31 May 2010

BARUT, BEDUNG BAYI DAN SELIMUT TAMPAL

Salam semua, bagaikan satu kebetulan pulak, time Cik Ton update blog time tu jugaklah hujan diluar sana...hujan rahmat!

Hari ni Cik Ton bercuti kerana anak kurang sihat, jadi sempatlaa luangkan masa mengemaskini blog ni...

Nampaknya sambutan pelanggan online terhadap selimut tampal dan selimut ala comforter serta bedung bayi agak lembap jika dibandingkan dengan sambutan pelanggan offline.

Sebenarnya sengaja Cik Ton ketepikan beberapa helai untuk jualan diblog untuk menarik pelanggan online ke blog Cik Ton, setakat ni alhamdulillah ada beberapa orang pelanggan yang telah membeli bedung bayi serta selimut ala comforter. Selimut Tampal belum mempunyai pelanggan online buat masa ni, nampaknya..

Suami Cik Ton sarankan agar kekalkan harga bedung bayi RM15 sehelai memandangkan Cik Ton jahit sendiri, kos pos percuma untuk Semenanjung Malaysia dan discount 50% untuk kos penghantaran Sabah dan Sarawak.

Bagi Selimut Tampal dijual dengan harga RM3o sehelai ( pos percuma bagi Semenanjung dan discount 50% bagi Sabah dan Sarawak)


Bagi Selimut ala Comforter dengan harga RM40 sehelai (kos percuma bagi Semenanjung dan discount 50% bagi Sabah dan Sarawak)

Bagi Barut Bayi Zap On pula dijual dengan harga RM6 sehelai(kos percuma bagi Semenanjung dan discount 50% bagi Sabah dan Sarawak).


Semoga harga yang istimewa ini dapat menarik lebih ramai pelanggan yang membeli diblog Cik Ton ini.

29 May 2010

Stok Terbaru Selimut Tampal


Kod1 - SOLD TO PUAN NORMAH


Kod2 - SOLD TO PUAN CHINI


Kod3- SOLD TO PUAN CHINI


Kod4 - SOLD TO PUAN ZAINAB


Kod5-SOLD TO CIK AMALINA


Selimut Tampal ini berharga RM30 sehelai termasuk kos penghantaran.
Sila emel Cik Ton bagi yang berminat

4 corak terbaru bedung bayi


KodBD5


KodB6



KodBD7



KodBD8

Bagi yang berminat untuk membuat pesanan, sila emel Cik Ton ye !

Selimut Cotton Berbunga Ala Comforter

Salam Ceria untuk Semua,

Cik Ton upload gambar-gambar selimut ala comforter stok baru.

Boleh order sekarang ya! Harga RM40 termasuk kos penghantaran.

Emel kepada zaitonmdhussin@gmail.com untuk sebarang pesanan.





Kod 1 SOLD OUT


Kod 2 SOLD OUT


kod 3 SOLD OUT


Kod4 SOLD OUT


Kod5 SOLD OUT


Kod6 - reserved for CT


Kod7 AVAILABLE


Kod8 SOLD OUT

27 May 2010

Bedung bayi cotton flannel bercorak

Salam ceria buat semua, kat luar hujan lebat sekali....

Cik Ton dapat idea baru untuk menjahit bedung bayi untuk jualan diblog, setakat ni kawan Cik Ton menjual diblog dia (www.setbersalinnr.com/blog) hasil kerja tangan Cik Ton tu.

Cik Ton terfikir apasalahnya untuk cuba jual di blog sendiri juga sekurang-kurangnya dapat menambah lagi pendapatan.

Dah lama Cik Ton tak menjahit ni....tangan pun dah agak keras..duluu-dulu Cik Ton menjahit baju kurung tapi sekadar untuk kegunaan sendiri dan keluarga saja.

Kepada yang mencari-cari lagi bedung bayi, boleh beli kat sini..harga paling murah dari tempat lain, kalau tak percaya, boleh check je kat mana-mana website. Oleh kerana ni Cik Ton jahit sendiri Cik Ton jual dengan harga RM15 sehelai free kos pos . Bagi setiap pembelian 5 helai bedung akan mendapat FREE 1 helai barut cotton flannel bercorak zap on .

Cik Ton buka jualan murah gini takat hingga 30 Mei nanti je ..Lepas-lepas tu Cik Ton jual bedung bayi tu RM 15 + Kos Pos + Barut Bayi RM6 sehelai.

Cuba-cuba la tengok gambar-gambar contoh yang Cik Ton jahit ni, ada lagi yang belum sempat upload gambar-gambarnya.



No 1




No 2




No 3




No 4



Barut Zap On Free bagi setiap pembelian 5 helai Bedung


Cik Ton akan upload lagi untuk 3 jenis corak dan warna , masih belum ambik gambar .
Emel je Cik Ton pada zaitonmdhussin@gmail kalau berminat...kualiti jahitan kemas dan cantik..tak rugi membeli.

23 May 2010

Cik Ton Menulis......

Salam

Lamanya Cik Ton tak update blog ni....busy busy busy..time di ofis busy dengan kerja, menghambat dateline...di rumah pula memanglah sentiasa busy dengan tugas seorang ibu, seorang isteri.....


Apatah lagi sekarang ni tempahan karipap yang diterima begitu banyak, tak menang tangan kerana kesuntukan masa, ada yang Cik Ton secara rendah diri menolak kerana tak mampu untuk siapkan dalam masa yang singkat.

Ada yang menempah untuk sambutan hari guru minggu lepas, ada untuk sambutan hari lahir, jamuan perpisahan, untuk sekadar digoreng ketika minum petang saja pun ada..

Cik Ton teringin nak membuka tempahan di blog tapi mungkin kekangan masa membuatkan Cik TOn hanya mampu menulis saja di blog ni sesekali.


Nampaknya bisnes Selimut Tampal dan Selimut Cotton berbunga pun tidak sempat dijual secara online kerana pelanggan sudah biasa datang ke rumah dan pelanggan tetap sudah tentu dikalangan kawan-kawan di ofis .

Cik Ton ni suka membaca novel kalau ada masa, selalunya novel Norhayati Berahim menjadi pilihan Cik Ton, kalau ada kalangan pembaca blog Cik Ton ni yang mempunyai hobi yang sama dengan Cik TOn, bolehlah tinggalkan komen atau kita bertukar-tukar pandangan, pendapat tentang novel-novel yang telah dibaca.


Cukuplah ni untuk kali ini dan untuk yang berminat mendapatkan set bersalin Nr boleh lah ke www.setbersalinnr.com dan bagi bakal ibu yang sedang mencari bedung bayi , boleh ke www.setbersalinnr.com/blog , ada promosi istimewa untuk bedung bayi.


Selamat membaca dan sila tinggalkan komen ......

11 May 2010

Wajah Baru Blog Cik Ton

Salam Ceria untuk Semua,

Beberapa hari ni Cik Ton agak sibuk mempromosikan laman web kawan Cik Ton, www.setbersalinnr.com yang menjual set bersalin NR.

Setelah hampir 2 minggu laman web mula dibuka, terdapat 3 pesanan diterima, bolehlah menjadi satu kebanggaan walaupun 3 itu adalah satu angka yang teramat kecil tapi nilai kelegaan pd pemilik laman web cukup besar,Cik Ton pun tumpang bangga.

Laman web kawan Cik Ton tu hanya menjual set bersalin buat masa ini tetapi dalam masa terdekat produk seperti barung bayi, bedung bayi, bengkung, cloth diaper akan menyusul untuk jualan di blog pula. Jadi sama-sama lah kita tunggukan pelancaran blog beliau.

Nampaknya Cik Ton perlu tumpukan pada blog Cik Ton sepenuhnya selepas ini kerana pembantu sebelum ini iaitu kawan Cik TOn dah pun ada bisnes sendiri yang perlu beliau beri keutamaan.


Atas sebab itulah Cik Ton menukar background blog ini hari ni kerana ingin menyuntik semangat baru dalam diri Cik Ton maklumlah sebelum ni kawan Cik Ton yang banyak menguruskan pesanan selimut tampal dan selimut berbunga dari blog ini.

Cik Ton akui kurang masa untuk memberi lebih perhatian kepada jualan diblog kerana tempahan karipap frozen terlalu banyak diterima. Cik Ton masih belum membuka tempahan karipap frozen di blog kerana kesuntukan waktu untuk menguruskan tempahan.

Tetapi kepada sesiapa yang ingin menempah melalui panggilan boleh aja call Cik TOn di no 019-2378700.

Cik Ton masih aktif menjual selimut tampal dan selimut berbunga ala comforter secara offline. Stok yang Cik Ton terima tak banyak namun permintaan tinggi, sebab tu la belum sempat lagi nak upload gambar, regular customer dah dtg pilih kat rumah.


Kepada sesiapa yang membaca blog Cik Ton ni boleh lah bagi komen atau apa2 tip tentang bisnes online ni, mungkin boleh bagi tip bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja ofis, bisnes offline, bisnes online, rumahtangga dan anak2.Komen anda semua amatlah Cik Ton hargai.

8 May 2010

Anda Mencari Set Bersalin?

Promosi masih lagi berjalan....cepat sebelum tamat tempoh promosi..

Terima Kasih kepada pelanggan pertama yang membeli Set Bersalin NR melalui www.setbersalinnr.com

Puan Asma binti Omar
Kuala Terengganu

Semoga dipermudahkanNya proses bersalin nanti.Semoga berkenan dengan selimut tampal bercorak kartun tu...boleh alas tempat tido baby nanti....boleh juga untuk selimut mama baby..nak lagi, boleh order je dr Ci Ton..

Janga lupa inform Cik Ton bila dah selamat bersalin nanti ye!


Kepada bakal-bakl ibu yang masih lagi mencari Set Bersalin, boleh order di www.setbersalinnr.com @ emel rohayayusof73@gmail.com @ hp 017-3416762

6 May 2010

Set Bersalin NR

Dapatkan Sekarang Set Bersalin NR, terbukti berkesan terutama dalam proses penurunan berat badan.

Jangan lepaskan tawaran istimewa ini, sehelai selimut tampal akan menjadi milik anda dengan pembelian 1 Set Bersalin NR percuma kos penghantaran.


Layari la www.setbersalinnr.com untuk keterangan lanjut .

5 May 2010

Jualan Set Bersalin NR

Dapatkan percuma sehelai Selimut Tampal bagi setiap pembelian 1 Set Bersalin NR.

4 May 2010

Kebaikan Set Bersalin NR

1. Berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

2. Berfungsi menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin

3. Berfungsi untuk menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.

4. Berfungsi untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.

5. Berfungsi untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.
Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

6. Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.



JOM TEMPAH SEKARANG, BELI 1 SET PADA HARGA RM310 PERCUMA SELIMUT TAMPAL.

3 May 2010

Beli 1 set Bersalin NR Percuma Selimut Tampal

Kepada bakal ibu yang akan menjalani tempoh berpantang, lawati lah www.setbersalinnr.com, tawaran heabt menanti anda.

Beli 1 set Bersalin NR akan mendapat percuma kos penghantaran serta PERCUMA sehelai selimut tampal.

2 May 2010

Promosi Set Bersalin NR

Salam,

Promosi pembukaan laman web www.setbersalinnr.com masih lagi berjalan hingga 15/5/2010.

Kepada pelanggan terawal membuat belian sehingga 15/5/2010 akan mendapat PERCUMA sehelai selimut tampal 100% Cotton.


Mungkin anda salah sorang yang sedang mengandung sekarang dan masih terfikir-fikir tentang produk untuk digunakan ketika berpantang nanti, jangan ragu-ragu untuk menggunakan Set Herbanika Bersalin NR.

1 set mengandungi 6 produk. Harga adalah RM310.Kos penghantaran adalah percuma.


Produk ini bukan hanya untuk ibu berpantang malahan boleh juga di gunakan untuk tujuan menjaga kesihatan dan mengekalkan bentuk badan.


Bagi yang menghadapi masalah berat badan berlebihan, disyorkan menggunakan Phytonatal dan Akar Herbanikan.

Puan-puan boleh munghubungi Cik Ton @ Rohaya di talian 017-3416762 untuk keterangan lanjut.

1 May 2010

Promosi Untuk www.setbersalinnr.com

Promosi pembukaan laman web untuk Set Herbanika Bersalin NR bermula hingga 15/5/2010.

Kepada yang masih tercari-cari produk ketika berpantang, bolehlah melawat ke laman web ini.


Setiap Pembelian 1 Set Herbanika Bersalin NR akan mendapat percuma sehelai Selimut Tampal Bersaiz Single.


Harga Bagi 1 Set Herbanika Bersalin NR adalah RM310 termasuk kos Penghantaran.


Jangan Lupa Singgah!

LinkWithin