29 Apr 2011

Bercuti

Assalamualaikum
Hari ni Cik Ton bercuti sebab nak pergi jemput Amalina balik sempena cuti semesternya dan nak balik rumah kakak di Bukit Merah sebab kakak nak buat kenduri Aqiqah untuk cucunya yang nombor tiga. Kami nak gerak selepas solat jumaat.

Sementara tu layari dulu blog-blog kawan-kawan.

23 Apr 2011

Ular berak

Assalamulaikum
Sambungan cerita pergi I-City itu hari.
Malam tu lepas Amalina ambil gambar-gambar yang diperlukan, kami semua pergi ke pameran ular ada la labah-labah dan penyu serta kura-kura, kebetulan malam tu adalah malam akhir. Masa suami duk ambil gambar-gambar ular tu semua ada la seekor ular tu sedang berak...betuuuul...kiranya betul la kata David Teo (dlm RL 5 itu hari)...memang betul kami anak beranak dapat tenguk Ular berak. Kawan-kawan tengok la gambar-gambar yang ada ni, Cik Ton tak letak semua sebab lebih kurang sama aje, yang penting nak tunjuk gambar Ular tengah lepaskan hajat dia tu la :








Ular yang berak 



apa pendapat kawan-kawan? Ada tak antara kawan-kawan yang pernah tengok ular berak.

I-City

Assalamulaikum
Pada 2 minggu lepas cik ton sekeluarga pergi ke I-City di Shah Alam kerana menemankan Amalina yang perlu mengambil gambar sempena tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.Kebetulan pulakCikTon pun tak pernah kesana, jadi dapat la merasa kesana.


 




Gambar-gambar lampu di I-City Shah Alam.


22 Apr 2011

22/04/1967

Assalamualaikum


kek suami yang beli tadi.

Hari ni bertambah lagi setahun umur cik ton, dah 44 tahun cik ton hidup di bumi Allah yang fana ini. Semuga Allah memberkati hidup cik ton sekeluarga. Terimakasih suami belikan kek yang comel untuk isteri mu ini.

18 Apr 2011

Singgah baca entry

Assalammualaikum

Hari ni lambat pergi kerja sebab pagi tadi hantar Umairah pergi Sekolah Agama, hujan lebat..kesian pulak...jadi sementara nak menunggu pergi kerja kejap lagi dan nak hantar Amalina naik bas distesen bas, cik ton buat la blogwalking sambil baca entry kawan-kawan.

http://apamahu.blogspot.com/

http://izzatishahudin.blogspot.com/

http://yurachenta.blogspot.com/

http://mohkembara.blogspot.com/

http://salamborneo.blogspot.com/

http://alma2paradise.blogspot.com/

17 Apr 2011

Hati Bergetar Rindu - Dhiya

Assalamualaikum


Cik ton baru je menghabiskan kali ke3 membaca novel terbaru Dhiya Zafira HBR, pendapat cik ton novel memang sedap untuk dibaca..apa yang boleh dikatakan novel ini betul-betul buat jiwa cik ton rasa macam-macam yang sukar untuk dimengertikan....entah la mungkin sebab ASP Ziyad Sidqi..seorang polis yang betul-betul komited dengan kerjanya, seorang anak yang baik dengan ibu, seorang abang yang ambil berat tentang adiknya dan merupakan seorang suami yang benar-benar penyayang dan penyabar...
Membaca novel ini benar-benar membuat cik ton jatuh cinta pada semua watak hinggakan kepada pembunuh, turut sama rasa apa yang mereka rasa, dendam yang tak berkesudahan ,rasa sedih, gembira, rasa bersalah, cemburu, jauh hati, rasa cinta dan sayang, sayang orang ibu kepada anak dan rasa ibu yang memahami jiwa anak tak berkesudahan dan bermacam lagi rasa yang ada, yang pasti dalam sedih pandai Dhiya mencuit hati cik ton untuk ketawa juga.
Parahnya jiwa Afi, lebih parah jiwa Ari.
Orang Asing: "Bila orang kesayangan pergi, rasa macam separuh jiwa kita turut hilang, kan "

Sid: Ya...separuh jiwanya sudah pergi jauh meninggalkan dirinya
         " Kalau Ari rasa apa yang saya rasa..saya yakin Ari akan faham perasaan saya..."         " Kita kahwin, Ari?
          Abang rindukan Ari tiga tahun ni. Rasa macam mimpi pula dapat tengok Ari depan mata abang,"
          Abang cik ada benda nak cakap dengan ibu..Ibu ..abang cik dah kawin"
          Sekarang ni...abang cik jumpa dia balik, ibu. Abang cik tak nak lepaskan dia pergi lagi"
Tak apa kalau Ari bencikan abang. Kasih dan sayang abang pada Ari cukup untuk kita berdua"
"Bila abang melamar Ari..abang sudah sedia atas segala-galanya. Segala buruk baik Ari, semua tanggungjawab abang. Ari, abang bukan lelaki sempurna. Abang juga ada kelemahannya. Tapi abang harap..segala kelebihan Ari dapat menutup semua kekurangan abang. Dan kelebihan abang juga dapat menutup semua kekurangan Ari."
       
Ari: Ari benci abang. sampai mati pun Ari akan benci abang"
"Ari tak pernah menangis sebelum ni. Tapi sejak Ari jumpa abang, Ari tak boleh berhenti menangis.
Ari sudah tidak sabar-sabar mahu melihat Kaabah. Matanya langsung tidak berkelip memandang  nun disana..bangunan kotak empat segi berwarna hitam itu terlihat di pandangan mata.
"sebelum kita mulakan tawaf ni, Ari nak minta maaf daripada abang"

"Ari tak suka abang dengan Esya. Ari rasa sedih sangat"
"Ari rindukan abang!"
Selama ni, Ari fikir apa yang berlaku pada hidup Ari, semuanya balasan atas segala perbuatan Ari yag teruk dulu. Tapi...Ari yakin, Ari mesti lakukan sesuatu yang baik juga sebab Ari dapat abang. Ari dapat segala-galanya. Ari rasa sangat bertuah sebab Ari dapat abang ebagai suami. Jadi dalam tempoh hidup Ari selama 25 tahun ni, Ari mesti dah lakukan sesuatu yang baik".

Ibu: ...bawa lah dia pulang abang. Bawa menantu ibu pulang kesini
"Manusia mana yang tak lakukan kesilapan, abang. Ibu perempuan, Ari perempuan. Sedikit sebanyak ibu tahu apa yang Ari rasakan. Abang..jangan takut berjuang untuk mendapatkan hak kita. Jangan takut untuk mempertahankan insan yang kita sayang. Ibu tak ajar anak ibu mudah mengalah"
Zarin: Hatinya berbunga-bunga melihat Fauzan
Zarin: melihat abang cik merenung isterinya. Entah mengapa, sedih benar dia melihat wajah abang cik ketika itu.
"Abang cik.Tolong adik. Tolong Abang Jan. Lelaki itu tembak Abang Jan. Dia tikam Abang Jan.

Fauzan : "Berjuang sehabis daya mendapatkan apa yang menjadi milik kita pada awalnya , Sid. Kalau kau penat, kau berhenti sekejap. Kau berehat, tapi kau jangan berhenti terus. ALLAH pun tak mahu hamba-NYA mudah brputus asa"


Imad/Angel: Ayah, Imad dah tamatkan penderitaan ayah
Perempuan tu semua tak boleh dipercayai..mereka semua patut dibunuh

Fazil: "Jangan bimbang,Imad, Ayah akan jaga Imad, Biar apa-apa pun, kita akan hadapi bersama."
"Sebab kaulah Imad dah tak ada. Kerana isteri kaulah, anakk aku dibunuh


"Do you love me, Ari?"
"completely!"
"You want to be with me?"
"All the time."
"Janji jangan tinggalkan abang lagi?"
"Sayang abang sampai bila-bila?"
"Selama-lamanya".

"Kita berjuang mendapatkan kembali hak yang hilang. Kita takkan pernah berhenti berjuang mempertahankan insan yang tersayang. Perjuangan tidak akan berhenti selagi tidak beroleh kemenangan hakiki. Kita akan sentiasa berjuang kerana yang takut berjuang itu insan yang jiwanya telah mati."
*Cik ton minta maaf sebab salin banyak sangat kata-kata dari Novel Dhiya*

15 Apr 2011

Souvenir from Turki

Assalamualaikum

Hari rabu lepas cik ton jumpa Kak Halimah a.k.a Moh Kembara di KL Sentral, suka... maklum lah dapat jugak jumpa kawan dialam maya secara life, yang bestnyer orang perak jugak,tapi tak sempat nak sembang banyak-banyak sebab masa tak cukup tp ok la sekadar untuk bertanya kabar sambil bertukar barang...macam sistem barter zaman dulu...Kak Halimah kasi barang dari Turki cik ton pula hanya mampu kasi kueh tat dan karipap aje.

Terima kasih pada kak Halimah kerana memuji dan mempromosi kueh tat cik ton pada sahabat akak, terima kasih cik ton ucapkan pada sahabat kak Halimah kerana sudi order kueh tat.. Alhamdulillah

13 Apr 2011

Cikgu Kemisah Kirby/Astro Warna

Assalamulaikum

Sekarang ni cik ton dan suami sedang melayan cerita Cikgu Kemisah Kirby di tv2, cik ton pasti ramai yang tengok cerita bersiri inikan setiap rabu malam. Suami memang tak pernah miss sejak siri ini bermula.Pada mulanya cik ton tak tengok sangat tapi bila dah start tengok sedap pulak.. cerita yang mengisah tentang seorang guru yang telah bersara dan sekarang gigih memajukan kampungnya banyak lah cabaran dan dugaan yang dihadapi olehnya. Ceritanya berkisar tentang kampung dan juga tentang anak-anaknya biasala cerita keluargakan tapi banyak ajaran dan nasihat yang kita boleh pelajari.

Sebenarnya malam ni jugak cik ton dan suami layan Astro Warna kerana Maharaja Lawak suami terpaksa melanggan package Mustika sebab dia pun minat nak tengok ML, jadi dapat la cik ton tengok B4U selama lebih kurang 3 bulan la kut selagi ML belum habis, sebab kadang-kadang bila tgk diinfo macam banyak je cerita tamil dan hindi yang sedap-sedap.

Sekarang ni macam banyak lah pulak pilihan channel ..terlarat ke nak tengok, sedangkan kadang-kadang malas nak tengok tv.

8 Apr 2011

Maharaja Lawak

Assalamualaikum
Sekarang ni cik ton tengah layan maharaja lawak...setakat ni yang paling best Nabil dan Jozan..memang superb la lawak diaorang bersahaja dan selamba aje... cik ton suka masa waktu menunggu komen juri  sebab ada juga lawak diaorang bersama dengan AC yang menyebabkan suasana makin happening...

Semoga mereka terus.mara keperingkat akhir.

6 Apr 2011

Umairah depan lilin

Assalamulaikum
gambar umairah sepanjang earth hour itu hari, selama hampir 30 minit mengadap lilin dengan ain sambil main lilin yang cair...suka sangat kalau black out sebab suka nak usung lilin kehulu kehilir...apa yg seronok sangat pun tak tahu la...lepas tu bila dah cerah berebut-rebut dengan ain nak tiup lilin.

Malam ni anak dara tu tidur cepat agaknyer penat sangat berlatih untuk pertandingan bercerita yang diadakan di Sekolah Agama pada minggu hadapan yang bertajuk Mukjizat Nabi Musa.

2 Apr 2011

Pengetua AF 9

Assalamulaikum.

Wah teruja betul cik ton untuk menonton AF9 tahun ni, sebab pengetuanya memang cik ton minat sangat tak AMY SEARCH...tak kira la walaupun cik ton dah hampir menuju usia senja yang penting hati ni masih rasa mudo...dan yang pasti  walau pun lembut sebagai seorang wanita tapi ada juga jiwa rock....pheewitt..

Kumpulan search memang cik ton minat dari mula-mula ditubuhkan lagi rasanya dalam tahun1989, masa tu cik ton mula kerja di kl,dalam syarikat oil & gas firm...tak kira la masa tu amy berambut panjang dan seluar ketatnya..sampaikan ada officer tu tanya kat cik ton " apa pasal lu minat sangat dengan itu org yang macam tak mandi aje"..ada cik ton kisah ke...yang penting suara penyanyinya..mantop sampai la sekarang tak ada orang yang boleh lawan suara amy....kerana amy jugak la cik ton tengok wayang fenomena dan isabela 2 kali padahal masa tu bukannya ada duit sangat dah la tu pergi tengok pun sorang-sorang aje sebab masa tu belum kawin lagikan...tapi tu la demi amy....tapi walaupun minat sangat tak pernah pun cik ton pergi tengok konsert mana la mak dan abang nak kasi..jadi cuma minat aje la...Yang pasti minat tu tak pernah hilang sampai la sekarang.

Tahniah Amy...semuga menjadi pengetua yang cemerlang..

Birthday Ain

Assalammualaikum
birthday girl


Tengah hari tadi kami sekeluarga menyambut hari jadi Ain yang ke 13, sebenarnya hari selasa yang lepas patut sambut tapi disebabkan hari sekolah dan suami pulak sibuk sikit jadi terpaksa la sambut hari ni, tak jemput pun kawan-kawan dia, malas kata Ain cik ton pun ok kan aje jadi tak ada la masak beria-ria pun hanya masak biasa aje...

Dah besar anak dara yang sorang ni, dah boleh menolong kalau cik ton memerlukan khidmat dia..

Untuk Ain ibu doakan supaya menjadi anak yang solehah.

AF 9

Assalammualaikum
Sekarang ni cik ton tengah menonton AF9, tengok pun sebab Aznil jadi pengacaranya, kiranya cik ton peminat Pak Nil jugak la,lagu satu yang menyebabkan cik ton suka tengok jugak sebab ada Adlin Aman Ramlee sbg pengkritik, cik ton suka dia walau pun kadang kala kritikan dia macam menyakitkan hati aje tapi rasanya rancangan tu orang ramai minat adalah disebabkan Aznil la jadi  kita tengok la tahun ni macam mana lagi pun tahun ni ada la tahun terakhir AF.

Cik ton setuju sangat yang AF patut diakhirkan, kerana dah terlalu ramai sangat penyanyi sekarang sebab bukannya hanya yang dilahirkan oleh AF aje banyak petandingan nyanyian lain lagi, sampaikan ada setengah tu kita tak pernah tengok pun rancangannya. Terlalu ramai penyanyi sekarang ni sesetengah tu bukannya ada bakat pun hanya bersandarkan rupa aje...

Untuk tahun ni berdasarkan komen-komen tenaga pengajar didalam surat kabar kesemua pelajar-pelajar AF berbakat besar...emmm..terlalu awalkan untuk kita menilai....yang penting sesiapa yang rajin boleh la tunggu setiap malam untuk tengok diari dan setiap minggu untuk tengok konsert, mungkin dari situ kita sebagai penonton boleh menilai rasa-rasanya semua penonton dah pandai kut untuk memilih yang betul-betul berbakat.

Ok la kita tunggu aje siapa Juaranya tahun ini.

Mak yang satu-satunya....

Assalamualaikum

Cik Ton sibuk sikit beberapa hari ni, sibuk dengan tempahan karipap dan juga mak Cik Ton ada kat rumah, jadi tak sedaplah kalau mak datang kita pula asyik mengadap laptop aja, kan? Tambahan pula mak Cik Ton tu tak berapa sihat dan datang pun bukan la selalu .

Sementara masih ada peluang untuk Cik Ton bermesra dengan mak, Cik Ton nak guna sebaik mungkin dan Cik Ton sedar bukannya mudah berhadapan dengan perangai mak yang dah uzur, kita yang muda semestinya perlu bersabar dengan segala kerenahnya.

Syukur kerana mak Cik Ton selesa di sini walaupun agak kesunyian ditinggalkan bersama bibik ketika hari kerja. Memang dia lebih senang di rumah kakak Cik Ton tapi ada saatnya dia nyatakan keseronokan dia di sini, kita sebagai anak hanya ingin berikan yang terbaik untuk ibu sebagaimana ibu berikan yang terbaik untuk kita dimasa lalu.

Besok-besok bila Cik Ton dah tua, agaknya macam mana pula kerenah Cik Ton.

LinkWithin