11 Mar 2011

RL5..semi final

Assalamulaikum

Malam ni Raja Lawak ada dua segmen yang pertama loghat dan bersama pelawak pilihan.

Cik ton dah ketawa bila tengok RL5 malam ni, padahal baru je bermula sebabnya bila tengok gaya Johan dan Zizan cakap dalam loghat Perak, teman tau ler cakap loghat tu sebab teman orang Perak. pandai je dua pengacara ni membuat orang ketawa..sememangnya dua pengacara ni pandai mengajuk semua loghat

Nazmi loghat Negeri Sembilan, R2 loghat Terengganu (mcm mana cik aya tolon komeng...) Man loghat Sarawak dan Balas loghat Kelantan..teruknya balas cakap sampai terjerit2 kenapa ye...cik ton suka gak loghat kelantan ni....sebab adik ipar cik ton orang kelantan org pasir mas....apa kabar ila agaknyer sekarang ni dah lama cik ton tak jumpa dia, cik ton pun ramai gak kawan-kawan orang kelantan...

Sekarang ni dah masuk ke segmen ke2 para peserta bersama dengan pelawak pilihan mereka. Nazmi dan Farouk hanya nazmi sahaja yang bercakap lebih, R2 dengan Sabri tapi sabri yang terlebih lawak...,Man dengan Abon ok la ,Abon memang la lawaknye sentiasa bagus...dan Balas dengan Bob Kuman rasanyer lawak mereka menjadi walaupun agak kasar sikit.

Rasanya malam ni lawak kesemua peserta menjadi...agak sukar nak pilih siapa yang layak ke final, kalau cik ton pilih semua sebab mereka berempat memang layak untuk ke final.

Akhirnya kita semua dah tau siapa yang layak untuk final pada 18hb minggu depan...Man, R2 dan Balas....tahniah untuk yang berjaya.

1 comment:

  1. Cik Ton, dok jadi puok tu bercakap dalam loghat Tranung, kena belajor lagi dengang Zizang.

    Sayang la Nazmie terkeluar.

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin