22 Feb 2011

Sudirman - the Singing Lawyer

Assalamulaikum

Hari ni 22hb Feb 2011, genap la 19 tahun permergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad kepangkuan PenciptaNYA.

Cik ton ingat lagi masa tu cik ton mengandungkan Amalina, dan sekarang Amalina dah menghampiri keusia 19 tahun pada oktober nanti. begitu la masa berlalu tanpa disedari.

Hari ni cik ton nak ucapkan ribuan terima kasih pada hot fm am krew sebab memainkan semula lagu-lagu arwah Sudir dan hari ahad lepas di astro history channel pun ada tentang kisah suka duka hidup dan kejayaan beliau sehinggah menjadi penghibur no 1 di Asia.

Sesungguhnya beliau adalah insan yang istimewa di hati kita semua, beliau dekat dengan semua lapisan masyarakat, sesungguhnya semua lagu-lagu nyanyian beliau menyentuh hati kita semua malah setiap lagu yang dinyanyikan betul-betul mengambarkan rasa hati beliau. Banyak lagu beliau yang cik ton suka tapi yang paling cik ton suka adalah Salam Terakhir dan Ayah&Ibu.

Hari ini setelah 3 jam cik ton dengar lagu dan suara beliau di radio, baru la cik ton terasa rindu sangat dengan nyanyian arwah, benar-benar terasa kehilangannya.

Sesungguhnya dari Allah dia datang dan kepada Allah jua dia kembali, hanya selama 37 tahun sahaja Allah pinjamkan beliau kepada keluarganya dan kita semua.

Patah tumbuh hilang berganti...tapi hilangnya penyanyi ini belum tentu ada gantinya.


Alfatihah untuk Allahyarham....Amin.

2 comments:

  1. sama2 la kita sedekahkan alfatihah utk roh beliau..semoga rohnya tenang di sana..amin..

    ReplyDelete
  2. alfatihah..ayu pown minat giler n dia...

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin