13 Apr 2010

Keletah Si Manja

Ini sebenarnya cerita tentang kawan Cik Ton, anak sulong dia tiba-tiba saja tak nak ke sekolah dan mencipta pelbagai alasan. Padahal sebelum ni dia tak pernah berperangai begini.

Alasan pada hari pertama, sakit kepala teruk, rasa ingin muntah dan mata jadi kabur. Nampaknya alasan pd hari pertama agak berjaya, dia berehat di rumah transit sepanjang hari tu dengan jejeran air mata. Sakit kepala la katakan.

Kebetulan alasan yang diciptakan utk tidak ke sekolah itu adalah pd hari Jumaat, esoknya kawan Cik Ton ni pun bawaklah si anak tadi ke klinik mata utk test penglihatan. Kata doktor, mata anak pun ni normal, malah dia dapat melihat saiz yg huruf lebih kecil daripada sepatutnya. Doktor mencadangkan utk refer si anak kepada pakar kanak-kanak, maklumlah alasannya sakit kepala dan mata kabur, pakar mata mengatakan mata normal, pastinya la perlu jumpa pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan seterusnya.


Fikirkan pada hari Isnin selepas tu tak ada lah cipta alasan lagi, rupanya sakit perut pulak menjadi helah, dengan deraian air mata dia tetap ke sekolah setelah dipaksa oleh mama dan abahnya.

Kawan cik ton ni ada ke sek untuk berjumpa guru sek agama, merisik sekiranya dia ada masalah disekolah, mengikut kata gurunya dia aktif, riang dan sentiasa ceria cuma beberapa hari ni kerap mengadu sakit kepala apabila hampir tamat waktu sekolah sesi pagi.

Jadi kawan Cik Ton ni merasakan anaknya sekadar berhelah untuk tidak kesekolah, risik2 punya risik rupanya si anak ni takut nak ke sekolah kerana dia belum mendapat suntikan BCG manakala kawan-kawan yang lain sudah pun menerima suntikan ini. Ketika kawan-kawan mendapat suntikan, dia sedang bercuti sakit kerana demam.

Kawan-kawan menjual cerita betapa sakitnya selepas kena suntikan ini. Sakitnya sehinggakan satu tangan bermula bahu menjadi kebas hingga ke dalam tulang.Tempat terkena suntikan tu tak boleh terkena air, jika tidak kena suntik lagi sekali. Budak darjah 1 di sakat mcm ni memanglah takut untuk ke sekolah.


Oleh kerana kawan cik ton ni malas nak hadapi kerenah anak dia setiap hari selagi tidak mendapat suntikan, kawan cik ton membawa anak cik ton ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan suntikan BCG.



Begitulah salah satu daripada sejumlah retentetan kehidupan bergelar ibubapa. Pelbagai kerenah anak-anak yang perlu ditangani. Anak-anak zaman sekarang begitu ke depan dalam banyak perkara. Kita sebagai ibubapa perlu lebih berpengetahuan dalam pelbagai ilmu untuk menghadapi situasi2 yang tidak dijangka yang bakal dicipta oleh anak-anak zaman sekarang.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin