25 Feb 2010

Sekadar menaip apa yang terlintas di fikiran

Salam semua,

Hari ni saya rasa macam nak menaip dengan lebih panjang sikit berbandng 2 hari lepas.

Kebelakangan ini cuaca panas terik, ini memerlukan kita meminum air kosong lebih banyak daripada biasa untuk mengelakkan dehidrasi. Kalau meminum air kosong itu satu perkara rutin yg kita lakukan setiap hari sudah tentu tiada masalah tp bagi yang begitu culas untuk meminum air, mmg banyak keburukan yang akan anda hadapi sebenarnya.

Selalunya sembelit adalah kesan utama kalau kurang minum air kosong, kulit pulak menjadi kering dan kusam. Air kosong adalah tiada kalori sebenarnya, mungkin semua orang dah tau cuma tidak mengambil kira akan kepentingan air. Air jugak boleh membantu membuang toksin di dalam badan melalui perkumuhan. secara tak langsung tak dapat membantu menurunkan berat badan secara semulajadi.

Bagi anak-anak pulak, cukup tak suka bila disuruh meminum air kosong, tak dahaga selalu menjadi alasan mereka untuk mengelak daripada meminum air kosong. Sebenarnya bagi anak-anak bawah 7 tahun, cuaca panas terik boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada kesihatan. anak2 boleh terkena selsema, demam, batuk.

Sebagai ibu sudah tentu tugas kita untuk memberi jaminan kepada anak kita untuk mendapat yang terbaik terutama jaminan kesihatan dan pendidikan.


Okay la, mungkin catatan ini sekadar catatan biasa tapi mungkin jugak yang biasa lah selalunya kita terlepas pandang untuk mengambil tindakan.

Stop sini dulu...nanti sambung lagi.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin