2 Feb 2011

PutraJaya

Assalamulaikum

Semalam sempena cuti hari Wilayah, cik ton , suami dan umairah pergi ke Putra Jaya kerana menemani Amalina yang kena ambil gambar untuk lanskap dan panorama sempena tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.

Alhamdulillah cuaca baik semalam, sang mentari menyinari bumi ini dengan seterang-terangnya, langit tetap diselimuti awan putih indah betul ciptaan Allah....jadi semalam dapat la kak amalina mengambil gambar-gambar seperti yang dikehendaki oleh pensyarahnya.

Cik ton gelihati melihat gaya anak dara tu mengambil gambar, macam-macam gaya sekejap berdiri, sekejap duduk atas simen yang panas tu, gaya macam nak baring pun ada, pendek kata macam-macam gaya la yang tak disedarinya,yang paling hodoh dah tentu la gaya mencangkung, nasib baik cik ton tak ambil gambar-gambar dia, sebenarnya umairah semalam bawa juga kamera ain, tapi tak boleh digunakan sebab low bateri, buat berat beg aje....

Bila cik ton tengok gaya amalina semalam tak sangka cik ton yang amalina begitu komited dengan tugasan yang di berikan...syukur Alhamdulillah...tapi semalam cik ton pun penat gak sebab menemankan dia, tengah panas terik bayangkan pukul 12 kami berdua terpacak kat tepi tasik , sama sibuk dengan pelancong-pelancong yang duk ambil gambar...cik ton cakap pada amalina"kalau la kakak dah jadi terkenal nanti, mesti kena lantik ibu jadi manager, manataknyer kulit ibu pun dah nak gelap"...ayah macam biasa la tukang hantar kita kan...tersengih-sengih la anak dara tu....he..he..

Cik ton balik je rumah semalam terus sakit kepala....balik je terus baring...terus lena dalam 1 jam, bangun seperti biasa buat karipap jiran sebelah rumah order sebab dia nak balik terengganu hari ni.

Kepada semua sahabat-sahabat selamat bercuti..... KITA ENJOY.....

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin