19 Mar 2011

Sakit kepala

Assalamualaikum

Pagi ni dapat la buka pc sebabnya kepala dah kurang sakit sikit tapi masih ada denyut-denyut lagi, tak tahu la nape dah lama tak kena tiba-tiba hari khamis lepas datang semula sakit tu bawa sampai la sampai ke hari jumaat dan mungkin akan sampai keminggu depan pulak, mungkin jugak sebab sekarang cik ton ambil Jus Manggis Shamelin tapi yang peliknya dah hampir 3 botol baru rasa sakit tu, cik ton ni memang macam ni kalau ambil sesuatu supplement mesti akan sakit kepala sebab ada migrain jadi kalau ambil apa-apa supplement pun mesti akan tangkap kepala dulu. Dah berbagai -bagai supplement cuba semuanya sama....cuma ambil Jus Manggis ni je yang lambat sikit kena, masa mula-mula ambil dulu best sangat sebab dah habis 2 botol langsung tak sakit kepala cik ton cakap dengan kawan ofis cik ton "awak saya rasa dah jumpa la yang sesuai dengan saya"hanya dia yang tahu apa yang cik ton tak cuba mahal murah semua dah balun tapi tu la semua tak pernah habis sebabnya satu aje tak tahan sakit kepala, kebanyakan pengeluar produk akan cakap itu dalam krisis pemulihan tapi tu la kadang-kadang sampai rasa sakit teramat.

Cuma ada satu supplement yang cik ton cuba Geougous iaitu produk dari luar negeri yang dibuat dari apple stem, supplement ni cik ton cuba selama 2 bukan memang Alhamdulillah tak sakit kepala langsung tapi sakit lain pulak..iaitu DUIT..mana la nak mampu harga sekotak aje dah sampai RM 470 untuk bukan ahli tapi untuk cik ton Alhamdulillah adik yang jual tu kasi harga ahli dapat la cik ton ambil sebanyak 3 kotak masa mula-mula produk tu dijual di Malaysia kiranya cik ton ni orang terawal yang cuba tapi tu lah tak boleh nak teruskan sebab tak mampu apataknya semua yang duk guna sekarang ni adalah orang -orang yang banyak duit, artis banyak guna produk ni, sampaikan sekarang cik ton masih lagi duk bersms dengan salah seorang mak datin bertanyakan kabar walaupun cik ton dah tak guna lagi produk tu, kiranya mak datin tu tak la kedekut ilmu sudi berkongsi tips-tips kesihatan dan kecantikan dengan cik ton. Terima kasih Datin Yang Zuriati

Nampak gayanya untuk kali ni cik ton nak cuba habiskan dulu jus manggis ni sayang pulak masih ada lagi 3 botol lagi yang belum di minum mana la tahu dengan berkat sabar dan izin dari Allah dengan jus manggis ni boleh pulak hilangkan migrain cik ton. Kalau nak ikut kan banyak kebaikan jus manggis ni sebab berdasarkan testimoni yang beri ulasan mereka setelah mengambil jus manggis ni, banyak yang dah sembuh dari penyakit mereka.. Alhamdulillah

1 comment:

  1. mungkin Cik Ton kena ambik masa yang lama sikit kot untuk serasi dengan jus manggis tu...

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin