5 Apr 2010

Impian yang masih belum terlaksana

Cik Ton pasti semua insan yg normal,boleh berfikir pastinya ada impian...samada impian tu kecik atau besar, tak jadi hal...samada dpt dicapai atau tidak, itu pun bukan satu hal....

Cik Ton pun sepeti jugak org lain yg mempunyai impian... kalau masa sekolah dulu impian nak jadi cikgu sekolah, tapi kesudahannya jadi kerani je sampai pencen gamaknya..


Antara impian Cik Ton yang dah dapat ditunaikan adalah:

1. Ingin kawin ketika usia 24 tahun
2. Mempunyai anak ketika usia sebelum 30 tahun, alhmadulillah dapat 3 anak dara walaupun impian untuk mempunyai anak teruna masih belum kesampaian, agaknya boleh lagi ke noo?

3. mempunyai rumah, kereta, simpanan sikit sebelum usia 35 thn...boleh lah org kata ada rumah untuk berteduh dari hujan panas, ribut petir...kereta utk bergerak ke sana sini w/pun mungkin tak sehebat kereta Ferrari....simpanan? hmm boleh lah menampung hidup untuk beberapa bln kalau kerja kena berenti kerja saat ni..he he..

4.syukur kerana Cik Ton hidup bersama keluarga dengan aman dan bahagia.

5.dapat belajar membuat karipap dan menjualnya kepada lebih dari 10 org dalam masa 1 bln...wow itu pencapaian yang cukup hebat bagi diri Cik TOn..mungkin bagi org mcm alahaiii setakat 10 org pun nak kecoh ke?

6.kini tiap bulan, Cik Ton dah dapat buat tabungan dr hasil jualan karipap, tabungan tu untuk beli handbag LV jugaklah mcm bos Cik Ton tu....dia beli yang besar, Cik Ton beli yang kecik udah leee....padanlah kan dgn gaji Cik Ton yg kecik ni...
psstt...agaknya berapa lama nak kena kumpul ni utk dapat 1 handbag betagkan LV?


Antara Impian yang masih belum tertunai:

1. Nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci..
2. Nak berenti kerja ofis dan tumpukan pd bisnes selain jual karipap...
3. Nak belajar menjahit selimut tampal sendiri.

Setakat ini, keinginan untuk menjahit selimut tampal adalah paling kuat kerana tak memerlukan modal yang besar antara 3 perkara tersebut.

Agaknya ada tak antara kawan2 kita kat sini yang boleh bagi tutorial secara online? Atau pun yang menjual buku jahitan tampal?

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin