17 Mar 2011

Umairah

Assalamulaikum

Yahooo..malam ni dapat pc diawal malam setelah beberapa hari tak buat entry baru tak tahu kenapa tak ada idea sungguh ..malam ni buat kena buat jugak lagi pun tak payah berebut dengan umairah sebab dia asyik tengok disney channel sedap gak nampak ceritanya bertajuk Beverly Hills Chihuahua kisah pelarian seekor anjing orang kaya yang telah diculik, banyak perkara berlaku sepanjang pelarian dia untuk pulang ke beverly hills ,cik ton pun tengok gak sambil taip entry ni disamping tu tanya kabar kawan-kawan diblog...

Begitu tekun umairah tengok tv, ain pulak tengah makan jagung, tadi masa balik dari kerja cik ton singgah pasar malam beli yong tau fu, jagung dan rojak kiranya itu la makan malam kami anak beranak.

Pagi tadi cik ton pergi kerja lambat sikit sebab hantar umairah dulu pergi sekolah dia ada latihan nyanyian, suami tak boleh hantar hari ni sebab kena pergi kerja diawal pagi, cik ton kesian pulak nak biar dia berjalan kaki sambil ditemani bibik takut nanti penat tak boleh nyanyi pulak dah la 4 hari dalam seminggu cuti ni adalah untuk latihan aje. Minggu depan 23hb adalah final,harap-harap berjaya...

Untuk Umairah ibu doakan semuga adik dan kawan-kawan boleh menyanyi diatas pentas nanti.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin