13 Apr 2010

Buang bayi - satu fenomena?

Smlm cik ton ada tengok tajuk utama akhbar-akhbar tentang pembuangan bayi. Hati cik ton terpanggil untuk memberi pandangan cik ton sendiri tentang isu ini.

Pada pendapat cik ton, remaja-remaja hari ni yang terlalu ingin mencuba dan kurang penekanan tentang hukum hakam agama kita menjadi faktor utama mendorong terjadinya kes-kes seperti ini.

Kebelakangan ini, para ibubapa sibuk dengan karier dan bekerja demi untuk meneruskan kehidupan yang begitu mencabar. Kesibukan ibubapa secara tak langsung menjadikan perhatian yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak menjadi berkurangan.

Cik Ton sendiri ibu yang berkarier, mempunyai 3 anak gadis yang sedang meningkat remaja merasakan kita sentiasa dihambat waktu untuk membahagikan masa sebagai seorang pekerja dan tugas sebagai seorang ibu.

Pada anak2 gadis cik ton sering cik ton ingatkan tentang batas-batas pergaulan antara gadis dan teruna,tentang dosa dan pahala. Mereka ini sentiasa perlu diingatkan agar tidak tergelincir dari landasan yg sepatutnya.

Sebagai seorang ibu, hati cik ton menangis melihat bayi-bayi yang dibuang sewenangnya dengan begitu kejam sekali. Tidakkah mereka yang terlibat itu terfikir tentang perasaan bayi yang tidak berdosa itu? Tidakkah mereka yang terlibat itu terfikir tentang perasaan kedua ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka?
Begitu ramai pasangan suami isteri yang menderita kerana tidak mampu mendapat zuriat, begitu ramai jugak pasangan yg tidak berkahwin membuang anak dengan kejam.

Wahai anak bangsa yang bakal memimpin negara, fikir-fikirkan lah....

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin