29 Dec 2010

Bola

Assalammulaikum

Sekarang ni cik ton tengah tengok bola, Indonesia dengan Malaysia, setakat ni Malaysian dah 1.Indonesia 1 ..berdebar-debar hati cik ton, takut...mudah-mudahan kemenangan di pihak kita....setakat ni pemain masih bertahan lagi....cik ton harap mereka kekalkan corak permainan macam itu hari...sekarang ni Indonesia asyik menyerang aje.....

27 Dec 2010

Bubur assyura

Assalammulaikum

Semalam cik ton masak bubur assyura, cik ton buat semalam yang manis ada jugak orang suka buat yang lemak...manis sedap lemak pun sodap.


tepung beras 1/2 kg
pati santan 1kg
gula melaka
gula pasir
kacang hijau - rebus
kekacang - kacang campur-campur - rebus
keledek rebus
pisang

campur semuanyer sekali dan kacau la sampai masak, nak tau masak atau tidak bila kita kacau lama bubur tu dah tak melekat kat kuali dan berkilat.

penat jugak la mengacaunyer, gilir-gilir dengan bibik,mula-mula senang aje sebab masih cair bila dah lama ia makin pekat mulala susah nak kacau.....cik ton mula pukul 5.15 habis kacau hampir pukul 8...kakak cik ton cakap kena kacau lama supaya tepungnya masak betul, kakak cik ton punya sedap betul cik ton punya semalam lembut sangat tapi ok la rasanyer kata suami cik ton sedap banyak jugak la dia makan...cik ton masukkan dlm bekas untuk jiran-jiran dan hari ni dah kasi pada kakak , rohaya dan makcik rohaya...harap-harap mereka suka lah.

Cik ton tak pandai masak tapi ok la untuk keluarga.

24 Dec 2010

Sekolah

Assalammualaikum

Minggu lagi satu 3hb January 2011 dah start semula alam persekolahan, Ain akan masuk ke tingkatan 1 dan Umairah akan masuk kedarjah 3. Segala peralatan sekolah semua dah cukup, ain semua serba baru maklumlah nak masuk sekolah yang baru bagi dia, si adik pun semua baru sebab tahun depan dah jadi pengawas pulak....

Tadi Cik Ton pergi cari kasut ain, dari itu hari duk cari kasut sekolah dia baru la petang tadi jumpa seperti yang dia nak, sebenarnya itu hari banyak yang kita jumpa tapi tu la yang ain suka siayah tak suka, punya la cari yang sama-sama suka, nasib baik petang tadi dah jumpa..puas la hati siayah dan anak...

Minggu depan 31hb disember hari jumaat adalah hari orentasi dan pendaftaran untuk ain dan juga hari kena bayar yuran, si adik pun sama dan tahun ni memang kena bayar lebih untuk dua-dua orang sebab masing-masing keseorangan, dan Cik ton perasan tahun depan memang naik semuanya yuran PIBG pun naik lagi..emmm

Nampaknya separuh bonus tahun ni adalah untuk sekolah anak.....Alhammdulillah

17 Dec 2010

Nak balik Johor

Assalammualaikum

Emmm...dah lamanya tak buat catitan, 2/3 hari yang lepas sakit kepala sangat-sangat nak tengok nak pc pun tak lalu rasanyer, tu yang mendiamkan diri sekejap. Pagi ni baru la dapat menulis sikit sebab hari ni cik ton cuti.

Dua tiga malam yang lepas busy jugak sikit sebab ada orang tempah karipap dan kueh tart, boleh la masyuk sikit-sikit dan semalam buat karipap sebab nak bawa balik rumah mak mertua kat Johor hari ni, sebab esok ada buat kenduri arwah untuk nenek. Lepas solat jumaat ni baru kami semua bertolak ke Johor.

11 Dec 2010

Tan Sri P Ramlee

Assalammulaikum

Cik ton baru habis tengok rancangan meniru gaya Tan Sri P Ramlee,macam-macam gaya para peserta ada yang lebih kurang la suara macam beliau, tapi kebanyakanya macam suara Aziz Jaafar, malam ni adalah malam terakhir, dan pemenangnya adalah dari zon selatan tapi tadi peserta-pesertanya ada juga dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Bercakap pasal Tan Sri P Ramlee ni memang tak akan habis, memang kita semua tak akan jumpa lagi seorang seniman seperti beliau yang betul-betul menghambakan diri untuk seni. Sampai la sekarang filem-filem dan lagu-lagu nyanyian beliau masih lagi utuh.

Sememangnya kami sekeluarga masih tetap meminati filem-filem beliau. Anak cik ton, Nur Ain memang minat habis dengan filem-filem beliau yang masih sering ditayangkan di TV, tapi dia minat cerita-cerita yang kelakar aje,suami cik ton pulak paling dia minat cerita Ibu Mertua Ku, sebab lagu-lagu dalam filem tersebut sedap-sedap semuanya.

