23 May 2010

Cik Ton Menulis......

Salam

Lamanya Cik Ton tak update blog ni....busy busy busy..time di ofis busy dengan kerja, menghambat dateline...di rumah pula memanglah sentiasa busy dengan tugas seorang ibu, seorang isteri.....


Apatah lagi sekarang ni tempahan karipap yang diterima begitu banyak, tak menang tangan kerana kesuntukan masa, ada yang Cik Ton secara rendah diri menolak kerana tak mampu untuk siapkan dalam masa yang singkat.

Ada yang menempah untuk sambutan hari guru minggu lepas, ada untuk sambutan hari lahir, jamuan perpisahan, untuk sekadar digoreng ketika minum petang saja pun ada..

Cik Ton teringin nak membuka tempahan di blog tapi mungkin kekangan masa membuatkan Cik TOn hanya mampu menulis saja di blog ni sesekali.


Nampaknya bisnes Selimut Tampal dan Selimut Cotton berbunga pun tidak sempat dijual secara online kerana pelanggan sudah biasa datang ke rumah dan pelanggan tetap sudah tentu dikalangan kawan-kawan di ofis .

Cik Ton ni suka membaca novel kalau ada masa, selalunya novel Norhayati Berahim menjadi pilihan Cik Ton, kalau ada kalangan pembaca blog Cik Ton ni yang mempunyai hobi yang sama dengan Cik TOn, bolehlah tinggalkan komen atau kita bertukar-tukar pandangan, pendapat tentang novel-novel yang telah dibaca.


Cukuplah ni untuk kali ini dan untuk yang berminat mendapatkan set bersalin Nr boleh lah ke www.setbersalinnr.com dan bagi bakal ibu yang sedang mencari bedung bayi , boleh ke www.setbersalinnr.com/blog , ada promosi istimewa untuk bedung bayi.


Selamat membaca dan sila tinggalkan komen ......

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin