29 Jan 2011

Masak

Assalamualaikum

Cuaca sejuk je hari ni mendung, hujan sekejap-sekejap...kalau dalam cuaca yang macam gini kain semua lambat kering, toto pun ambil masa 2 hari baru kering betul, nasib baik guna pencuci TOP dan pelembut Daia tu tak la berbau...he..he... maklum la matahari kadang-kala segan untuk menunjulkan diri lama-lama seperti membiarkan awan meliputi dirinya sahaja.

Hari ni macam biasa la pagi tadi dalam hujan renyai-renyai cik ton pergi pasar beli barang-barang basah untuk seminggu, hari ni tak ramai orang sangat mungkin sebab awal lagi atau banyak orang cuti balik kampung sempena tahun baru cina minggu depan. Ayam masak lemak cili api dah siap dah, acar timun+karrot dan ikan goreng belum lagi masak..dekat-dekat nak makan nanti baru masak acar dan goreng ikan baru sedap sebab panas-panas lagikan.

Hari ni amalina balik dari Seri Iskandar sebab cuti selama seminggu dan hari ni kiranya kali pertama la dia naik bas dengan kawan untuk balik ke rumah kekl....tak tau la macam mana dia rasa untuk kali pertama naik bas, selalunya ayah pergi jemput tapi kali ni dia cuba tak nak menyusahkan ayah. Sebenarnya dia nak ambil tiket pergi balik, tapi "ayah dia kata tak per la nanti akak nak balik ayah hantar". Dalam sedar tak sedar anak-anak cik ton dah semakin meningkat dewasa dah semakin memahami dengan keadaan semasa.

Dah hujan pulak kat kawasan rumah cik ton ni, umairah main dengan anak jiran sebelah berpayung-payung suruh balik tak nak pulak suka agaknyer main dalam keadaan berpayung gitu...ye la kan dulu cik ton masa seusia umairah pun suka main hujan kiranya anak -anak cik ton rugi sebab tak dapat main dan mandi hujan macam ibu diaorang dulu emak cik ton tak marah biarkan aje..tapi sekarang kalau la umairah minta nak main hujan mesti kuat jeritan cik ton tak kasi..

Dah banyak hari tak buat entry baru.. kadang kala ketandusan idea walaupun akal berfikir tanpa henti.

JUALAN PENGHABISAN STOK BARUT BAYI

Assalamualaikum

Cik Ton nak promote sikit blog kawan Cik Ton ni, dia buat jualan penghabisan stok barut bayi dan jualan bedung bayi di KEDAI ONLINE KAK AYA .

Kot-kot sesapa yang tengah pusing sana sini mencari barut bayi , cuba-cuba la jengah kat SANA.

Selain barut dan bedung bayi, set bersalin NR pun ada.

Untuk order, boleh call atau sms 017-3416762.

21 Jan 2011

Temankan suami

Assalamualaikum

Malam ni kiranya dah malam sangat la bagi cik ton nak buat catitan. Mata dah mengantuk dan asyik menguap je....tapi tak boleh nak tidur dulu, suami ajak temankan dia mengecat rumah, dari petang tadi tak habis-habis lagi, cik ton nak tolong suami tak kasi pulak, sebab cik ton ni tak pandai mengecat....nanti bukannyer mengecat tapi mencacatkan dinding pulak...he..he, tapi dulu sebelum pindah dia kasi pulak tolong agaknyer dulu tu satu rumah yang nak kena cat banyakkan, tapi kali ni sikit je, cuma cat bawah je...jadi cik ton pun tolong tengok je la.....jadi dari tengok kosong aje tu yang ambil kesempatan buat blogwalking sikit sambil buat catitan.

Tak tahu nak cakap apa kat suami sebab rajin sungguh mengecat tak boleh nak tunggu esok dah, kalau boleh nak siapkan jugak malam ni....

Umairah dah lama lena, awal pulak dia tidur malam ni, agaknyer letih sebab petang tadi diaorang kat sekolah ada buat lahitan untuk merentas desa yang akan diadakan besok pagi sabtu. Bibik pun dah lama lena tinggal ain sorang-sorang kat atas duk tengok tv lagi....

Emmm..ngantuknyer mata cik ton, dah la tidur lambat esok nak kena bangun pagi pulak sebab nak pergi ambik langsir di Nilai....tak ada can la lepas subuh nak tidur balik, sesekali je cik ton suka tidur semula lepas subuh, selalunyer tak sebab lepas subuh tunggu hari cerah sikit cik ton terus pergi pasar selalunyer dalam pukul 7 pagi, ada ketikanya belum ramai lagi peniaga yang buka kedai cik ton dah sampai, cik ton tak suka pergi pasar kalau dah lambat sebab nanti ramai orang nak parking pun susah, nak pilih ikan dan sayur serta lain-lain barang pun payah, asyik berlaga bahu dan punggung aje....leceh....


" I want to sleep but can't"

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak suami sebab catkan rumah.

20 Jan 2011

Langsir

Assalamulaikum

Hari ni cik ton , suami dan anak-anak pergi Nilai 2. Pukul 8.45 pagi tadi kami dah gerak, sengaja keluar awal sebab nak sarapan kat luar sekali kan dah janji dengan anak-anak minggu lepas, jadi minggu ni baru dapat.

Kami sampai di Nilai dalam pukul 9 lebih, kiranyer pagi la kan sebab banyak kedai yang belum dibuka lagi cik ton suka pergi sebab belum ramai orang dan cuaca pun belum panas...sebenarnya tujuan ke Nilai sebab nak beli langsir, suami dah janji tahun ni mesti tukar langsir, jangan kawan-kawan tak tau langsir cik ton sekarang dah 4 tahun belum berganti sejak pindah rumah dulu lagi itu pun beli di Nilai juga cik ton pergi bersama-sama dengan mak mertua dan adik ipar.

Kami tadi cuma pergi 3 buah kedai aje, suami cakap tak payah la jalan semua kedai langsir, kalau kita jumpa yang dah berkenan dikedai tu beli je lah....payah juga ek nak pilih kain bila tengok dah banyak rambang mata jadinyer kedai pertama tak banyak sangat design yang suami dan cik ton suka, pergi kekedai kedua ada satu kain tu, kali pertama suami tengok dia terus berkenan, cik ton pun suka cantik sangat, tapi bila tanya taukeh kedai...."alamak encik kain ni dah habis stok la"...bengang je kan bila kita dah jumpa yang kita suka...kain dah habis pulak...

Kami jalan lagi akhirnya kami sampai la kekedai yang ke3, banyak la kain yang bergantungan, akhirnya pilih punya pilih suami suka satu kain ni, cik ton pun suka..warna coklat campur dengan corak-corak kelabu cair sikit, tak tau la cik ton describes design nya nnt la bila-bila cik ton masukan gambar nya ye kiranya kena la dengan dinding rumah cik ton yang berwarna kuning, tapi sebelum cerita lebih nak puji gak la pekerja kedai ni bagus la layanan dia, mesra pelangan seorang perempuan cina...

Alamak cik ton kena stop dulu la , umairah dah sibuk nak pc ni, dah moyok muka cik ton cakap" kejap la dik, umairah jawab " ala ibu ni nak tunggu mcm mana nnt kejap lagi ibu dah suruh tidur pulak"

Nanti cik ton sambung lagi ye....insyaallah..

" Hati tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada"

17 Jan 2011

MC

Assalamualaikum

Hari ni cik ton mc, tak tahu nape bangun je pagi tadi terus sakit belakang sebelah kanan, nak pusing tengok sebelah kanan sakit, kena pusing satu badan tadi bila nak berpusing...mungkin salah tidur agaknyer...

Tadi terus pergi klinik lepas hantar umairah pergi sekolah agama, doktor cakap mungkin salah urat jadi urat tu meradang .. Sekarang cik ton tengah sarapan cucur udang cicah sos cili dengan ain...sambil tengok 8tv tengok gelagatFBI&AG cik ton suka tengok kalau cuti.....kelakar la diaorang happy je nampak dalam konti tu...

Tadi sebelum sarapan cik ton dah masak untuk makan tengahari kena masak awal nanti ain dan umairah nak pergi sekolah diaorang kena makan dulu. Resepi hari ni masak lemak ikan cencaru+ikan tenggiri masak kicap+sayur kobis goreng+ikan pelaling goreng...mcm banyakkan, tak tahu la nape tapi setiap kali masak lemak ikan mesti kena buat ikan tenggiri kicap, sebab anak-anak cik ton suka campur kuah lemak dan kuah kicap tu pada...gaul sekali...nyam-nyam..kata amalina, sikakak yang la buat dulu, habis adik-adik pun ikut....

Rindu pada amalina tak sabar tunggu dia balik pada 29hb ni, dapat cuti seminggu...anak dara sorang tu kalau dia ada macam-macam nak makan, bila cik ton masak makannyer sikit aje,tapi masa minta macam nak mkn byk lagaknyer...semalam cik ton tak senang hati sebab asyik tunggu panggilan dari amalina apa taknyer dari petang jumaat dia dan kawan-kawan kena buat photo shoot di Pulau Pinang...dah la pergi jauh bateri hp dia pulak dah habis, tak dapat la cik ton nak call dia selalu...dah tau nak pergi tu bukannyer nak charge hp....akhirnya malam tadi tak boleh tunggu lagi cik ton terpaksa la menggangu kawan baik dia yang sama setempat dgn dia cuma lain course aje, mujur la sebelum tu amalina ada sms dia menggunakan hp kawan yang sama pergi dgn amalina, jadi melalui hp budak tu dapat la cik ton bercakap dgn amalina. lega rasa hati bila semuanya selamat, akhirnya pukul 11.30pm baru la diaorang semua sampai ke kolej diaorang dengan selamat....Alhamdulillah.

Dah meleret pulak cerita cik ton ni dari mc sampai ke anak....tapi tak per la kan cuma untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.

Ingat nak buat blogwalking tapi kejap lagi nak buat tart pulak....ada sikit-sikit kawan-kawan order, mc ye tapi boleh pulak buat tart..ha..ha

16 Jan 2011

Mee Kari

Assalamualaikum

Tengahari ni cik ton masak mee kari, masak awal hari ni semalam suami ajak sarapan kat luar ain umairah suka habis, tapi mcm biasa la, bila bangun dah lambat sikit cik ton jadi malas maklum la nak kejut anak dara dua orang tu bukannyer senang jadi suami kata " kita pergi pasar beli bahan mee kari je lah, lepas tu balik buat roti bakar+nescafe cukup je untuk sarapan"...apa lagi kelentang-kelentung la kena masak cepat sebab sarapan ringan aje....

Siap masak dalam pukul 10.30 am...pagikan....lepas tu kopek kentang nak buat inti karipap, ada jiran order sikit....akhirnya tadi kami semua makan dalam pukul 12.30 sambil tengok melodi....jangan tak tahu suami cik ton suka tengok melodi , mungkin sebab dari situ baru dia amik tau sikit pasal artis-artis ni sebab kalau nak membaca dari suratkabar atau majalah-majalah memang dia tak akan baca....sekarang ni semua dah kekenyangan...umairah lagi hebat lepas je habis makan tadi terus pergi rumah jiran sebelah nak main dengan kawan dia nama Nabilah dan Najwa( anak orang sebelah tu la).

Ain tengah menyiapkan kerja sekolah yang masih ada, tak habis lagi satu iaitu geografi..emmm..dah masuk tingkatan satu banyak la kerja sekolahnyer....cik ton masih tunggu panggilan dari cikgu Norhaida pasal keputusan pakai tudung tu...belum ada keputusan lagi kut...

Sekarang dah sampai masa nak buat karipap...

Dalam hidup ini tak semua yang kita mahu pasti akan dapat.

15 Jan 2011

sukun

Assalamulaikum

Sekarang ni cik ton tengah makan sukun goreng dengan suami...emmm...sedapnyer minum lak teh panas.....cik ton percaya mesti ramai orang suka sukun goreng....anak-anak cik ton semua suka, cik ton pun suka tapi tak tahan kalau makan banyak-banyak nnt perut rasa tak sedap mungkin banyak angin dalam badan agaknyer...sebab tu tak berani nak beli selalu.

Kawan-kawan cik ton semua ada tak petua untuk hilangkan angin dalam badan...kak lyn ada petua tak.

13 Jan 2011

AJL lagi

Assalamulaikum

Selamat harijadi untuk siti, walaupun dah terlewat, sudah 32 tahunkan umur mak iti kita....semuga kejayaan mengiringi pertambahan usia....

Dimalam AJL 25 itu hari puas hati tengok persembahan penyanyi kegemaran cik ton tu, bila siti buat persembahan terasa lebih meriah majlis tersebut cantik dan berseri betul siti malam tu, suara jangan cakap la memang power habis...dan pandai pulak menari dan bersilat...terkedu sekejap...mmg tak berkelip la mata tengok siti malam tu....

Faizal Tahir best betul la malam tu, masa persembahan lagu selamat malam,tak tau nape hati cik ton rasa sebak aje....

Apa-apa pun tahniah pada semua pemenang.

Resah

Assalamualaikum

Kadang-kadang hati rasa resah, tapi tak tau kenapa...
Rindu pada seseorang tapi tak pasti siapa

9 Jan 2011

AJL 25

Assalamulaikum

Cik ton tak sabar nak tengok Anugerah Juara Lagu ke 25, tak sabar nak tengok lagak pengacara Faiza Ismail, Ally Iskandar( cik ton suka dia) dan Charell Samad ( klu salah eja nama maaf ye) dan yang paling tak sabar nak tunggu kemunculan Faizal Tahir...

Cik ton stop kat sini lah...dah dekat nak start dah AJL

8 Jan 2011

Raja Lawak musim ke 5

Assalamulaikum

Semalam cik ton tengok raja lawak musim ke5, cik ton percaya mesti semua sahabat-sahabat tengokkan, cik ton rasa kali ni raja sedap la untuk ditengok, boleh gelak la kata orang bila peserta-peserta buat lawak...semalam cik ton dan suami suka tengok Najmi dan Epy...memang lawak gila...sampai berdekah-dekah cik ton dan suami ketawa, rasanya ketawa macam tu masa tengok Nabil dan kumpulan Sepah...sampaikan Aflin Shauki pun suka tiru gaya Najmi dan Epy kiranya bagus la tu kan bila juri pun turut ambil part sikit..harap-harap dua-dua peserta tu terus la bertahan sampai kefinal....tapi juri-juri raja lawak kali ni pun ok semua....

Sebenarnya setiap kali ada Raja Lawak yang cik ton suka tengok adalah pengacaranya siapa lagi kalau bukan Johan dan Zizan. Sebenarnya mereka dua ni lah yang memeriah dan menjadikan rancangan tu sedap untuk ditengok, kerana dua-duanya selamba dan pandai aje cover kalau ada apa-apa yang tak kena....sebenarnya terlebih gelak sebab diaorang berdua ni la.

Tahniah Johan dan Zizan kerana bakat dan kepandaian awak berdua benar-benar membuat rancangan itu sedap untuk ditonton.

resepi tart nenas

untuk inti

nenas
gula
garam sikit

parut nenas dan masukan bahan semua dalam periuk dan masak menggunakna api yang kecil, air nenas jgn buangkan, kena rasa selalu untuk dapatkan rasa yang secukupnya...kena rajin kacau selalu dan biarla masak lama-lama.

Pastri

tepung cap sauh
butter chung 250g salted (kertas balutan warna gold ada gambar tong)
telur 1biji ( ambil kuning saja)
gula ising 3 sudu
susu pekat manis 3 sudu ( sesetengah orang tak letak pun)

pukul butter dengan gula sampai kembang sikit, masukan susu dan gula, kacau kasi sebati lepas tu masukkan tepung sikit-sikit sampai rasa boleh digulung....guna acu semperit yg bentuknya bila kita tekan adunan tu akan keluar panjang jangan tekan panjang sangat agak-agak aje dan masukan inti yang telah dibulat-bulatkan dan gulung.Masukan dalam kertas yang kecik-kecik tu tak tau panggil apa cawan kertas kut...

Bakar 15minit.

Tudung

Assalamualaikum

Ingatkan pagi ni nak jengah-jengah blog sahabat-sahabat, tapi tak tau la nape pc slow sangat, akhirnya update blog sendiri je lah....

Hari khamis yang lepas cikton amik halfday kerja sebab nak pergi sekolah ain, nak jumpa penolong pengetua nak bincang isu tudung. Tentu sahabat-sahabat semua tahu pasal tudung yang sekarang ni tudung yang dah siap ada awning, di sesetengah sekolah boleh tapi sekolah ain tudung tu tak boleh pakai tak tau la nape. Ain pulak dia suka pakai tudung tu sebab senang dan menjimatkan masa hanya sarung dan betul-betulkan sikit dah ok tak sampai 5 minit pun dah siap.Cik ton pun pakai jugak tudung tu. Sebenarnya masa hari pertama dan kedua sekolah cik ton suruh aje ain pakai selagi cikgu tak tegur, kata ain pada hari kedua sekolah ada cikgu-cikgu yang duk memerhatikan dia mungkin sebab dia pakai tudung tu la, masuk je hari ketiga sekolah ada sorang cikgu ni jumpa ain cakap jangan pakai lagi lagi tudung tu datang sekolah, sebab tu masa jemput dia petang tu muka dah monyok sebab tak boleh pakai lagi tudung tu, untuk ain susah bagi dia nak pakai tudung yang biasa pelajar-pelajar lain pakai tu sebab dia tak pandai nak membentukkan tudung tu, orang dah besar mesti la nak cantik-cantik pakai tudungkan lain la si adik senget sikit pun tak apa....tu la pasal cik ton mengagahkan jugak diri nak pergi jumpa pp demi untuk keselesaan anak..

Balik je dari ofis cik ton pun singgah rumah kejap hantar bahan nak buat inti karipap, kebetulan ada pulak kawan-kawan oder karipap.Terima kasih kawan-kawan.... Cik ton pun terus je la pergi ke pejabat sekolah nak jumpa penolong pengetua tapi pp tu tak ada jadi kerani tu suruh cik ton jumpa dengan cikgu yang jaga hal ehwal murid yang di panggil HEM, cik ton pun masuk la jumpa Pn Norhaida, cikgu tu memang baik sesuai dia jaga hal ehwal murid, lembut je orangnya penuh dengan sifat keibuan, kita sebagai ibubapa pelajar pun seronok nak berbincang dengan dia.....cakap pun penuh berhemah...cik ton pun tunjuk la pada dia tudung tu dan cerita tentang kebaikan dan kesenangan bila ain pakai tudung tu, kata cikgu tu kalau pendapat peribadi dia tudung tu ok aje, tak menyalahi peraturan pun, sebab tu cik ton kalau boleh nak pihak sekolah membenarkan pelajar-pelajar pakai tudung tu sebab rasanya tak menganggu pun peraturan sekolah yang dah sedia ada...setelah berbincang lebih kurang 20 minit je, akhirnya Pn Norhaida kata dia akan bawa isu tudung tu ke dalam mesyuarat sekolah pada minggu depan,dan segala keputusannya akan di beritahu pada cik ton nnt.. lega hati at least cik ton dah cuba tunjuk pada pihak sekolah tentang tudung tu dan sekarang bergantung la pada keizinan Allah untuk melembutkan hati pihak pentadbir sekolah ain untuk meluluskan cadangan kita tu...Terimakasih Pn Norhaida dari Sekolah Menengah Bandar Tasik Kesuma di atas keperihatinan puan dan kesudian puan nak jumpa saya.

Mungkin pada orang lain sesuatu hal tu nampak remeh tetapi tidak pada orang lain.

3 Jan 2011

Sekolah part2

Assalammulaikum

Emmm...baru lepas layan suami dan anak-anak makan, lambat sikit makan malam ni sebab tadi pergi pasar malam dulu lepas jemput ain dan umairah dari sekolah. Umairah keluar sekolah pukul 6.30 sebab hari isnin ada perhimpunan, ain pulak pukul 6.45, tak susah tunggu diaorang sebab sekolah rendah dan menengah sebelah menyebelah aje....

Umairah dari mula masuk kereta sampai la kerumah tak henti-henti bercakap pasal hari pertama sekolah, macam-macam cerita...letih cik ton rasa dengar cerita dia, tapi kena layan jugak kalau tidak tarik muka, sekarang ni tengah buat kerja sekolah, advance betul cikgu sekarang hari pertama pun dah ada homework....bising mulut dia nak minta tolong lukiskan gambar dinasour, tak nak kecik nak lukis besar-besar manala cik ton pandai lukis, hentam je la janji macam dinasour ikut contoh pelekat magnet kat peti ais, nasib baik ada contoh boleh la tiru, emmm dah siap keje sekolah sekarang happy-happy nyanyi.....

Habis dah la satu hari sekolah hari ni, besok dan seterusnya kembali kerutin biasa.

sekolah part 1

Assalammualaikum

Pagi ni senang betul Umairah bangun pagi, 2 kali je cik ton kejut dah bangun agaknyer sebab hari pertama kan bersemangat lagi la, senang pulak solat subuh tanpa disuruh, tapi sibuk pulak kata pada ain" ain ni kan bangun la, solat... tu pun nak orang nak ingatkan malas la tu"....begitu la perangai umairah kalau boleh dia aje yang nak betul, kalau kena pada dia pandai aje mengelaknyer...anak-anak ni walau pun tinggal 2 beradik jer, boleh gak macam nak runtuh rumah kalau dah start bergaduh.....bising betul..masing-masing tak nak mengalah....

Pukul 6.45 dah siap si umairah tadi, sibuk betulkan tudungnyer, kebetulan tudung tu ketat sikit, " tgk la nampak pipi umairah ni gebu aje" mana taknyer pipi dia macam pipi cik ton tembam, klu pakai tudung nampakla lagi..."macam nak buat dik dah pipi macam tu Allah kasi...tapi comel kan" bila cik ton kata macam tu wah besar senyuman dia...anak...anak..

Cik ton suruh sarapan kokocrunch dengan susu tadi, tak nak pulak dia nak karipap tapi cik ton tak goreng pulak pagi tadi, terpaksa la singgah kat gerai beli karipap untuk dia, dah sampai kat sekolah agama pagi tadi belum buka pun lagi pagar sekolah tapi dah ada la 2/3 orang pelajar2 cik ton ingat cik ton yang awal rupa-rupanya ada lagi yang awal sampai...umairah bila dah tengok ada pelajar-pelajar lain mula tak kasi cik ton tunggu lagi, suruh balik, sedangkan kita risau kat dia takut dia melintas keseberang jalan kelas lama dia kat masjid, tapi tahun ni pindah rumah depan, sebab murid-murid semakin ramai kelas tak cukup.

Cik ton tak tunggu lama pun tadi, bila nampak ustazah dia dah sampai cik ton pun terus je balik, tak sempat nak tengok ragam pelajar-pelajar baru macam mana, tapi dah tentu la ada macam-macam kan, masa 2 tahun yang lepas waktu hantar umairah, macam-macam ragam pelajar cik ton tengok, ada yang pegang tangan mak/ayah tak nak lepaskan, bila dah duduk dalam kelas mata asyik tengok mak/ayah aje.....cik ton ingat cik ton dulu pun macam tu, tapi dulu cik ton tak ada pun pergi tadika macam anak-anak cik ton sekarang, dulu first time pisah dengan mak masa pergi sekolah darjah satu la, sekolah pulak lebih kurang 1 batu dari rumah, menangis betul cik ton masa tu rasa macam tak jumpa mak dah, apa pun bapak pujuk tak masuk dihati dah....dah tak peduli kawan-kawan yang baru tengok, janji boleh nangis dan nak balik......ada la seminggu cik ton macam tu, bila mak tak boleh temankan, kakak cik ton pulak jadi mangsa tunggu luar kelas, kadang-kadang kakak curi balik bila cik ton leka dalam kelas, sebab masa tu kakak cik ton di tingkatan satu mesti la dia tak boleh tunggu lama, bila tengok kakak dah tak ada mula hati dah sedih, start la keluar air mata, sampai berapa kali bohong pada cikgu cakap sakit perut nak balik, ada la beberapa kali ustaz hantar balik rumah...sedangkan masa tu baru darjah satu tapi dah pandai bohong...bohong yang itu je la bohong lain tak pandai.....selalu kena marah dengan bapak tapi buat jugak, akhirnya cikgu dan ustaz pun dah tak percaya lagi, bila cik ton cakap sakit perut, masing-masing buat bodoh aje....he...he....adalah lebih kurang sebulan yang macam tu...lepas tu Alhammdulillah...

Cik ton salute anak-anak cik ton Amalina, Ain dan Umairah sebab mereka semua ok aje pada hari pertama sekolah tak takut pun, semua relaks aje dalam kelas... tapi dalam 3 orang anak cik ton, Ain la yang paling bagus kalau bab pergi sekolah, dari tadika sampai la sekarang memang tak suka ponteng sekolah....kalau kerja-kerja yang cikgu kasi pun tak pernak tak buat, semua buat cantik aje....walaupun kadang-kadang merungut kerja banyak tapi tetap jugak buat, Amalina ok aje, kadang-kadang ponteng jugak...tapi yang kerap nak ponteng si adik la Umairah....kadang-kadang kerja sekolah pun ain kena tolong.....kalau cikgu yang dia suka rajin aje semua buat dengan rapi...tapi mana la semua guru nak samakan....ni tak tahu la tahun ni macam mana harap-harap tak la kerap nak ponteng dah darjah tiga pun, tapi yang peliknyer sekolah agama memang dia tak suka nak ponteng sebab ustaz/ustazah yang ajar dia baik-baik.

Tanpa guru tak la kita jadi macam sekarangkan....terima kasih cikgu...segala jasa mu ku kenang.

2 Jan 2011

Sekolah

Assalammualaikum

Esok 3/01/2011 adalah hari pertama sekolah, setelah sebulan lebih bercuti....semalam cik ton dah hantar Amalina balik ke Seri Iskandar, sedih jugak tapi nak buat macam mana pelajaran mesti diteruskan...Harap-harap tahun ni dia akan berjaya jugak dalam peperiksaan seperti tahun lepas..insyaallah.

Ain dan umairah dah bersedia nak kesekolah, maklum la umairah teruja sikit sebab nak jadi pengawas sekolah besok pakai baju baru, ain pulak dah tentu la sebab semuanya baru, besok cik ton kena la hantar dia sebab hari pertama dia tak nak naik van dulu..

Segalanya akan bermula seperti biasa bermula dari besok...tapi cuma umairah je akan keluar pagi sebab kesekolah agama...lepas tu sebelah petang dua2 akan naik van sebab tinggkatan 1 kena sekolah petang bertukar la rutin ain untuk setahun.

Anak-anak, ibu sentiasa mendoakan kalian semua.

LinkWithin