Sememangnya pergimu tiada ganti....Alfatihah....

8 Dec 2010

Tempatkan dia diSyurga

Assalamulaikum

Baru je habis tengok drama di TV3 yang bertajuk Tempatkan dia disyurga,cik ton percaya mesti ramai sahabat-sahabat cik ton yang tengok. Cik ton tengok anak beranak semuanya terpaku ditempat masing-masing menghayati cerita tersebut, betukl-betul menyentuh jiwa.

Kami semua anak beranak betul-betul menghayati cerita tersebut, tak sangka cik ton, amalina dan ain betul-betul menangis, ain sampai nak tersedu-sedu tapi dia tahan, selalunya anak-anak cik ton memang payah nak mengeluarkan air mata walaupun tengok cerita sedih lain la cik ton ni memang mudah menangis, suami pun mengalirkan juga air mata tadi...tahniah kepada pengarah cerita tersebut kerana berjaya mengheret cik ton sekeluarga mengikutinya sampai habis, begitu juga dengan lakunan Zamarul Hisham sebagai Amirul memang berkesan betul dan juga semua pelakon-pelakon yang lain berjaya membawa watak masing-masing dengan baik....

"Ain cakap sedih betulkan bu cerita tu" .

Tahniah....sempena menyambut tahun islam yang baru ini kita disajikan dengan cerita yang bernilai begitu, cerita yang boleh mendidik kita supaya menjadi seorang yang baik, menjadi seorang ibu yang begitu baik untuk anak-anak, menjadi seorang anak yang begitu menyayangi ibu, menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami dan boleh mendidik kita supaya jangan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri.

Sesungguhnya hidup ini lebih bernilai jika kita menghargai orang lain.

6 Dec 2010

Maal Hijrah 1432Hijrah

Assalamualaikum

Kepada semua sahabat Selamat menyambut Maal Hijrah....

Semuga tahun baru ini dan tahun-tahun yang seterus sentiasa didalam lindungan Allah..

Tengok sikakak membimbing adik-adik membaca doa akhir dan awal tahun tadi sejuk rasa hati cik ton, Alhamdulillah ....moga-moga anak-anak cik ton sentiasa menjadi muslimah yang mukmin..

Semuga Allah melindungi anak-anak ku...Amin

4 Dec 2010

Kemas bilik

Assalamualaikum

Baru habis solat maghrib, dah nak hujung sangat solat hari ni, apatahnyer baru habis berkemas stor dan bilik ain serta umairah

Cik ton mula kemas stor pukul 5 petang tadi lagi, punya la banyak barang yang tak nak, kadang-kadang tak tahu benda apa yang kita simpan nak dibuang sayang maka sumbat aje dalam stor dulu, banyak buku-buku tulis sekolah anak cik ton dan majalah-majalah. Rupa-rupanyer majalah yang paling banyak majalah wanita dan majalah ujang yang lama-lama. Anak-anak cik ton suka baca majalah ujang, cik ton pulak suka baca majalah Gila-Gila dari dulu sampai la sekarang,jadi cik ton ingat buku-buku dan semua majalah-majalah tu nak jual.....

Selepas habis kemas stor, cik ton mengemas pulak bilik ain dan umairah, banyak juga la benda yang dibuang tadi, entah ape-ape aje yang disimpan oleh diaorang ni, punya la banyak kertas-kertas tak tahu kertas apa. Ain ni memang penyimpan sikit orangnyer,sampaikan kertas-kertas dari tadika pun disimpannye lagi, kalau barang-barang hadiah atau souvenier jangan cakap la sampai dah satu laci campur lagi satu kotak kasut, cik ton suruh dia buang separuh tak nak dia, sayang katanya tapi tadi paksa dia buang yang tadika punya dan kertas-kertas lain, akhirnya lega sikit tengok laci dia....umairah pun penyimpan juga tapi asal boleh aje, tak sekemas ain....itu pun tak tahu berapa lama boleh bertahan......selalunya tak lama....

Sekarang ni tengok umairah berlatih main batu seremban, gelihati tengok tak boleh nak sambut sampai marah-marah, orang kalau mula nak belajar main mesti lambung rendah-rendah aje, ini tak lambung tinggi-tinggi mesti la tak boleh nak sambut asyik tercampak jauh-jauh aje lepas tu ketuk-ketuk batu tu lepaskan geram, kononnyer batu tu yang salah....adik,adik....tak reti nak sabar langsung....muncung aje.....he..he, geram-geram sekarang ni makan nasi.....nak lepaskan geram tak boleh sambut batu seremban.....

Sabar separuh dari iman.

LinkWithin