31 Mar 2011

Kereta rosak

Assalamualaikum .

Pagi tadi nak dijadikan cerita sewaktu cik ton nak pergi kerja kereta pulak buat hal. Cik ton keluar rumah pagi tadi dalam pukul 6.15am. lebih kurang 20 minit keluar dari rumah nak tiba-tiba cik ton terperasan meter yang tunjukan kepanasan enjin kereta terus je meloncat ke huru H bermakna terlebih panaskan, terus aje cik ton stopkan kereta tepi jalan Alhamdulillah kerana Allah gerakkan mata cik ton untuk pandang ke meter tersebut kalau tidak mesti jauh lagi cik ton bawa nasib baik la kejadian tu tak jauh sangat lagi dari rumah. Apa lagi terus je la call suami yang tengah bersiap-siap nak hantar anak sekolah.

 Jadi selepas aje suami hantar umairah dan sarapan terus aje hantar kereta pergi bengkel, dan memang mekanik tu cakap ada bocor yang dan banyak lagi la yang tak kenanya..dan akhirnya sampai la kepetang kereta tu belum dapat disiapkan esok pun belum tentu lagi dan esok cik ton terpaksa cuti lagi sebab suami tak sempat nak hantar kerena ada kerja yang perlu diutamakan.

Hari ni suami terpaksa kehulur hilir, hantar cik ton ke ofis ,hantar anak-anak kesekolah, petang pulak jemput cik ton dari ofis lepas tu jemput anak-anak jugak macam tak sempat berehat la kiranya, sebab ada jugak dia pergi tengok kereta yg sedang dibaiki. Yang seronoknya hari ni cik ton sebab dapat merehatkan badan dalam kereta tak payah memandu, kiranya dah lama sungguh suami tak hantar dan jemput cik ton dari ofis, sejak baru kahwin hingga la sampai ke hujung tahun 2005 suami hantar dan jemput cik ton tapi sejak pindah ke Bandar Tasik Kesuma suami tak nak hantar lagi sebab dia dah yakin cik ton mampu pergi kerja dengan sendiri, lagi pun suami dah banyak kerja almaklumla kami pulak tinggal jauh dari kl jadi lecehkan sebab suami kena buang masa yang banyak kalau nak hantar dan jemput cik ton hari-hari.

Mula-mula memang sedih dan takut sebab kena bawa kereta sendiri bayangkan hari pertama pergi ofis cik ton menangis sepanjang perjalanan sebab berdebar-debar tapi bila dah sampai ofis rasa mcm tak boleh nak turun dari kereta kaki mengigil..byk kawan-kawan yg ketawa bila cik ton ceritakan...ye la macam jakun kan...lama jugak rasa berdebar tapi maintain selamba masa tu punya la slow bawa kereta..he..he yang paling kelakarnya bila sampai kat tol, pernah satu hari tu cik ton stop jauh sikit dari tingkap tol, terpaksa la keluar dari kereta bayar tol, semua kereta di belakang hon sebab dah jam mesti pemandu yg lain bengang tapi nak buat macam mana kan angkat tangan je la tanda minta maaf....

sejak kejadian tu terus suami belikan smart tag...tapi sekarang jarang guna smart tag lagi sebab dah pandai nak stop betul2 depan org kutip tol. Akhirnya sekarang dah makin pandai la bawa kereta bukan riak..tapi pengalaman mendewasakan kita....

3 comments:

  1. 1. kesian cik ton hari ni ye, kereta buat hal

    2. sesekali kita kat kita dengan cara menguji kesabaran dia..jadi cik ton dapat tau lah tahap sayang suami cik ton setakat mana.

    3. pengalaman pertama kali memandu mmg susah nak dilupakan..tahniah la untuk cik ton, dapat ringankan beban suami, semenyih ke kl tu jauh..

    Panjangkan komen saya hari ni..

    ReplyDelete
  2. alamak cik ton, salah tulis,

    no 2 : untuk menguji kash sayang suami terhadap kita.

    ReplyDelete
  3. ala sian cik ton keta rosak... nasib tiada apa2 yg berlaku masa memandu...

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin