21 Apr 2010

Selimut Tampal telah Habis Dijual

Kawan-kawan,
kepada yang tidak sempat order kali ni, stok baru akan sampai tak lama lagi.

20 Apr 2010

Harga Selimut Tampal - Rm28 sehelai termasuk kos penghantaran

Sila Order sekarang!!
Harga lebih murah daripada biasa dan dimana-mana tempat.

19 Apr 2010

Selimut Tampal - Lebih Murah daripada biasa!!!

ST2 - sold to Puan Zai


ST3 - sold to Puan Zai


ST4 - sold to En.Aman


ST5 - Sold to Puan Liza


ST6 - Sold to Puan Aini


ST8 - Sold to Cik Ima

18 Apr 2010

Jemputlah Ke blog Cik Ton Sempena hari pertama jualan

Harga lebih murah daripada lain-lain tempat!

13 Apr 2010

Buang bayi - satu fenomena?

Smlm cik ton ada tengok tajuk utama akhbar-akhbar tentang pembuangan bayi. Hati cik ton terpanggil untuk memberi pandangan cik ton sendiri tentang isu ini.

Pada pendapat cik ton, remaja-remaja hari ni yang terlalu ingin mencuba dan kurang penekanan tentang hukum hakam agama kita menjadi faktor utama mendorong terjadinya kes-kes seperti ini.

Kebelakangan ini, para ibubapa sibuk dengan karier dan bekerja demi untuk meneruskan kehidupan yang begitu mencabar. Kesibukan ibubapa secara tak langsung menjadikan perhatian yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak menjadi berkurangan.

Cik Ton sendiri ibu yang berkarier, mempunyai 3 anak gadis yang sedang meningkat remaja merasakan kita sentiasa dihambat waktu untuk membahagikan masa sebagai seorang pekerja dan tugas sebagai seorang ibu.

Pada anak2 gadis cik ton sering cik ton ingatkan tentang batas-batas pergaulan antara gadis dan teruna,tentang dosa dan pahala. Mereka ini sentiasa perlu diingatkan agar tidak tergelincir dari landasan yg sepatutnya.

Sebagai seorang ibu, hati cik ton menangis melihat bayi-bayi yang dibuang sewenangnya dengan begitu kejam sekali. Tidakkah mereka yang terlibat itu terfikir tentang perasaan bayi yang tidak berdosa itu? Tidakkah mereka yang terlibat itu terfikir tentang perasaan kedua ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka?
Begitu ramai pasangan suami isteri yang menderita kerana tidak mampu mendapat zuriat, begitu ramai jugak pasangan yg tidak berkahwin membuang anak dengan kejam.

Wahai anak bangsa yang bakal memimpin negara, fikir-fikirkan lah....

Keletah Si Manja

Ini sebenarnya cerita tentang kawan Cik Ton, anak sulong dia tiba-tiba saja tak nak ke sekolah dan mencipta pelbagai alasan. Padahal sebelum ni dia tak pernah berperangai begini.

Alasan pada hari pertama, sakit kepala teruk, rasa ingin muntah dan mata jadi kabur. Nampaknya alasan pd hari pertama agak berjaya, dia berehat di rumah transit sepanjang hari tu dengan jejeran air mata. Sakit kepala la katakan.

Kebetulan alasan yang diciptakan utk tidak ke sekolah itu adalah pd hari Jumaat, esoknya kawan Cik Ton ni pun bawaklah si anak tadi ke klinik mata utk test penglihatan. Kata doktor, mata anak pun ni normal, malah dia dapat melihat saiz yg huruf lebih kecil daripada sepatutnya. Doktor mencadangkan utk refer si anak kepada pakar kanak-kanak, maklumlah alasannya sakit kepala dan mata kabur, pakar mata mengatakan mata normal, pastinya la perlu jumpa pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan seterusnya.


Fikirkan pada hari Isnin selepas tu tak ada lah cipta alasan lagi, rupanya sakit perut pulak menjadi helah, dengan deraian air mata dia tetap ke sekolah setelah dipaksa oleh mama dan abahnya.

Kawan cik ton ni ada ke sek untuk berjumpa guru sek agama, merisik sekiranya dia ada masalah disekolah, mengikut kata gurunya dia aktif, riang dan sentiasa ceria cuma beberapa hari ni kerap mengadu sakit kepala apabila hampir tamat waktu sekolah sesi pagi.

Jadi kawan Cik Ton ni merasakan anaknya sekadar berhelah untuk tidak kesekolah, risik2 punya risik rupanya si anak ni takut nak ke sekolah kerana dia belum mendapat suntikan BCG manakala kawan-kawan yang lain sudah pun menerima suntikan ini. Ketika kawan-kawan mendapat suntikan, dia sedang bercuti sakit kerana demam.

Kawan-kawan menjual cerita betapa sakitnya selepas kena suntikan ini. Sakitnya sehinggakan satu tangan bermula bahu menjadi kebas hingga ke dalam tulang.Tempat terkena suntikan tu tak boleh terkena air, jika tidak kena suntik lagi sekali. Budak darjah 1 di sakat mcm ni memanglah takut untuk ke sekolah.


Oleh kerana kawan cik ton ni malas nak hadapi kerenah anak dia setiap hari selagi tidak mendapat suntikan, kawan cik ton membawa anak cik ton ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan suntikan BCG.



Begitulah salah satu daripada sejumlah retentetan kehidupan bergelar ibubapa. Pelbagai kerenah anak-anak yang perlu ditangani. Anak-anak zaman sekarang begitu ke depan dalam banyak perkara. Kita sebagai ibubapa perlu lebih berpengetahuan dalam pelbagai ilmu untuk menghadapi situasi2 yang tidak dijangka yang bakal dicipta oleh anak-anak zaman sekarang.

5 Apr 2010

Impian yang masih belum terlaksana

Cik Ton pasti semua insan yg normal,boleh berfikir pastinya ada impian...samada impian tu kecik atau besar, tak jadi hal...samada dpt dicapai atau tidak, itu pun bukan satu hal....

Cik Ton pun sepeti jugak org lain yg mempunyai impian... kalau masa sekolah dulu impian nak jadi cikgu sekolah, tapi kesudahannya jadi kerani je sampai pencen gamaknya..


Antara impian Cik Ton yang dah dapat ditunaikan adalah:

1. Ingin kawin ketika usia 24 tahun
2. Mempunyai anak ketika usia sebelum 30 tahun, alhmadulillah dapat 3 anak dara walaupun impian untuk mempunyai anak teruna masih belum kesampaian, agaknya boleh lagi ke noo?

3. mempunyai rumah, kereta, simpanan sikit sebelum usia 35 thn...boleh lah org kata ada rumah untuk berteduh dari hujan panas, ribut petir...kereta utk bergerak ke sana sini w/pun mungkin tak sehebat kereta Ferrari....simpanan? hmm boleh lah menampung hidup untuk beberapa bln kalau kerja kena berenti kerja saat ni..he he..

4.syukur kerana Cik Ton hidup bersama keluarga dengan aman dan bahagia.

5.dapat belajar membuat karipap dan menjualnya kepada lebih dari 10 org dalam masa 1 bln...wow itu pencapaian yang cukup hebat bagi diri Cik TOn..mungkin bagi org mcm alahaiii setakat 10 org pun nak kecoh ke?

6.kini tiap bulan, Cik Ton dah dapat buat tabungan dr hasil jualan karipap, tabungan tu untuk beli handbag LV jugaklah mcm bos Cik Ton tu....dia beli yang besar, Cik Ton beli yang kecik udah leee....padanlah kan dgn gaji Cik Ton yg kecik ni...
psstt...agaknya berapa lama nak kena kumpul ni utk dapat 1 handbag betagkan LV?


Antara Impian yang masih belum tertunai:

1. Nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci..
2. Nak berenti kerja ofis dan tumpukan pd bisnes selain jual karipap...
3. Nak belajar menjahit selimut tampal sendiri.

Setakat ini, keinginan untuk menjahit selimut tampal adalah paling kuat kerana tak memerlukan modal yang besar antara 3 perkara tersebut.

Agaknya ada tak antara kawan2 kita kat sini yang boleh bagi tutorial secara online? Atau pun yang menjual buku jahitan tampal?

2 Apr 2010

Selimut Cotton Berbunga

Salam,

Cik Ton nak bagitau ni, stok selimut cotton berbunga akan sampai tak lama lagi.....
insyaallah cik ton nak try upload gambar tu kat sini terlebih dulu sblm jual kat regular customer kat office tu.

1 Apr 2010

Selimut Tampal Reject

Kawan-kawan,
Ni CIk TOn nak bagitau yang selimut tampal reject tu dah pun dijual.

Terima Kasih

Penerangan Gambar Selimut Reject

Gambar 4 keping tu mewakili sehelai selimut. Gambar keempat tu bahagian atas selimut, mmg tak ada masalah. Gambar 1,2 dan 3 tu close up bahagian bawah selimut. Memang tak ada masalah untuk selimut tu menjalankan fungsinya sbg penyelimut ( tak pasti ada ke dlm kamus perkataan ni)..

Ni cik ton nak bagitau lagi sekali la bagi yang tergerak hati nak beli selimut ni dgn harga tak balik modal iaitu RM10 termasuk pos.


Kalau ada yang nak beli, sila call Rohaya di 017-3416762.

atau bank in kan duit ke
RHB Berhad
Nombor Akaun: 16418800009830
Rohaya Yusof

dan selepas pembayaran dibuat, sila sms alamat penghantaran.

Selimut Tampal Reject

Selamat Dinihari,

Cik Ton ada sehelai selimut tampal yg tak dpt memenuhi kehendak pelanggan. Nak dipulangkan balik pd pembekal sudah tak diterima. Nak pakai sendiri dah byk yang ada dalam simpanan.

Agaknya kalau Cik Ton ni jual dgn harga paling minima iaitu RM10 termasuk kos pos ada ke org yang sudi beli? Masalah dengan selimut tu adalah kesan jahitan yang ditetas jelas kelihatan. Kecacatan ni adalah pada helaian bawah saja, maknanya kalau kita selimut tak ada masalah apa2 pd badan kita pun....

NI Cik Ton ada attachkan gambar. Kalau ada yang berminat, bolehlah call Cik TOn punya pembantu, Rohaya di talian 017-3416762.

LinkWithin