31 Mar 2011

Kereta rosak

Assalamualaikum .

Pagi tadi nak dijadikan cerita sewaktu cik ton nak pergi kerja kereta pulak buat hal. Cik ton keluar rumah pagi tadi dalam pukul 6.15am. lebih kurang 20 minit keluar dari rumah nak tiba-tiba cik ton terperasan meter yang tunjukan kepanasan enjin kereta terus je meloncat ke huru H bermakna terlebih panaskan, terus aje cik ton stopkan kereta tepi jalan Alhamdulillah kerana Allah gerakkan mata cik ton untuk pandang ke meter tersebut kalau tidak mesti jauh lagi cik ton bawa nasib baik la kejadian tu tak jauh sangat lagi dari rumah. Apa lagi terus je la call suami yang tengah bersiap-siap nak hantar anak sekolah.

 Jadi selepas aje suami hantar umairah dan sarapan terus aje hantar kereta pergi bengkel, dan memang mekanik tu cakap ada bocor yang dan banyak lagi la yang tak kenanya..dan akhirnya sampai la kepetang kereta tu belum dapat disiapkan esok pun belum tentu lagi dan esok cik ton terpaksa cuti lagi sebab suami tak sempat nak hantar kerena ada kerja yang perlu diutamakan.

Hari ni suami terpaksa kehulur hilir, hantar cik ton ke ofis ,hantar anak-anak kesekolah, petang pulak jemput cik ton dari ofis lepas tu jemput anak-anak jugak macam tak sempat berehat la kiranya, sebab ada jugak dia pergi tengok kereta yg sedang dibaiki. Yang seronoknya hari ni cik ton sebab dapat merehatkan badan dalam kereta tak payah memandu, kiranya dah lama sungguh suami tak hantar dan jemput cik ton dari ofis, sejak baru kahwin hingga la sampai ke hujung tahun 2005 suami hantar dan jemput cik ton tapi sejak pindah ke Bandar Tasik Kesuma suami tak nak hantar lagi sebab dia dah yakin cik ton mampu pergi kerja dengan sendiri, lagi pun suami dah banyak kerja almaklumla kami pulak tinggal jauh dari kl jadi lecehkan sebab suami kena buang masa yang banyak kalau nak hantar dan jemput cik ton hari-hari.

Mula-mula memang sedih dan takut sebab kena bawa kereta sendiri bayangkan hari pertama pergi ofis cik ton menangis sepanjang perjalanan sebab berdebar-debar tapi bila dah sampai ofis rasa mcm tak boleh nak turun dari kereta kaki mengigil..byk kawan-kawan yg ketawa bila cik ton ceritakan...ye la macam jakun kan...lama jugak rasa berdebar tapi maintain selamba masa tu punya la slow bawa kereta..he..he yang paling kelakarnya bila sampai kat tol, pernah satu hari tu cik ton stop jauh sikit dari tingkap tol, terpaksa la keluar dari kereta bayar tol, semua kereta di belakang hon sebab dah jam mesti pemandu yg lain bengang tapi nak buat macam mana kan angkat tangan je la tanda minta maaf....

sejak kejadian tu terus suami belikan smart tag...tapi sekarang jarang guna smart tag lagi sebab dah pandai nak stop betul2 depan org kutip tol. Akhirnya sekarang dah makin pandai la bawa kereta bukan riak..tapi pengalaman mendewasakan kita....

30 Mar 2011

Rojak & Cendol

Assalamulaikum

Hari ni disebabkan cuti el, suami ajak cik ton pergi sekali jemput mak cik ton dikepong sebab minggu ni kakak cik ton nak kena jaga mak mertua dia pulak tak tahu la berapa lama pulak mak nak duduk dengan cik ton sebab dia lebih selesa dengan kakak...agaknyer cik ton ni tak pandai jaga hati mak kut....

Semasa dah sampai di Taman Ehsan suami cakap " jom kita p pekena cendol nak"...dekat tepi jalan tu dulu ada mamak jual cendol ..cik ton ok aje suami pun pergi la kat tepi jalan tu tapi dah tak ada pun mamak tu sebab dah lama betul kita orang tak pergi sana, cik ton dah kawin aje hampir 20 tahun, kalau ada pun lagi mamak tu mesti dia dah balik kampung dia mesti dah kaya agaknyer..

suami pun pusing balik jadi jumpa la mamak lain...perasan tak dimana ada cendol mamak mesti ada mamak sebelah jual rojakkan..."suami cakap nak rojak tak, kita share cik ton cakap cendol tak nak share ye"..he..he rasanya macam tak cukup kalau kongsi sebab dah lama tak minum cendol..tadi cik ton minum cendol letak pulut...sedap walaupun kurang lemak sikit...seronok macam dah lama tak minum berdua dengan suami cara macam tu..minum cendol dalam kereta sambil makan rojak..borak-borak...emm...

Dah habis makan terus pergi rumah kakak ambil mak....sembang-sembang kejap lepas tu balik takut jalan jam kalau lambat yang penting cik ton cakap kat suami " zai tak nak terlepas dengar Anuar Zain di radio."..suami cakap "sempat la"... akhirnya memang sempat pun. Terima kasih suami sebab belanja cendol & rojak.

Anuar Zain di Hot FM Jam

Assalamualaikum

Cik ton buat enrty sambil dengar hot fm jam..sebab hari ni cik ton cuti asalnya nak ambil setengah hari tapi bila dah sampai pukul 10 am tadi mai pulak rasa malas akhirnya jadi el tanpa ada sebab2 penting, puncanya pagi tadi hujan lebat jadi kesian kat umairah dan ain sebabnya pagi tadi ain ada koko kat sekolah jadi kena pergi, tak sampai hati nak biar dia jalan kaki cik ton hantar la dia.

Sekarang ni Anuar Zain dalam konti hot fm..ini semua gara-gara kiran dan ikhwan dah janji nak bawa Anuar Zain untuk memenuhi permintaan Suraya nak keudara berdua dgn Anuar ..cik ton hangat giler rasanya petang ni sbb dapat dengar Anuar Zain,rasanya semua peminat dia mesti happy petang ni.... walaupun tak dapat tengok muka dia tapi cik ton boleh bayangkan cara dia bercakap penuh dengan senyuman.

26 Mar 2011

Umairah bernasyid

Assalamulaikum

Hari ni dari jam 8am sampai la jam 11.30am cik ton berada ti Sek Agama, sebab hari umairah kena bernasyid dan menerima hadiah. dibawah ni cik ton letak aje gambar-gambar tapi maaf sebab ada tunggang langgang sikit



ini ustaz kesayangan umairah tp hanya mengajar darjah dua sahaja, jadi tahun ni dia dah tak mengajar umairah lagi sebab umairah darjah tiga, kerana ustaz ni la umairah tak suka ponteng sekolah agama..baik sangat kata umairah.



Sebelum majlis penyampaian hadiah diadakan majlis khatam quran untuk murid darjah lima dan enam.

Umairah tengah terima hadiah..sorry gambarnya melintang pulak, cik ton tak pandai nak tukar ..


umairah bernasyid

umairah bernasyid

umairah dan kumpulannya yang dinamakan kumpulan Nur Kasih, yang dianggotai seramai 10 orang, tajuk lagu Sepohon kayu.. tak disangka anak dara tu jadi vokalis....emmm...boleh tahan la suara dia.....menyanyi dengan mimik muka sekali...tak sangka pulak cik ton yang anak dara sorang ni berbakat....
Semuga Allah melindungi Umairah sentias



25 Mar 2011

Earth Hour

Assalamualaikum

Sahabat semua esok malam jangan lupa ye off kan semua lampu selama satu jam untuk kempen Earth Hour...kalau kita semua sayangkan bumi ikut aje la kempen ni, bukannye susah pun hanya satu jam sahaja kita bergelap walaupun sumbangan kita tu kecik aje tapi kalau semua orang menyertai dengan niat kerana Allah pasti akan ada ganjaran dariNYA...amin

Jadi jangan lupa ye kawan-kawan esok malam.... EARTH HOUR

24 Mar 2011

Lambat

Assalammualaikum

ketika entry ni pada pagi hari khamis cik ton tengah tunggu anak dara cik ton yang kecik tu bersiap nak ke sekolah agama, pagi ni cik ton hantar dia sebab cik ton pun terlambat bangun pukul 5.15 baru tersedar, untuk cik ton yang tinggal jauh ni waktu macam tu memang dah kira lambat kecuali la cik ton tak masak sebabnya cik ton ni tiap-tiap hari masak dulu sebelum pergi kerja, dari hari isnin sampai jumaat cik ton bangun pukul 4 atau 4.30 pagi untuk masak, selalunya cik ton akan masak satu lauk aje, lauk yg penting la lauk yg berkuah selebihnya macam goreng sayur dan ikan bibik yang akan buat kemudian.Anak-anak pasti akan makan setiap hari.

Rumah cik ton ni jauh jadi kalau dah lambat tu kena la pergi lambat betul ke ofis kalau tidak akan menempuh jam yang panjang kalau keluar ala-ala gitu...pagi ni pulak hujan kalau ikutkan rasa hati malas nak pergi kerja macam nak ambil el aje...tapi bila difikirkan hari ni senior exec dan exec tak ada rugi pulak kalau tak kerja sebabnya bila kedua2 ni tak ada boleh la cik ton dan kawan cik ton enjoy, enjoy dalam erti hanya kami berdua sahaja yang faham...ha..ha..ha.

Nampak gayanya kena stop dulu entry ni sebab anak dara tu dah bersiap sedia nak kesekolah. Kalauu rajin boleh sambung malam nanti.

Cik ton chaw dulu lah......

20 Mar 2011

Entry

Assalamualaikum

Hari ni tak buat enty baru sebab petang ni baru boleh tengok pc sebab kepala memang tak sakit lagi buat masa sekarang jadi sementara tunggu solat maghrib hanya baca entry kawan-kawan je la.

Semuga kawan-kawan diblog semua didalam lindungan Allah....amin

19 Mar 2011

Blog Ben

Assalamulaikum

Ramai betul yang suka blog Ben, banyak yang sertai segmen-segmen yang dibuat oleh ben,sekarang ni dah makin bertambah-tambah pengikutnya tahniah Ben...cik ton ada gak masuk blog Ben baca entry tapi tak pernah cuba ikut segmen yang Ben buat sebab tak banyak idea.....kiranya Ben ni ada aura la..yang boleh membuat orang sentiasa nak pergi ke blog Ben terutama pada blogger-blogger baru macam cik ton ni. Mesti ada je blogger2 yang tertunggu-tunggu nak baca entry Ben setiap hari, beri komen disamping menyertai segmen-segmen yang Ben buat...

Lagi sekali TAHNIAH BEN....

Sakit kepala

Assalamualaikum

Pagi ni dapat la buka pc sebabnya kepala dah kurang sakit sikit tapi masih ada denyut-denyut lagi, tak tahu la nape dah lama tak kena tiba-tiba hari khamis lepas datang semula sakit tu bawa sampai la sampai ke hari jumaat dan mungkin akan sampai keminggu depan pulak, mungkin jugak sebab sekarang cik ton ambil Jus Manggis Shamelin tapi yang peliknya dah hampir 3 botol baru rasa sakit tu, cik ton ni memang macam ni kalau ambil sesuatu supplement mesti akan sakit kepala sebab ada migrain jadi kalau ambil apa-apa supplement pun mesti akan tangkap kepala dulu. Dah berbagai -bagai supplement cuba semuanya sama....cuma ambil Jus Manggis ni je yang lambat sikit kena, masa mula-mula ambil dulu best sangat sebab dah habis 2 botol langsung tak sakit kepala cik ton cakap dengan kawan ofis cik ton "awak saya rasa dah jumpa la yang sesuai dengan saya"hanya dia yang tahu apa yang cik ton tak cuba mahal murah semua dah balun tapi tu la semua tak pernah habis sebabnya satu aje tak tahan sakit kepala, kebanyakan pengeluar produk akan cakap itu dalam krisis pemulihan tapi tu la kadang-kadang sampai rasa sakit teramat.

Cuma ada satu supplement yang cik ton cuba Geougous iaitu produk dari luar negeri yang dibuat dari apple stem, supplement ni cik ton cuba selama 2 bukan memang Alhamdulillah tak sakit kepala langsung tapi sakit lain pulak..iaitu DUIT..mana la nak mampu harga sekotak aje dah sampai RM 470 untuk bukan ahli tapi untuk cik ton Alhamdulillah adik yang jual tu kasi harga ahli dapat la cik ton ambil sebanyak 3 kotak masa mula-mula produk tu dijual di Malaysia kiranya cik ton ni orang terawal yang cuba tapi tu lah tak boleh nak teruskan sebab tak mampu apataknya semua yang duk guna sekarang ni adalah orang -orang yang banyak duit, artis banyak guna produk ni, sampaikan sekarang cik ton masih lagi duk bersms dengan salah seorang mak datin bertanyakan kabar walaupun cik ton dah tak guna lagi produk tu, kiranya mak datin tu tak la kedekut ilmu sudi berkongsi tips-tips kesihatan dan kecantikan dengan cik ton. Terima kasih Datin Yang Zuriati

Nampak gayanya untuk kali ni cik ton nak cuba habiskan dulu jus manggis ni sayang pulak masih ada lagi 3 botol lagi yang belum di minum mana la tahu dengan berkat sabar dan izin dari Allah dengan jus manggis ni boleh pulak hilangkan migrain cik ton. Kalau nak ikut kan banyak kebaikan jus manggis ni sebab berdasarkan testimoni yang beri ulasan mereka setelah mengambil jus manggis ni, banyak yang dah sembuh dari penyakit mereka.. Alhamdulillah

17 Mar 2011

Umairah

Assalamulaikum

Yahooo..malam ni dapat pc diawal malam setelah beberapa hari tak buat entry baru tak tahu kenapa tak ada idea sungguh ..malam ni buat kena buat jugak lagi pun tak payah berebut dengan umairah sebab dia asyik tengok disney channel sedap gak nampak ceritanya bertajuk Beverly Hills Chihuahua kisah pelarian seekor anjing orang kaya yang telah diculik, banyak perkara berlaku sepanjang pelarian dia untuk pulang ke beverly hills ,cik ton pun tengok gak sambil taip entry ni disamping tu tanya kabar kawan-kawan diblog...

Begitu tekun umairah tengok tv, ain pulak tengah makan jagung, tadi masa balik dari kerja cik ton singgah pasar malam beli yong tau fu, jagung dan rojak kiranya itu la makan malam kami anak beranak.

Pagi tadi cik ton pergi kerja lambat sikit sebab hantar umairah dulu pergi sekolah dia ada latihan nyanyian, suami tak boleh hantar hari ni sebab kena pergi kerja diawal pagi, cik ton kesian pulak nak biar dia berjalan kaki sambil ditemani bibik takut nanti penat tak boleh nyanyi pulak dah la 4 hari dalam seminggu cuti ni adalah untuk latihan aje. Minggu depan 23hb adalah final,harap-harap berjaya...

Untuk Umairah ibu doakan semuga adik dan kawan-kawan boleh menyanyi diatas pentas nanti.

14 Mar 2011

Terima kasih

Assalamulaikum

Cik ton nak ucapkan ribuan terimakasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi singgah dan baca entry di blog cik ton ni. Semuga kita semua akan berterusan menjalinkan persahabatan dan bertanya kabar dialam blog ini.

Terima kasih .

13 Mar 2011

HP baru

Assalamualaikum

Malam ni bersemangat pulak cik ton buat entry berturut-turut, bukanya apa saja ingin berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat.

Tadi tengahari selepas balik dari taman bunga raya dan orkid, kami semua ke bukit bintang pulak sebab amalina nak cari memori kad untuk kamera dia dan jugak cik ton nak cari hp untuk bibik...

Tapi suami buat kejutan untuk cik ton pulak sebab belikan hp baru jugak untuk cik ton,
touch screen gitu...memang tak sangka cik ton ye la nama pun kejutankan....terimakasih banyak-banyak suami


sekarang ni tengah berhempas pulas belajar dengan amalina nak memahami fungsi telepon baru ni, untuk permulaan ni rasa rimas sikit la apataknya asal tersentuh sikit je..udah tak keluar pulak arahan lain...rasanya jenuh cik ton dalam bulan ni nak belajar...cik ton ni memang lambat pickup sikit .

Kadang-kala pemberian tanpa disangka boleh mendatangkan satu rasa dihati yang sukar dimengertikan.

Terimakasih lagi untuk suami ku....

Taman orkid dan bunga raya








Assalamulaikum

Hari ini sehari suntuk kami sekeluarga berjalan ke taman orkid dan taman bunga raya teman kan amalina menyiapkan tugasannya mengambil gambar. cantik bunga-bunga dikedua-dua taman tersebut.

Sejak cik ton tinggal di kl sampai la berkahwin tak pernah cik ton pergi ketaman-taman tersebut baru hari ni kami sekeluarga sampai ke situ..sahabat-sahabat semua tengok je la gambar-gambar diatas ni ye...tapi biasa la setiap tempat yg pergi mesti ada gambar 2 beradik ni...menyerikan lagi taman tu..he..he..
Sekarang ni semua kepenatan....

11 Mar 2011

RL5..semi final

Assalamulaikum

Malam ni Raja Lawak ada dua segmen yang pertama loghat dan bersama pelawak pilihan.

Cik ton dah ketawa bila tengok RL5 malam ni, padahal baru je bermula sebabnya bila tengok gaya Johan dan Zizan cakap dalam loghat Perak, teman tau ler cakap loghat tu sebab teman orang Perak. pandai je dua pengacara ni membuat orang ketawa..sememangnya dua pengacara ni pandai mengajuk semua loghat

Nazmi loghat Negeri Sembilan, R2 loghat Terengganu (mcm mana cik aya tolon komeng...) Man loghat Sarawak dan Balas loghat Kelantan..teruknya balas cakap sampai terjerit2 kenapa ye...cik ton suka gak loghat kelantan ni....sebab adik ipar cik ton orang kelantan org pasir mas....apa kabar ila agaknyer sekarang ni dah lama cik ton tak jumpa dia, cik ton pun ramai gak kawan-kawan orang kelantan...

Sekarang ni dah masuk ke segmen ke2 para peserta bersama dengan pelawak pilihan mereka. Nazmi dan Farouk hanya nazmi sahaja yang bercakap lebih, R2 dengan Sabri tapi sabri yang terlebih lawak...,Man dengan Abon ok la ,Abon memang la lawaknye sentiasa bagus...dan Balas dengan Bob Kuman rasanyer lawak mereka menjadi walaupun agak kasar sikit.

Rasanya malam ni lawak kesemua peserta menjadi...agak sukar nak pilih siapa yang layak ke final, kalau cik ton pilih semua sebab mereka berempat memang layak untuk ke final.

Akhirnya kita semua dah tau siapa yang layak untuk final pada 18hb minggu depan...Man, R2 dan Balas....tahniah untuk yang berjaya.

Apa-apa aje FBI

Assalamulaikum

Sekarang ni cik ton tengah layan program Apa-apa aje FBI,sementara nak tengok Raja Lawak 5, rasanya dah banyak eposid berlalu baru malam ni cik ton dapat tengok. Terror la FBI ni , bukan setakat jadi dj di hot fm sahaja malah dah ada rancangan sendiri pulak di tv9. Tahniah....terus maju la hendaknya.


Selamat maju jaya untuk Faizal Ismail.

5 Mar 2011

Anak mami

Assalammualaikum

Sekarang ni cik ton tengah layan cerita Anak Mami Kembali, bila tengok semula seronok jugak la, lawa pulak tengok waheeda dlm cerita ni, maklum la dah lama tak tengok waheeda...kiranya pandai jugak la dia ni berlakon...

Penat gak la tengok cerita ni, sebab mak yang terlalu kontrol anak. Harap-harap nanti bila cik ton dah tua tak la berperangai macam tu...

Hjh Liza

Untuk Hjh Liza, cik ton tak boleh masuk keblog awak, nnt sms aje pada Hp cik ton klu nak tahu pasal karipap.

Sabtu

Assalammualaikum

Dah hampir seminggu cik ton tak jengah blog dan buat entry baru, bukan dah jemu dengan dunia blog, tapi tak tahu la kenapa macam tak ada mood aje rasanyer, nak update entry memang tak ada idea langsung rasanya, kepala pulak tak berapa sihat tu yang menyebabkan malas aje nak tengok pc.

Pagi ni baru terasa lamanya tak jenguk blog kawan-kawan, jadi sementara pc masih kosong ni cik ton pun jenguk-jenguk la blog orang lain, sebabnya pagi ni umairah kena pergi sekolah ada latihan nyanyian sebab kumpulan dia dipilih untuk mewakili sekolah kepertandingan nyanyian diperingkat sekolah bahagian Hulu Langat, jadi cik ton boleh la menggunakan pc ni dengan senang hati tanpa ada rungutan " ala..ibu ni asyik tengok blog aje" ...umairah ni boring tau"....lepas tu mula merengek-merengek sampai kita give up..., tu la anak yang satu tu kalau kakak yang berdua tu sabar aje menanti.

Semalam masa cik ton jemput dia dari sekolah sampai serak-serak suara agaknya kuat sangat kut menyanyi ..cik ton kata nanti masa final tak boleh nyanyi pulak dah tak ada suara sengih aje dia, finalnya lagi 2 minggu...nanti masa cuti sekolah pun berlatih lagi siap pesan waktu cuti sekolah nanti jangan nak pergi mana-mana. Kakak buat muka boring aje....

Kakak pulak pagi ni ke stadium UKM sebab sekolah dia ada buat sukan, dia excited lebih tapi bukannya pergi sebagai peserta cuma sebagai penyokong aje, tapi dalam sesuatu permainan kalau tak ada penyokong pun peserta nak main pun tak best jugak kan....kiranya sama penting la....

Akhirnya pagi sabtu yang cantik ni cik ton pergi la sarapan bersama suami tadi...suami makan mee rebus jawa, cik ton makan roti canai...Alhamdulillah.

LinkWithin