3 Feb 2011

Sarapan

Assalamualaikum

Pagi ni sarapan nasi himpit goreng, lepat pisang dan cucur jagung, 2 dah siap masak tinggal belum goreng cucur jagung lagi, tunggu semua orang dah bangun baru goreng makan panas-panas sedapkan.

Pukul 8 lagi tadi dah kelentang kelentung bibik tolong tumbuk bawang dan udang kering nak masak nasi himpit goreng dapur rumah orang lain sunyi lagi, tapi dapur cik ton dah berasap dah..

Tengahari nanti dah ada menu, amalina nak makan sambal ikan keli dan sayur campur....nasib baik adik-adik pun suka jugak jadi senang la semua satu selera....sarapan pun belum makan lagi dah fikir untuk tengahari pulak...biasa la tu, cik ton rasa semua ibu-ibu di malaysia pun macam cik ton kan...asyik fikir selera suami dan anak-anak...kadang-kadang terlupa nak ikut selera sendiri sebab nyer semua selera mereka kena aje dgn tekak cik ton..he..he

Hari cuti... tapi kerja-kerja didapur tak pernah bercuti...agaknyer kebanyakan usia seorang ibu separuhnya hanya didapur.

1 comment:

  1. SEDETIK LEBIH

    Setiap nafas yang dihembus

    Setiap degupan jantung

    Aku selalu memikirkanmu

    Dalam sedar dibuai angan

    Dalam tidur dan khayalan

    Aku selalu memikirkanmu

    Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

    Barulah terasa ku bernyawa

    Kasihku…ku amat mencintai kamu

    Kerana kau beri erti hidup

    Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

    Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

    Ku bersyukur adanya kamu

    Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

    Asal masih adanya kamu

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin