24 Mar 2011

Lambat

Assalammualaikum

ketika entry ni pada pagi hari khamis cik ton tengah tunggu anak dara cik ton yang kecik tu bersiap nak ke sekolah agama, pagi ni cik ton hantar dia sebab cik ton pun terlambat bangun pukul 5.15 baru tersedar, untuk cik ton yang tinggal jauh ni waktu macam tu memang dah kira lambat kecuali la cik ton tak masak sebabnya cik ton ni tiap-tiap hari masak dulu sebelum pergi kerja, dari hari isnin sampai jumaat cik ton bangun pukul 4 atau 4.30 pagi untuk masak, selalunya cik ton akan masak satu lauk aje, lauk yg penting la lauk yg berkuah selebihnya macam goreng sayur dan ikan bibik yang akan buat kemudian.Anak-anak pasti akan makan setiap hari.

Rumah cik ton ni jauh jadi kalau dah lambat tu kena la pergi lambat betul ke ofis kalau tidak akan menempuh jam yang panjang kalau keluar ala-ala gitu...pagi ni pulak hujan kalau ikutkan rasa hati malas nak pergi kerja macam nak ambil el aje...tapi bila difikirkan hari ni senior exec dan exec tak ada rugi pulak kalau tak kerja sebabnya bila kedua2 ni tak ada boleh la cik ton dan kawan cik ton enjoy, enjoy dalam erti hanya kami berdua sahaja yang faham...ha..ha..ha.

Nampak gayanya kena stop dulu entry ni sebab anak dara tu dah bersiap sedia nak kesekolah. Kalauu rajin boleh sambung malam nanti.

Cik ton chaw dulu lah......

5 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Ton

    rajin nya cik ton kita niii

    masa tu saya tengah berselimut lagi
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. rajin la cik ton ni....

    saya pun suka kalau bos takde kat ofis, boleh la extra enjoy sikit...

    ReplyDelete
  3. jam 4 cik ton? adeh masa tu masih di ulit mimpi..hhehehe rajinnya cikton kita nie masak ari2...

    ReplyDelete
  4. Salam Yong, waduh...demi anak sanggup buat apa kan! He he Boss takder semua gumbira!

    ReplyDelete
  5. salam cik ton..rajinnya cik ton ni pepagi dah masak..kalau sy..minta ampun la..bf pun ngan nescafe atau milo panas jerr..

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin