26 Feb 2011

RL5

Assalamualaikum

Cik ton rasa penat tengok RL5 malam tadi macam hambar je rasa tak tau kenapa..nak gelak pun macam tak tahu je rasa nak gelak kat mana...kurang kelakar sangat rasanyer, kesemua peserta macam tak ada idea aje....cuma Nazmi aje yang masih lagi boleh kasi kita ketawa sikit-sikit...

Sesungguhnya rancangan ini hidup adalah kerana pengacaranya yang selamba iaitu Johan dan Zizan, mereka lah yang menceria dan menghidupkan rancangan ini kalau tidak mesti hambar je.
cik ton percaya mesti ramai orang nak tengok RL adalah kerana mereka berdua.

Bagi cik ton memang RL2 adalah yang terbaik, rasanya bila tengok RL5 semua idea telah dibuat oleh peserta-peserta musim ke2 dulu, terutamanya Nabil, contoh semalam Man cuba buat gaya orang berpidato tapi gaya tu rasanyer Nabil dah mulakan dulu, sesungguhnya Nabil kaya dengan idea-idea baru sewaktu menjadi peserta RL2 dulu idea yang orang tak terfikir nak buat tapi dia boleh. Semuga Nabil terus berjaya dalam kerjayanya. Amin....

Cik ton tak sabar nak tunggu rancangan baru Raja Lawak yang dinamakan Maharaja Raja Lawak, iaitu menghimpunkan peserta-peserta Raja Lawak yang masuk keperingkat akhir dari musim pertama hingga la ke lima. Tak sabar nak tengok gelagat mereka semua, tapi sayangnya rancangan ni ditayangkan di Astro Warna dulu, cam mana tu...cik ton tak beli siaran tu, nampak gayanya kena la sabar lama sikit sebab mesti akan ditayangkan jugak di siaran 105.

22 Feb 2011

Sudirman - the Singing Lawyer

Assalamulaikum

Hari ni 22hb Feb 2011, genap la 19 tahun permergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad kepangkuan PenciptaNYA.

Cik ton ingat lagi masa tu cik ton mengandungkan Amalina, dan sekarang Amalina dah menghampiri keusia 19 tahun pada oktober nanti. begitu la masa berlalu tanpa disedari.

Hari ni cik ton nak ucapkan ribuan terima kasih pada hot fm am krew sebab memainkan semula lagu-lagu arwah Sudir dan hari ahad lepas di astro history channel pun ada tentang kisah suka duka hidup dan kejayaan beliau sehinggah menjadi penghibur no 1 di Asia.

Sesungguhnya beliau adalah insan yang istimewa di hati kita semua, beliau dekat dengan semua lapisan masyarakat, sesungguhnya semua lagu-lagu nyanyian beliau menyentuh hati kita semua malah setiap lagu yang dinyanyikan betul-betul mengambarkan rasa hati beliau. Banyak lagu beliau yang cik ton suka tapi yang paling cik ton suka adalah Salam Terakhir dan Ayah&Ibu.

Hari ini setelah 3 jam cik ton dengar lagu dan suara beliau di radio, baru la cik ton terasa rindu sangat dengan nyanyian arwah, benar-benar terasa kehilangannya.

Sesungguhnya dari Allah dia datang dan kepada Allah jua dia kembali, hanya selama 37 tahun sahaja Allah pinjamkan beliau kepada keluarganya dan kita semua.

Patah tumbuh hilang berganti...tapi hilangnya penyanyi ini belum tentu ada gantinya.


Alfatihah untuk Allahyarham....Amin.

19 Feb 2011

UPDATE SELIMUT TAMPAL KING SIZE

KING SIZE 1
KING SIZE 3
KING SIZE 5

KING SIZE 10

Cik Ton nak update selimut tampal bersaiz KING sudah tinggal 4 helai je lagi.
Harga RM45 sehelai termasuk kos penghantaran Semenanjung Malaysia.

Bagi yang bersaiz QUEEN, boleh scroll ke bawah untuk melihat stok yang masih ada.



18 Feb 2011

STOK TERBARU SELIMUT TAMPAL - KING SIZE


Maaf ye Cik Ton tertinggal pulak sehelai lagi selimut..

Cik Ton ucap terima kasih kepada Puan Siti Naemah dari Paka, Terengganu yang menjadi pembeli pertama untuk kod King Size .

STOK TERBARU SELIMUT TAMPAL - QUEN SIZE

QUEEN 1
QUEEN 2
QUEEN 3
QUEEN 4 (DIJUAL KEPADA PUAN MAH)
QUEEN 5
QUEEN 6
QUEEN 7
QUEEN 8
QUEEN 9
QUEEN 10 (DIJUAL KEPADA CIK SHIKIN)
QUEEN 11
QUEEN 12
QUEEN 13 (DIJUAL KEPADA CIK SHIKIN)


Harga untuk Queen Size adalah RM35 termasuk kos penghantaran.

Sila call atau SMS Cik Ton di 0192378700

Penghantaran setiap Sabtu.

STOK TERBARU SELIMUT TAMPAL - KING SIZE

KING SIZE 1
KING SIZE 2 (DIJUAL KEPADA CIK AS)
KING SIZE 3
KING SIZE 4 ( DIJUAL KEPADA PUAN MAH)
KING SIZE 5

KING SIZE 6 (DIJUAL KEPADA PUAN MAH)

KING SIZE 7 (DIJUAL KEPADA PUAN MAH)

KING SIZE 8 (DIJUAL KEPADA CIK AS)
KING SIZE 9 ( TELAH DIJUAL KEPADA PUAN SITI NAEMAH)





Tadi promote bisnes kawan, ni Cik Ton nak promote bisnes sendiri pulak.

Stok Selimut Tampal dah pun Cik Ton terima semalam, cantik-cantik corak dan warnanya.

Boleh pilih dan order ye...ni kalau sapa ada plan nak balik kampung ke, kenduri kendara ke eloklah beli banyak-banyak,maklumlah time-time gitu mesti perlukan banyak selimut sebab semua pakat berkumpul balik kampung.

HARGA RM45 termasuk kos pos.

Berminat boleh sms atau call Cik Ton 019-2378700

Jualan Penghabisan Stok !!

Cik Ton nak war-warkan sahabat maya Cik Ton ada buat promosi Jualan Penghabisan Stok untuk Minyak Herbanika, Bedung Bayi dan Barut Bayi.

Sila KLIK DISINI untuk keterangan lanjut.

Harga ditawarkan adalah lebih rendah berbanding tempat lain namun kualiti adalah setanding.

Jangan lengah-lengah nanti melepasss.

17 Feb 2011

SL2

Assalamualaikum

Pagi tadi cik ton dibuai rasa lagi dalam kereta, ini semua gara-gara hot fm memasang lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain yang cik ton minat sangat tu, apa lagi dengar aje intro lagu tu dah menusuk ke dalam jiwa dan bila dengar aje suara Anuar apalagi terus la dibuai rasa sampai la habis lagu tersebut..ishh..issh...berhantu sungguh lagu tu pada cik ton..tak tau la nape....terus aje terbayang cara Anuar menyanyikan lagu tersebut...dengan gaya badan dan senyumannya yang menawan tu...

Petang tadi waktu balik kerja lagi sekali lagu yang sama dipasang oleh hot fm....aaa'ahh...sehari suntuk jiwang jadinyer....

Nasib baik malam tak dengar hot fm, kalau la malam-malam pun dengar radio dan lagu tu dimainkan lagi mau agaknyer anak pak zain tu masuk dalam mimpi....he..he..

( jangan marah ye suami hanya minat aje....)

Sunyi

Assalamualaikum

Sunyi je pagi ni cik ton rasa,sememangnya area rumah cik ton ni kalau dipagi hari cuti memang sunyi sebab semua orang sibuk dalam rumahkan.... tapi yang menyebabkan rasa sunyi sangat dalam rumah kerana pagi ni dua-dua beradik tu sekolah.

Ain kena ganti sekolah cik ton dah lupa sempena apa, Umairah pulak kena pergi sekolah sebab sekolahnya mengadakan sambutan Maulidur Rasul, bersemangat sekecik tu pagi ni kejut pun senang bangun, mandi dan siap solat wah bergaya dengan baju kurung merah dan tudung merah...macam cerita si kecik bertudung merah dengan serigala je kan...abihnya semuanya merah nasib baik pakai kasut warna hitam....cik ton cakap " Wah!! adik nampak comella bila pakai tudung bawal ni sebab muka adik bulat senang nak pakai"...emmm senyum sampai ketelinga la tu....tapi dia jawab pulak" ain susahkan bu, sebab muka dia kecik jadi tudungnya susah nak dibentuk"...sememangnya muka ain dan muka umairah berbeza ain lebih kecik tirus sikit mukanya dan dia lebih mengikut kearah keluarga sebelah suami, tapi si kecik cik ton tu macam copy paste aje muka cik ton pada dia, cuma mata dia besar cik ton mata sepet....

Sambil-sambil buat entry ni cik ton dah siap masak ...ala..masak sup ayam je campak-campak dah jadi...jadi sementara menungu nak jemput umairah dari sekolah pukul 11.30 nanti, catit aje la catitan ni...nak bersembang dengan suami pun nampak dia macam sibuk aje...dah la tadi lepas sarapan kat luar tolong isikan minyak, pum angin tayar kereta cik ton, balik pulak check air kereta... terima kasih banyak2 suami....lepas tu taburkan ubat semut la di luar rumah, jadi cik ton tak nak la ganggu.

Kadang-kadang dalam hidup ni tak perlu meminta tapi bila orang dah hulurkan bantuan hanya ucapan Alhamdulillah yang terucap

15 Feb 2011

Maulidur Rasul

Assalamulaikum

Dah lama tak buat entry baru, tapi sesungguhnya mcm tak tau aje nak tulis apa, sedangkan ada cerita yang nak dikongsi dengan sahabat semua, rasanya macam tak tahu nak karang ayat nak taip... cam ne tu....

Dipagi selasa yang indah ini sunyi sepi lagi dikawasan rumah cik ton sebab semua orang bercutikan... Cik ton ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua kawan -kawan blog.

Perbanyakan la selawat kita semua keatas kekasih Allah itu.

11 Feb 2011

Assalamulaikum

Cik ton tengah layan RL5, setakat ni hanya EPY dan kumpulan Lucky je dan Nazmi yang boleh tahan,...tapi setakat ni cik ton rasa antara 5 musim raja lawak yang paling unggul tetap RL2....hanya Nabil tetap dihati....Johan dan Zizan forever.

7 Feb 2011

Hantar kakak Amalina

Assalamulaikum

Tahun Baru Cina dah habis, tapi bagi masyarakat cina mereka masih lagi menanti kedatangan cap goh me. Yang pastinya untuk kita semua cuti panjang dah habis anak-anak pun dah start sekolah semula dan kita semua pun akan mula terkejar-kejar setiap pagi untuk ketempat kerja dan rumah kembali kecoh seperti biasa setiap pagi....

Semalam tengahari cik ton sekeluarga hantar kakak amalina semula ke Seri Iskandar, keluar dari KL ok lagi jalan masih clear, tapi bila sampai aje di Rawang jalan arah ke KL dah mula banyak kereta tapi masih bergerak, tapi masyaallah bila aje sampai di Tapah jalan dah jam, punya la banyak kereta yang bergerak sikit-sikit aje, sampai la ke exit Gopeng jalan arah ke KL masih macam tu jugak, "suami cakap kalau macam ni la gayanya mesti sampai ketengah malam pun jalan akan jam jugak" mau tak mau sampai aje ke Seri Iskandar terpaksa la suami cari hotel badget rendah dapat la Hotel Seri Putra, memang itu satu pun aje hotel yang ada nasib baik la tak penuh, dapat la kami semua masuk dengan sehelai sepinggang, tapi cik ton dan anak-anak nasib baik sebab boleh pinjam baju amalina, cuma suami aje la....nasib la kan, sebab anak semua perempuan.

Tidur la kami semalam di hotel tersebut, syukur Alhamdulillah dapat la suami merehatkan badan, pagi tadi dalam pukul 7.30 kami semua gerak semula kekl, nasib baik la ain dan umairah sekolah petang, cuma umairah je la, yang terpaksan ponteng sekolah agama...syukur jalan ok, kami sampai rumah tadi pukul 11.30 sempat la ain dan umairah ke sekolah seperti biasa, nasib la cik ton ambil cuti hari ni kalau tidak mesti el lagi...

Besok... start la kerja seperti biasa kalau boleh tak nak ambil cuti lagi dalam masa terdekat ni..kalau tak ada apa-apa hal yang penting...insyaallah.

3 Feb 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan mu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan mu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasih ku...ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencintai sedetik lebih
Selepas selamanya
Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki didunia
Asal masih adanya kamu

Assalamualaikum

tak tahu nape cik ton suka sangat dengan lagu Anuar Zain yang baru ni, melodi dan liriknya indah sekali buat cik ton malah bila Anuar menyanyi sebutannye jelas sekali....selalunya bila hot fm am krew mainkan diradio waktu pagi, cik ton dalam kereta amat terbuai rasa....seolah-olah cik ton dalam dunia cik ton sendiri, kena pulak dengan suara Anuar yang sedap dan rupa yang hensem dan cik ton dapat rasakan yang Anuar nyanyikan lagu tu dengan sepenuh jiwa dia tu yang membuatkan lagu tersebut benar-benar menyentuh jiwa kita pulak.

Cik ton pun suka lagu keabdian cinta...

Terima kasih lagi sekali pada Amus kerana sudi memberikan lirik lagu Sedetik Lebih pada cik ton.

Sarapan

Assalamualaikum

Pagi ni sarapan nasi himpit goreng, lepat pisang dan cucur jagung, 2 dah siap masak tinggal belum goreng cucur jagung lagi, tunggu semua orang dah bangun baru goreng makan panas-panas sedapkan.

Pukul 8 lagi tadi dah kelentang kelentung bibik tolong tumbuk bawang dan udang kering nak masak nasi himpit goreng dapur rumah orang lain sunyi lagi, tapi dapur cik ton dah berasap dah..

Tengahari nanti dah ada menu, amalina nak makan sambal ikan keli dan sayur campur....nasib baik adik-adik pun suka jugak jadi senang la semua satu selera....sarapan pun belum makan lagi dah fikir untuk tengahari pulak...biasa la tu, cik ton rasa semua ibu-ibu di malaysia pun macam cik ton kan...asyik fikir selera suami dan anak-anak...kadang-kadang terlupa nak ikut selera sendiri sebab nyer semua selera mereka kena aje dgn tekak cik ton..he..he

Hari cuti... tapi kerja-kerja didapur tak pernah bercuti...agaknyer kebanyakan usia seorang ibu separuhnya hanya didapur.

2 Feb 2011

PutraJaya

Assalamulaikum

Semalam sempena cuti hari Wilayah, cik ton , suami dan umairah pergi ke Putra Jaya kerana menemani Amalina yang kena ambil gambar untuk lanskap dan panorama sempena tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.

Alhamdulillah cuaca baik semalam, sang mentari menyinari bumi ini dengan seterang-terangnya, langit tetap diselimuti awan putih indah betul ciptaan Allah....jadi semalam dapat la kak amalina mengambil gambar-gambar seperti yang dikehendaki oleh pensyarahnya.

Cik ton gelihati melihat gaya anak dara tu mengambil gambar, macam-macam gaya sekejap berdiri, sekejap duduk atas simen yang panas tu, gaya macam nak baring pun ada, pendek kata macam-macam gaya la yang tak disedarinya,yang paling hodoh dah tentu la gaya mencangkung, nasib baik cik ton tak ambil gambar-gambar dia, sebenarnya umairah semalam bawa juga kamera ain, tapi tak boleh digunakan sebab low bateri, buat berat beg aje....

Bila cik ton tengok gaya amalina semalam tak sangka cik ton yang amalina begitu komited dengan tugasan yang di berikan...syukur Alhamdulillah...tapi semalam cik ton pun penat gak sebab menemankan dia, tengah panas terik bayangkan pukul 12 kami berdua terpacak kat tepi tasik , sama sibuk dengan pelancong-pelancong yang duk ambil gambar...cik ton cakap pada amalina"kalau la kakak dah jadi terkenal nanti, mesti kena lantik ibu jadi manager, manataknyer kulit ibu pun dah nak gelap"...ayah macam biasa la tukang hantar kita kan...tersengih-sengih la anak dara tu....he..he..

Cik ton balik je rumah semalam terus sakit kepala....balik je terus baring...terus lena dalam 1 jam, bangun seperti biasa buat karipap jiran sebelah rumah order sebab dia nak balik terengganu hari ni.

Kepada semua sahabat-sahabat selamat bercuti..... KITA ENJOY.....

LinkWithin