17 Feb 2011

Sunyi

Assalamualaikum

Sunyi je pagi ni cik ton rasa,sememangnya area rumah cik ton ni kalau dipagi hari cuti memang sunyi sebab semua orang sibuk dalam rumahkan.... tapi yang menyebabkan rasa sunyi sangat dalam rumah kerana pagi ni dua-dua beradik tu sekolah.

Ain kena ganti sekolah cik ton dah lupa sempena apa, Umairah pulak kena pergi sekolah sebab sekolahnya mengadakan sambutan Maulidur Rasul, bersemangat sekecik tu pagi ni kejut pun senang bangun, mandi dan siap solat wah bergaya dengan baju kurung merah dan tudung merah...macam cerita si kecik bertudung merah dengan serigala je kan...abihnya semuanya merah nasib baik pakai kasut warna hitam....cik ton cakap " Wah!! adik nampak comella bila pakai tudung bawal ni sebab muka adik bulat senang nak pakai"...emmm senyum sampai ketelinga la tu....tapi dia jawab pulak" ain susahkan bu, sebab muka dia kecik jadi tudungnya susah nak dibentuk"...sememangnya muka ain dan muka umairah berbeza ain lebih kecik tirus sikit mukanya dan dia lebih mengikut kearah keluarga sebelah suami, tapi si kecik cik ton tu macam copy paste aje muka cik ton pada dia, cuma mata dia besar cik ton mata sepet....

Sambil-sambil buat entry ni cik ton dah siap masak ...ala..masak sup ayam je campak-campak dah jadi...jadi sementara menungu nak jemput umairah dari sekolah pukul 11.30 nanti, catit aje la catitan ni...nak bersembang dengan suami pun nampak dia macam sibuk aje...dah la tadi lepas sarapan kat luar tolong isikan minyak, pum angin tayar kereta cik ton, balik pulak check air kereta... terima kasih banyak2 suami....lepas tu taburkan ubat semut la di luar rumah, jadi cik ton tak nak la ganggu.

Kadang-kadang dalam hidup ni tak perlu meminta tapi bila orang dah hulurkan bantuan hanya ucapan Alhamdulillah yang terucap

2 comments:

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin