31 May 2010

BARUT, BEDUNG BAYI DAN SELIMUT TAMPAL

Salam semua, bagaikan satu kebetulan pulak, time Cik Ton update blog time tu jugaklah hujan diluar sana...hujan rahmat!

Hari ni Cik Ton bercuti kerana anak kurang sihat, jadi sempatlaa luangkan masa mengemaskini blog ni...

Nampaknya sambutan pelanggan online terhadap selimut tampal dan selimut ala comforter serta bedung bayi agak lembap jika dibandingkan dengan sambutan pelanggan offline.

Sebenarnya sengaja Cik Ton ketepikan beberapa helai untuk jualan diblog untuk menarik pelanggan online ke blog Cik Ton, setakat ni alhamdulillah ada beberapa orang pelanggan yang telah membeli bedung bayi serta selimut ala comforter. Selimut Tampal belum mempunyai pelanggan online buat masa ni, nampaknya..

Suami Cik Ton sarankan agar kekalkan harga bedung bayi RM15 sehelai memandangkan Cik Ton jahit sendiri, kos pos percuma untuk Semenanjung Malaysia dan discount 50% untuk kos penghantaran Sabah dan Sarawak.

Bagi Selimut Tampal dijual dengan harga RM3o sehelai ( pos percuma bagi Semenanjung dan discount 50% bagi Sabah dan Sarawak)


Bagi Selimut ala Comforter dengan harga RM40 sehelai (kos percuma bagi Semenanjung dan discount 50% bagi Sabah dan Sarawak)

Bagi Barut Bayi Zap On pula dijual dengan harga RM6 sehelai(kos percuma bagi Semenanjung dan discount 50% bagi Sabah dan Sarawak).


Semoga harga yang istimewa ini dapat menarik lebih ramai pelanggan yang membeli diblog Cik Ton ini.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin