11 May 2010

Wajah Baru Blog Cik Ton

Salam Ceria untuk Semua,

Beberapa hari ni Cik Ton agak sibuk mempromosikan laman web kawan Cik Ton, www.setbersalinnr.com yang menjual set bersalin NR.

Setelah hampir 2 minggu laman web mula dibuka, terdapat 3 pesanan diterima, bolehlah menjadi satu kebanggaan walaupun 3 itu adalah satu angka yang teramat kecil tapi nilai kelegaan pd pemilik laman web cukup besar,Cik Ton pun tumpang bangga.

Laman web kawan Cik Ton tu hanya menjual set bersalin buat masa ini tetapi dalam masa terdekat produk seperti barung bayi, bedung bayi, bengkung, cloth diaper akan menyusul untuk jualan di blog pula. Jadi sama-sama lah kita tunggukan pelancaran blog beliau.

Nampaknya Cik Ton perlu tumpukan pada blog Cik Ton sepenuhnya selepas ini kerana pembantu sebelum ini iaitu kawan Cik TOn dah pun ada bisnes sendiri yang perlu beliau beri keutamaan.


Atas sebab itulah Cik Ton menukar background blog ini hari ni kerana ingin menyuntik semangat baru dalam diri Cik Ton maklumlah sebelum ni kawan Cik Ton yang banyak menguruskan pesanan selimut tampal dan selimut berbunga dari blog ini.

Cik Ton akui kurang masa untuk memberi lebih perhatian kepada jualan diblog kerana tempahan karipap frozen terlalu banyak diterima. Cik Ton masih belum membuka tempahan karipap frozen di blog kerana kesuntukan waktu untuk menguruskan tempahan.

Tetapi kepada sesiapa yang ingin menempah melalui panggilan boleh aja call Cik TOn di no 019-2378700.

Cik Ton masih aktif menjual selimut tampal dan selimut berbunga ala comforter secara offline. Stok yang Cik Ton terima tak banyak namun permintaan tinggi, sebab tu la belum sempat lagi nak upload gambar, regular customer dah dtg pilih kat rumah.


Kepada sesiapa yang membaca blog Cik Ton ni boleh lah bagi komen atau apa2 tip tentang bisnes online ni, mungkin boleh bagi tip bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja ofis, bisnes offline, bisnes online, rumahtangga dan anak2.Komen anda semua amatlah Cik Ton hargai.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin