cik ton yang tinggal di perak kasi masa pergi amik anak.

Cik ton ni suka makan pulut,tak kira la macam mana aje masaknyer.... tapi tu la masalahnyer, itu hari makan ketupat palas tu dalam 3 biji aje terus sakit kepala. Cik ton heran la tengok orang Thailand hari-hari makan pulut tak jadi apa pun...nape ek....agaknyer cik ton ni banyak angin dalam...kawan-kawan ada tak petua nak hilangkan angin dalam badan, kalau ada share la....mungkin boleh hilang dan dapat la cik ton makan makanan kegemaran cik ton yang berasaskan pulut.

Makan perlu untuk hidup, tapi hidup bukan untuk makan....

18 Nov 2010

Daging Korban

Assalamualaikum sahabat-sahabat cik ton

Mak ada kat rumah cik ton ni, sebab tengahari tadi abang cik ton yang tinggal di seremban hantar.Abang nak balik johor rumah mak mertua dia, mak tak nak ikut sebab tak larat, mak cik ton ni kena stroke sebelah badan tapi mak masih boleh berjalan dan menguruskan diri dia sendiri...Alhamdulillah.... Sebenarnya dah 18 tahun mak kena stroke iaitu sejak anak cik ton yang sulung kecik lagi....

Sebenarnya nak berkongsi cerita tentang mak, abang cik ton ada la buat korban sempena Aidil Adha dan dia ada la masukan bahagian mak sekali, tapi itulah kan seorang ibu ni walaupun daging tu sikit saja bahagian dia tapi dia tetap nak kasi pada semua anak-anak, sampai pening kak ipar cik ton nak bahagikan daging yang sikit untuk kami adik beradik "macam mana ek nak kasi ni" sebab bila dah di potong dapat la seorang sebesar tapak tangan, tapi kalau tak amik pulak mesti mak kecik hati, mak cik ton ni cepat tersentuh hati dia mungkin sebab penyakit dia kan...sekarang ni mak susah hati sebab macam mana la nak kasi daging tu pada kakak cik ton yang tinggal di perak sana tu, dia nak balik kesana tapi macam tak kena aje kan semata-mata nak kesana sebab nak kasi daging, semua anak-anak yang di kl ni berkerja jadi tak dapat la nak balik ke perak sebab daging tu.....susahkan nak berkorban...jadi kena la daging tu simpan lama dalam frozen.Tapi itu la yang nak cik ton kongsi sesungguhnya seorang IBU ni walau macam mana pun mesti dia ingat pada anak-anakkan terutamanya melibatkan benda makan. Cik ton rasa semua IBU didunia ni macam tu kan. Kita ni pun sebenarnya dah termasuk dalam golongan itu tapi kita tak perasan sebab anak-anak kita masih kecik-kecik lagi. Sebenarnya kalau nak cerita pasal mak cik ton ni panjang la pulak catitan malam ni.

Sesungguhnya kasih sayang dan ingatan seorang ibu untuk anak-anaknya tak terbatas.

Sayang mak...

17 Nov 2010

Petang Raya

Assalamualaikum sahabat-sahabat cik ton

Allahhu Akbar, Allahhu Akbar,Allahhu Akbar

Sehari telah berlalu kita menyambut Hari Raya Aidil Adha, cik ton tak kemana pun sepanjang hari ni, sebab suami terlibat dalam gotong royong penyembelihan korban di masjid, pagi pergi solat sunat lepas tu balik makan kemudian pergi semula ke masjid sampai la ke tengahari, dan sekarang sedang berehat dirumah Alhamdulillah ada rezeki cik ton dapat merasa daging korban, seronok sangat rasanyer ....memang cik ton suka daging korban sebab rasa dagingnya sedap dari yang biasa kita beli kat pasar....masak sup...pergh.....

Sekarang ni tengah tengok rancangan Maher Zain kat tv 9, sedap-sedapkan lagu dia, anak cik ton yang kecik suka lagu Insyaallah, bukan main lagi dia nyanyi mcm betul je sebutannya he..he
sambil makan kueh tart dengan ayah dan kakak dia....Alhamdulillah..

Cik ton... nak angkat diri sikit la petang-petang raya ni kueh tart cik ton dapat pujian dari kakak cik ton yang tinggal di kepong, kakak cik ton tu pandai masak tau, apa aje yang dia masak memang sedap,kakak dan abang ipar cik ton ni berani mencuba resepi tapi semua cubaaan dia menjadi dan sedap pulak tu, dulu dia ada buat catering tapi terpaksa stop sebab dah tak larat dan anak-anak pun semua dah ada kerja masing-masing, emm...abang ipar cik ton pulak pandai menjahit dan bertukang, sekarang ni sepenuh masa menjahit di rumah, alhamdulillah tak henti-henti orang hantar baju untuk dijahit ...

Maaf ye kalau catitan cik ton petang ni membosankan sahabat-sahabat cik ton saje je nak berkongsi untuk suka-suka.

Norhayati Berahim

Assalamualaikum

Cik ton kembali semula, tapi apa lagi nak catit ye, tadi ada idea tup-tup dah hilang pulak, anak-anak pulak dah tidur, yang si kecik tu tadi merengek nak minta main game lagi padahal sepetang tadi ngadap game aje tapi akhirnya tak tahan tidur jugak tapi datang pulak rajinnya sebelum tidur tadi ngaji dulu...Alhamdulillah...

Mata cik ton pun dah ngantuk jugak, tapi sebelum tu nak tanya la ada tak sahabat-sahabat cik ton yang dah baca novel Norhayati Berahim yang terbaru Hujan Menari, mesti ramaikan peminat-peminat beliau, macam cik ton pun minat sangat dengan novel-novel beliau tak tahu la nape tapi setiap novel beliau mesti kena dengan jiwa cik ton, masa baca novel kak yati yang bertajuk Terawih Terakhir tak boleh tahan memang cik ton nangis betul....tersentuh sungguh rasanya,sayangnye cik ton dengan novel-novel kak yati ni sampai kan cik ton betul-betul kedekut nak kasi orang pinjam sampaikan bibik nak baca pun cik ton tak boleh nak kasi rasanye, pernah dulu bibik amik novel kak yati yang bertajuk Lewat Musim Itu, cepat-cepat cik ton tukar dengan novel orang lain sejak itu cik ton tak pernah nak letak novel kak yati kat luar lagi, tak tau la nape sedangkan cik ton ni bukan la seorang yang kedekut tapi itu la, sebenarnya cik ton banyak novel-novel penulis lain jugak, memang hobi cik ton membaca novel.

Selalunya novel kak yati ni pasti cik ton akan ulang baca sampai 2 atau 3 kali, yang paling banyak cik ton ulang ialah Sentuhan Kasih, kadang-kadang sampai sekarang pun cik ton masih ulang lagi. Kalau nak ulas pasal semua novel-novel kak yati ni mesti sampai besok pun tak habiskan, sebab dah banyak dalam simpanan cik ton sebab setiap kali novel baru keluar mesti beli. Terimakasih kak yati sebab hasilkan novel-novel yang bermutu.

Pengalaman boleh didapati kadang kala melalui pembacaan.

16 Nov 2010

Selamat Hari Raya

Assalamulaikum
Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua

Emmm...dah lama rasanya tak masuk entry...minggu lepas hari sabtu sakit kepala amat selepas balik dari jemput anak cik ton dari perak sampai la hari isnin tapi tetap kena pergi kerja...ada sesiapa tak yang boleh tolong kasi petua pada cik ton cara nak hilangkan sakit dan mencegahnya dari berlaku selalu.

Baru lepas masak untuk raya besok, balik kerja tadi terus masak rendang ayam itu pilihan anak-anak,nasi himpit bibik dah rebus petang tadi, suami pulak nak makan sambal kerang dan sayur goreng, yang itu cik ton masak besok pagi la, bangun awal sikit...insayaallah. Rasanya semua ibu lebih fikirkan selera suami dan anak-anakkan, seronok dan kembang rasa hatikan bila lihat suami dan anak-anak makan masakan kita dengan berselera...Alhamdulillah.

Sambil catit ni cik ton duk tengok Halaqah, kisah tentang kaabah....banyak rupanya yang cik ton tak tahu tentang, cik ton stop sekejap ye nak tumpu tengok Halaqah kejap.

Bila kah agaknyer rezeki cik ton kesana....insyaallah.

11 Nov 2010

TART NENAS

Cik Ton dah nak log out tadi tapi dapat pulak emel dari YASMEEN, dia ni ada order tart nenas Cik Ton dalam 2 minggu lepas kot...tinggal kat area Gombak je, kami jumpa kat Sogo untuk ambik tart ni, Cik Ton tak berapa confident nak hantar by courier. YASMEEN ni baca blog Cik Ton dan saja lah nak cuba-cuba order dan rasa tart Cik Ton, syukurlah dia suka ..rasa suka bukan boleh dibuat-buat dan dipaksa-paksa, kan?

Boleh baca komen dia tentang tart Cik Ton..


TART CIK TON YANG SEDAP






Inbox

X







Inbox

X





Reply
|

yasmeen

to me
show details 11:20 PM (0 minutes ago)

Salam CIk Ton,

Ni yasmeen yang order tart nenas Cik Ton itu hari....mmg sedap, terangkat la rasanya...tak rugi beli ...mmg menang beli alah makan betul la..ehh ada ke peribahasa mcm tu? ha ha saya hentam je cik ton.

Nanti saya war-warkan pd kengkawan akan keeenakkan tart nenas tu.. jem nenas sungguh terasa lemak manis masam, pendek kata mmg serba cukup rasa lah..

Insyaallah akan order lagi nanti.
Reply

Forward




BEDUNG BAYI COTTON FLANNEL

Emmm maaf lah , nak menyelit sikit untuk buat promosi kawan punya bisnes ni...

Untuk ibu ibu bapak bapak yang sedang mencari bedung bayi, ada Jualan Murah di SINI .

Sedikit review dari Cik Ton tentang blog ni:

1. harga bedung yang ditawarkan di SINI adalah paling rendah berbanding di tempat lain,boleh survey kalau tak percaya.

RM28 untuk 3 helai! Murah sememangnya murah la...rugi kalau tak beli. Kalau nak jahit sendiri, perlu ke kedai beli kain, beli benang...perut dah memboyot, penat dan mengah....beli online lebih senang, cepat dan jimat masa.

2. jahitan pun kemas, kualiti kain setanding dengan tempat lain yang dijual pada harga RM15 atau RM16 sehelai.

Kenapa perlu membayar lebih sedangkan anda berpeluang untuk mendapat yang lebih murah pada kualiti yang sama? Fikir-fikirkan lah renung renungkanlah...

3. bukan saja bedung,barut dan bengkung dijual pada harga yang murah tetapi set bersalin nr juga diberi potongan istimewa bagi pelanggan yang membeli samada bedung, barut atau pun bengkung.

4. cerita banyak pun tak guna, baik sendiri KLIK DISINI

Ok, Cik Ton tolong bisnes kawan je ni, tak ada dapat apa-apa keuntungan, bedung,barut free pun tak dapat sebab Cik Ton pun tak ada baby dah, anak dah meningkat remaja .

Bagi yang berminat boleh terus KLIK DISINI atau sms/call 017-3416762.

Promosi ini terhad sehingga 30/11/2010 atau sehingga stok habis terjual.

UPSR

Assalamulaikum sahabat semua

Malam ni ingat nak menulis lebih awal sebab anak-anak semua tengok cerita Herbie kat channel 615, cerita ada tapi tak tau nak tulis....cam ne tu

Hari ni result UPSR dah keluar dan debaran Cik Ton untuk peperiksaan tersebut pun berakhirla dan alhamdulillah anak Cik Ton dapat 3A 2B.

Besok Cik Ton nak pergi jemput anak Cik Ton yang sulung dari UITM untuk cuti semester, tak sabar rasanya, lagi pun nak pergi rumah anak sedara kat Manjung nak sambut birthday abang ipar dan cucunya. Seorang abang ipar yang baik dan begitu memahami.

Nampaknyer kena la stop dulu, cerita herbie pun dah habis, apa lagi sibuk la anak kecik sorang ni duk berkepit dengan kita nak minta main game.

Dalam hidup ini banyak benda yang tak kita duga akan berlaku.

10 Nov 2010

Hari Ini dan semalam

Assalamulaikum semua

Dah hampir pukul 11 baru la dapat nak update blog, semalam tak dapat nak update sebab berebut dengan anak-anak, diaorang sibuk nak main game, lagi pun semalam Cik Ton sibuk menyiapkan tempahan karipap jiran Cik Ton sampai kena amik half day sebab kentang yang Cik Ton beli pada hari ahad lepas busuk, luar nampak ok aje tapi dalam hitam tak tau nape...jadi lambat la nak mula sebab dah lambat buat intinya, tapi Alhamdulillah akhirnya siap jugak dan petang tadi balik kerja terus hantar kat rumah.....mudah-mudahan dia nak order lagi....insyaallah...

Sekejap tadi Cik Ton dah siapkan biskut tart emmm...sedap bila baru-baru masak.. sendiri pujikan he..he... buat satu adunan saje, esok Cik Ton nak kasi pada Rohaya sebab adik dia nak bertunang pada hari sabtu nanti. Cik Ton tak tahu nak sumbang apa untuk tambah hantaran yang dah sedia ada kiranya tart boleh la kan...

Semalam jugakkan Cik Ton dan sharepartner dah pergi amik stok selimut tampal yang baru, nanti kawan-kawan tengok la ya.

Semalam telah berlalu, hari ini masih menunggu dan esok belum tentu.

8 Nov 2010

oder

Assalamualaikum sahabat2 cik ton
Malam ni cik ton nak catit berita gembira untuk cik ton buat tatapan sahabat-sahabat semua baru kejap tadi ada jiran cik ton order karipap lagi, minggu lepas dia dah order sebanyak 5 paket dan tadi dia nak lagi 5 paket, alhamdulillah sebab kena dengan citarasa dia,dan bersyukur pada Allah kerana dia suka dengan masakan cik ton. Amiiin....

Minggu lepas kawan cik ton order sebanyak 5 paket juga, terima kasih la pada awak Rohaya kerana tak pernah jemu menyokong business kecil-kecilan saya. Sememangnya dia seorang sahabat yang baik dan pendengar yang setia....

Sebenarnya cik ton ni berdebar-debar dari minggu lepas lagi bila dapat tahu yang hari kamis ni akan keluar keputusan UPSR, harap-harap anak cik ton dapat keputusan yang baik insyaallah...
jadi seorang ibu ni macam tu la, sentiasa berdebar dalam apa jua perkara yang melibatkan anak-anak, sememangnya dari awal disahkan mengandung lagi perasan berdebar terhadap anak terus ada secara tiba-tibakan.

Menjadi seorang ibu mudah tapi untuk menjadi seorang ibu yang terbaik itu perlukan usaha....

7 Nov 2010

Cerita Cik Ton

Assalamulaikum
Ini semalam punya cerita, semalam cik ton dapat la jual sehelai selimut tampal alhamdulillah walau pun dalam hati ni berharap cikgu tu nak ambil lebih dari satu

Sebenarnya cikgu tu cik ton kenal sebab dia order karipap goreng cik ton untuk suatu majlis disekolah yang dia ajar tu la, dia kenal karipap tu melalui jiran dia yang pernah makan karipap cik ton.... a'ah..lupa la nak cerite kat semua sahabat blog yang sebenarnya cik ton ni buat jugak karipap frozen, ada jugak lah kawan-kawan dan jiran-jiran yang order, sebelum jual selimut tampal lagi, cik ton dah mula dengan karipap....kecil-kecilan saja. Sekarang ni cik ton sedang cuba nak jual kuih tart pula....sebab suami dan anak-anak cakap sedap......

Kecilkan dunia ni rupa-rupanya cikgu tu adalah cikgu yang mengajar anak cik ton yang sulung yang sekarang belajar kat UITM Seri Iskandar di Perak dalam jurusan Art & Design pengkhususannya dalam photography.

Kiranya cikgu tu berminat jugak nak beli lagi sebab dia pesan kat cik ton kalau ada lagi warna-warna yang menarik kasi tau dia lagi, alhamdulillah kiranya bertambah la seorang lagi pembeli dan sahabatkan....insyaallah.

Sebenarnya mudah untuk untuk kita tambah sahabatkan tapi lebih mudah lagi untuk tambah musuh.

BENGKUNG


Cik Ton ada jual bengkung jugak sekarang ni tau....bengkung cik ton ni dijahit oleh pembekal yang dah diyakini kekemasan jahitannya, kain digunakan adalah dari jenis kain belacu yang tebal namun sejuk bila dipakai dan terasa kemas dan kejap dibadan.

Harga yang Cik Ton kasi adalah RM52 sehelai, mungkin ada yang mengatakan agak mahal tapi ianya adalah setanding dengan kualiti jahitan dan kualiti kain.

Tampil dalam 4 saiz, S,M,X dan XL.

Keistimewaan bengkugn Cik Ton ni:

1. Jahitan yang kemas dan teliti.
2. Pemakaian bengkung tanpa perlu bantuan sesiapa kerana mudah dan ringkas.
3. Kejap dan terletak pada pinggang kerana kain yang tebal menghadkan pergerakan ibu.
4. Pemakain yg kejap dan kemas dapat membantu mengempiskan perut ibu selepas melalui proses kelahiran.
5. Mengelakkan perut dari dimasuki angin dan daripada mengeleber.
6. Menyokong tulang belakang dan pinggang daripada menjadi bongkok.
7. Sesuai juga untuk yang ingin mengempiskan perut.


Cara pemakaian bengkung

1. Letakkan bengkung betul-betul di bawah paras dada. Pastikan bahagian
belakang yg mempunyai dat/keliman diletakkan pada paras pinggang.
Kemudian masukkan tali ke dalam lubang di sebelah atas utk tali atas dan juga di sebelah bawah.


2. Masukkan tali ke dalam setiap ruang yang ada seperti memakai tali kasut.
Kedua tali atas dan bawah akan bertemu di bahagian tengah bengkung.



3. Tarik tali sebelah atas dan bawah sehingga kejap dan kemas, kerana
ikatan yang longgar tidak membantu untuk mengempiskan perut. Ok, siap.
Pantas dan mudah tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
4. Pandangan dari arah belakang, kemas dan mantap.

**Gambar ihasan Pn Mazlina


Kalau rasa-rasa berminat tu boleh aja order melalui emel zaitonmdhussin@gmail.com
atau pun nak lagi cepat call atau sms je Cik Ton 019-2378700.

5 Nov 2010

KERING MINDA

Assalamualaikum sahabat semua.

apa nak catit ye, macam dah lama tak menulis kalau ikut banyak yang nak dikongsi tapi rasa malas menguasi hati dan minda maka terbengkalai lah segala rasa....emm

4 Nov 2010

SELIMUT TAMPAL STOK 2/11/10

KOD 6
KOD 5
KOD 4
KOD 3
KOD 2
KOD 1




Kalau berminat, sms Cik Ton ye! RM35 sekali kos penghantaran..

3 Nov 2010

Selimut 2 NOV 2010

Kod 1


kod 2


Kod 3


KOd 4


Kod 5

KOd 6

Pembungkusan







Salam,

Selimut yang baru ni adalah lebih nipis berbanding sebelum ni, corak dan jenis kain masih sama tapi span yang diletakkan kat dlm tu nipis sikit.

Harga yang Cik Ton jual adalah RM30 dan kos penghantaran adalah RM5.

Boleh sms @ call Cik Ton ye kalau berminat.

12 Oct 2010

Selimut Untuk Dijual

Salam,

Jemput semua tengok selimut-selimut baru Cik Ton ni, tak mahal dan berbaloi dengan duit yang anda keluarkan, corak dan warna cantik dan menarik.

Kali ni Cik Ton tak jual offline, bagi peluang pd online customer je....semuanya ada 10 helai, ada 2 helai yang sama corak dan warna, jadi Cik Ton tak adalah masukkan gambar.

Sekali lagi, kalau yang berminat tu boleh call atau sms Cik Ton ye untk pesanan.

Terima kasih.

4 Oct 2010

Jualan Bedung bayi Dibuka Semula






Jangan lupa jenguk-jenguk ke blog INI, ada 5 corak terbaru bedung bayi, harga RM10 sehelai..

17 Sep 2010

JUALAN PENGHABISAN NURSING COVER


I helai je, Harga menjunam RM25, Japannese Cotton, Kos Penghantaran menggunakan Pos Ekspress RM4.50.


Call atau sms 017-3416762 jika berminat.

8 Sep 2010

SELAMAT HARI RAYA

Salam Untuk Semua,

Cik Ton akan bertolak balik ke JB selepas solat subuh pagi esok. Balik rumah mak mentua..

Dikesempatan ini Cik Ton nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir batin kepada pembaca blog Cik Ton ni...kot2 ada yang terguris hati secara sengaja atau tak sengaja selama Cik Ton tenggelam timbul kat blog ni.

Jumpa lagi selepas raya..

5 Sep 2010

Gambar Set bersalin NR dan Bedung Untuk Di jual




I Set Bersalin NR untuk dijual, dapatkan di SINI , blog akan ditutup setelah set terakhir ini berjaya dijual. Belian ini akan mendapat PERCUMA sehelai Bedung Bayi.






Bedung berjumlah 20 helai untuk di jual di SINI. Harga RM10 sehelai, kos pos RM4.50 untuk 2 helai pertama.

28 Aug 2010

JUALAN PENGHABISAN STOK

Salam Untuk Semua,

KLIK di SINI untuk jualan penghabisan stok BEDUNG BAYI dan klik di SINI 1SET TERAKHIR SET BERSALIN NR


Jangan lepaskan peluang ini untuk semua bakal ibu!

22 Aug 2010

SET BERSALIN NR -MESTI JUAL

Ni ada lagi satu promo, untuk yang sedang mencari set bersalin , Cik Ton nak bagitau ni, blog INI ada buat promosi sempena Ramdhan untuk pelanggan yang membeli set bersalin NR akan mendapat sehelai selimut tampal.


Jadi utk bakal ibu, ayuh jgn berlengah lagi, dapatkan sekarang SET BERSALIN NR di SINI.

JUALAN PENGHABISAN STOK BEDUNG BAYI

Cik Ton war warkan untuk pembaca blog Cik Ton ni yang sedang mencari bedung bayi, boleh lah ke blog INI kerana ada jualan penghabisan stok.

Rugi kalau bakal ibu berlengah untuk membeli kerana Cik Ton berani jamin bedung itu dijual dengan harga paling murah berbanding tempat lain.

Bukan saja untuk bakal ibu, mungkin untuk yang terfikir nak bagi hadiah pada kawan yang baru je bersalin, mungkin hadiah bedung saya perkara yang menarik untuk anda fikirkan .

Jadi apalagi, layarlah blog INI untuk melihat lebih jelas tentang promosi tersebut.

Salam Ramadhan daripada Cik TOn

Salam untuk semua,

Cik Ton nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog Cik Ton ni, semoga Ramadhan tahun ni memberikan kita lebih kesedaran dan keinsafan, semoga kita dapat melipatgandakan lagi amal ibadat kita di bulan yang penuh rahmat ini.

Cik Ton stop sekejap kerja-kerja biz sampingan sehingga tamat Ramadhan, bulan-bulan sebelum ni kita dah penat bekerja, bulan Ramadhan ni Cik Ton cuba untuk melebihkan waktu untuk fokus kepada amalan di bulan Ramadhan disamping kerja-kerja diofis, kerja-kerja sebagai isteri dan ibu.

Cik Ton pun jarang-jarang update blog tapi Cik Ton selalu meluangkan masa membaca blog-blog orang lain walaupun tidka meninggalkan sebarang komen.

Kepada yang rajin menyinggah di blog Cik Ton ni, terima kasih banyak-banyaklah Cik Ton ucapkan...

Selamat menjalani Ibadah puasa dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini.........

8 Aug 2010

SELIMUT TAMPAL - 8 OGOS 2010



KS 1 KING SIZE - SOLD updated on 26/8/2010

Masih ada 2 helai selimut tampal bersaiz KING yang masih belum dijual......Cepat2, dapatkan selimut tampal sebelum kehabisan!



KS 2 KING SIZE - SOLD updated on 26/8/2010

1 Aug 2010

Stok Terbaru Selimut Tampal


KING SIZE 1


KING SIZE 2


KING SIZE 3 - SOLD



Code 10 (Queen Saiz) -SOLD



Code 9 (Queen Size) - SOLD


Code 8 (Queen Size) - SOLD





Code 7 (Queen Size) - SOLD



Code 5 (Queen Size) - SOLD



Code 4 (Queen Size) - SOLD



Code 3 (Queen Size) - SOLD



Code 2 (Queen Size) -SOLD




Code 1 (Queen Size) - SOLD

10 Jul 2010

Kenapa kita perlu berpantang?

Cik Ton ni nak buat promo tentang kebaikan berpantang secara tradisional untuk bakal-bakal ibu..

Ada orang merasakan tak perlu lagi berpantang di zaman moden seperti sekarang ni, tapi bagi Cik Ton berpantang adalah satu kewajipan bagi setiap ibu yang melahirkan anak.

Badan kita senang dimasuki angin seandainya kita dengan sengaja mengambil mudah akan kepentingan berpantang, bila dah masuk angin mudahlah nak terkena angin meroyan.

Kadang-kadang kita selalu merasakan seperti berpantang itu satu perkara yang banyak kerenah, namun ianya amat bagus untuk kesihatan dalaman setiap ibu.

Kesannya mungkin kita tak dapat tengok sekarang samada kesan yang baik atau kesan yang buruk, kebanyakkan kawan Cik Ton yang mengambil mudah tentang berpantang ini mengalami sakit-sakit badan, lenguh belakang, urat kembang setelah setahun dua bersalin.

Ini sebenarnya yang ingin kita elakkan, bila dah jadi macam tu kita mesti rasa seperti lemah-lemah, sengal-sengal, kepala kerap pening dan berat.

Jadi, Cik Ton sarankan kepada bakal ibu, jangan sesekali abaikan amalan berpantang..memanglah menunggu 44 hari itu seperti suatu penyiksaan namun percayalah kebaikan disebalik penyiksaan itu amatlah berbaloi.

Terpulang kepada anda semua untuk memilih produk apa kerana setiap produk mempunyai kebaikan yang tersendiri, namun Cik Ton sarankan berdasarkan pengalaman Cik Ton yang telah tiga kali berpantang dan tiga kali menggunakan Set Bersalin NR.

Jika anda ingin tau, apa kebaikan dan keistimewaan produk NR, sila layari disini

8 Jul 2010

SET BERSALIN NR

Bermula 7/7/2010 -30/7/2010 PROMOSI ISTIMEWA DI SINI

JANGAN LUPA LAYARI WEB UNTUK KETERANGAN LANJUT

7 Jul 2010

PROMOSI BEDUNG

Bagi anda yang sedang mencari bedung bayi, boleh ke http://bedungcomel.blogpsot.com
pelbagai pilihan bedung ada disana...

Bedung dari kain cotton flannel yang lembut dan kejap ,pelbagai pilihan warna dan corak.

Dapatkan untuk bayi anda sebelum kehabisan

6 Jul 2010

SET BERSALIN NR

Ni Cik Ton promosi sikit untuk www.setbersalinnr.com

Kepada bakal ibu yang masih lagi tercari-tercari set kegunaan ketika berpantang, Cik Ton syorkan guna Set Bersalin NR.

Cik Ton ada pengalaman sendiri menggunakan produk ni, badan terasa segar, sentiasa berpeluh dan hasilnya Cik Ton dapat rasainya sendiri dari segi dalaman dan luaran.

Web www.setbersalinnr.com ada mengadakan promosi bermula 7/7/2010 hingga 30/7/2010 atau sehingga kehabisan stok.

Pelanggan PERTAMA akan menerima PERCUMA sehelai Nursing Cover bernilai RM40.




Pelanggan KEDUA akan menerima PERCUMA sehelai Selimut Tampal bernilai RM25.



hingga KESEPULUH menerima PERCUMA sehelai Bedung Bayi bernilai RM12




Pelanggan SETERUSNYA menerima PERCUMA sehelai Barut Bayi bernilai RM8.



Lagi satu Cik Ton nak bagitau, jamu ni boleh buat kita awet muda, tau....
Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri, mmg tak rugi mencuba, penuh dgn kebaikan luaran dan dalaman.

LinkWithin