26 Feb 2011

RL5

Assalamualaikum

Cik ton rasa penat tengok RL5 malam tadi macam hambar je rasa tak tau kenapa..nak gelak pun macam tak tahu je rasa nak gelak kat mana...kurang kelakar sangat rasanyer, kesemua peserta macam tak ada idea aje....cuma Nazmi aje yang masih lagi boleh kasi kita ketawa sikit-sikit...

Sesungguhnya rancangan ini hidup adalah kerana pengacaranya yang selamba iaitu Johan dan Zizan, mereka lah yang menceria dan menghidupkan rancangan ini kalau tidak mesti hambar je.
cik ton percaya mesti ramai orang nak tengok RL adalah kerana mereka berdua.

Bagi cik ton memang RL2 adalah yang terbaik, rasanya bila tengok RL5 semua idea telah dibuat oleh peserta-peserta musim ke2 dulu, terutamanya Nabil, contoh semalam Man cuba buat gaya orang berpidato tapi gaya tu rasanyer Nabil dah mulakan dulu, sesungguhnya Nabil kaya dengan idea-idea baru sewaktu menjadi peserta RL2 dulu idea yang orang tak terfikir nak buat tapi dia boleh. Semuga Nabil terus berjaya dalam kerjayanya. Amin....

Cik ton tak sabar nak tunggu rancangan baru Raja Lawak yang dinamakan Maharaja Raja Lawak, iaitu menghimpunkan peserta-peserta Raja Lawak yang masuk keperingkat akhir dari musim pertama hingga la ke lima. Tak sabar nak tengok gelagat mereka semua, tapi sayangnya rancangan ni ditayangkan di Astro Warna dulu, cam mana tu...cik ton tak beli siaran tu, nampak gayanya kena la sabar lama sikit sebab mesti akan ditayangkan jugak di siaran 105.

1 comment:

  1. Semlm tgk kjap je sbb anak sedara nk sgt tgk kartun.

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin