29 May 2011

Pecak

Assalamulaikum

Tengahari ni cik ton anak beranak makan simple aje, suami outstation. Makan tengahari ni kami semua makan nasi dengan pecak aje tu pun bibik yang masak, memang cik ton relaks habis hari ni..bersantai tengok tv sambil baca suratkabar.

Pernah tak kawan-kawan makan pecak iaitu masakan orang Bogor Indonesia. Cik ton ni memang tak kisah apa aje masakan semua cik ton makan, tapi pecak ni Ain dan Umairah suka...



ikan air tawar - yang paling sedap tapi tadi bibik guna ikan senangin
cili merah
cili api
kacang tanah
halia
air asam jawa
garam
bawang merah
ajinomoto sikit

cara-caranya

ikan digoreng atau dibakar. Bawang merah, cili api.cili merah, halia dibakar. kacang tanah digoreng dan ditumbuk. Bahan-bahan yang dibakar tadi ditumbuk sampai halus. Kemudian dibancuh dengan air panas yang telah dicampur dengan perahan asam jawa, taruh garam secukup rasa, begitu jugak dengan perasa. Selepas tu baru lah kuah tadi dicampur dengan ikan yang telah dibakar atau digoreng tadi.

Sedap dimakan bersama dengan nasi yang masih panas.

Himpunan Sejuta Belia

Assalamualaikum

Petang jumaat minggu lepas cik ton dan suami serta Amalina ke Putra Jaya, sebab menemankan Amalina yang nak ambil gambar untuk tugasannya yang bertajuk Satu Malaysia...petang tu kebetulan ada himpunan Sejuta Belia satu negara jadi dapat la dia ambil gambar-gambar wajah satu Malaysia jadi cik ton pun ambil jugak la sikit-sikit gambar untuk dijadikan entry. Alhamdulillah memang petang tu rezeki Amalina sebab dapat ambil gambar seperti yang dikehendaki oleh pensyarah dia...








Macam-macam pertunjukan yang disediakan oleh pihak penganjur tapi cik ton dapat snap sikit aje, sebab cik ton pergi tu hari pertama jadi belum banyak lagi tapak yang dibuka kepada orang ramai, sebab majlis tu berlangsung selama 3 hari, jadi petang tu cik ton dapat la tengok sikit aje...nak tunggu sampai kemalam kesian pulak kat anak dara lagi 2 orang tu, diaorang tak ikut sebab sekolah.Rasanya kalau sampai kemalam lagi seronok kut sebab ada banyak acara yang akan berlangsung.

22 May 2011

Birthday Umairah

Assalamualaikum

Sepatutnya semalam 21/05 sambut birthday umairah yang ke9 tahun, tapi disebabkan semalam petang pergi Port Dickson  kena teman Amalina ambil gambar jadi kami sambut la birthday dia hari ni, sambut anak beranak jer...





Tadi tengahari cik ton masak la makanan kesukaan dia...




Semuga anak dara cik ton yang sorang ni sentiasa didalam lindungan Allah....

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

kueh Tat

Assalamualaikum


Hari ni sepetang cik ton menyiapkan tempahan kueh tat dari Cik Yasleh, kawan kepada Kak Hmailto:Halimah@Moh kembara...lama jugak la nak menyiapkannya padahal buatnya satu adunan je, tapi cik ton ni slow sikit tu yang ambil masa lebih kurang 2 jam...lamakan...

InsyaAllah mudah-mudahan Yasleh suka dan terus suka dengan tat cik ton.....

21 May 2011

Pekong

Assalamualaikum

Pernah dengar perkataan diatas, Pekong tak tahu la cik ton ejaannya betul atau tidak tapi seperti itu la bunyi orang duk sebut, sebenarnya perkataan tu datang dari suku kaum banjar...cik ton tak pandai nak cerita nak pasal pekong ni setahu cik ton ia di gunakan untuk menidurkan baby cara duduk didalam buaian...setahu cik ton baby akan tidur lama...apa kata kita layan dulu gambar di bawah ni:




sebelum dipekongkan baby akan dipujuk dan ditidurkan sebentar, sbb nak pekong ni kena ada cara jugak, kalau salah ia akan mendatangkan bahaya kepada baby..selepas tu baby akan dibalut menggunakan kain buai, lepas tu akan dillit kain lain dibahagian lehernya nampak macam tak selesakan, tapi pada hari kenduri tu sikecik rayyan tu sampai 4 jam tidur cara macam tu...tak tahu la kenapa dia boleh selesa macam tu, sedang keluarga cik ton bukan la dari suku kaum banjar, kami semua tak pandai nak buat macam tu, mujur la ada satu cikgu ni pandai buat pekong sebab dia kata anak-anak dia semua tidur macam tu masa kecik-kecik dulu.

Jadi kawan-kawan lihat la, lena betul cucu saudara cik ton tu...sekali pandang nampak macam dalam kepompong kan...tapi comel je .kan


bila cik ton tengok dia tidur rasa macam lenguh aje.. ye la kan sebab tidur duduk, tapi untuk dia mungkin selesa, sebab bila dia bangun wah ceria aje...kalau tidak tak senang ummi dia nak duduk asyik menangis aje nak tidur...

Ada tak kawan-kawan cik ton yang boleh cerita pasal pekong ni, ada effect apa-apa nanti bila dia dah besar.

14 May 2011

Kongsi - Lu Langsi Lu Mati

Assalamulaikum


Mmmm...semalam cik ton sekeluarga pergi tengok filem kongsi lakonan Shaheizy Sam...apa yang boleh dikatakan...lakonan Sam memang kelas...walau pun kurang dialong tapi aksinya mantap....yang pasti kami sekeluarga terhibur, suami dan anak-anak ketawa sampai terbahak-bahak...Ain dan Umairah paling kuat....apatahnya tiga anak dara cik ton tu  minat sangat dengan Shaheizy Sam. Kiranya semalam masing-masing puas hati sangat la sebab si ayah sanggup nak ikut kami semua tengok wayang, selalunya siayah, kalau cerita macam tu kurang suka sikit, kalau aksi suka la...

Untuk Shaheizy Sam..anda adalah seorang pelakon yang berbakat....teruskan dengan sikap anda yang baik jangan mudah lupa diri.

Tak sabar tunggu nak tengok cerita SEKALI LAGI...Sam dan Lisa

7 May 2011

Minyak Wangi

Assalamulaikum

Sunyi sikit petang ni, Ain kesekolah sebab ada sekolah ganti, Amalina pulak asyik memerap dalam bilik,  melayan mata bila cik ton komplen asyik tidur je, jawapan klise " ala ibu ni, masa akak kat kolej tak cukup tidur pun, sekarang ni la nak balas balik",alahaiii... si kecik Umairah pun ikut sama memerap dalam bilik melayan video cerita Toy Story 3...akhirnya tinggal la cik ton dan suami kat luar ni, suami melayan cerita The Bourne Supremacy, cik ton pulak amik peluang pulak menaip entry...

Minggu lepas cik ton dapat hadiah minyak wangi pemberian Amalina, sempena birthday dan hari ibu, kami sebenar tak pernah pun meraikan hari ibu cuma kali ni cik ton usik dia " aik hadiah birthday je ke, hadiah hari  ibunyer mana"..kata Amalina "boleh la hadiah tu 1 dalam 2 lagi pun ,akak belum kerja lagi, kalau akak dah kerja insyaAllah...lebih lagi tu" amin...mudah-mudahan dikabulkan Allah. Tapi sebenarnya tak kira hari apa pun banyak juga yang Amalina dah belikan untuk cik ton, selalunya brooch la, ada kecik ada besar ikut kemampuan dia.





terimakasih banyak2 akak, mudah-mudahan Allah berkati rezeki akak, tak kisah ori atau tak, yang penting ingatan tu..baunya boleh tahan....

Terimakasih anak ku.


Kepada semua ibu-ibu, Cik Ton ucapkan selamat hari ibu

3 May 2011

Kenduri cukur rambut dan tahlil

Assalamualaikum

Hari jumaat yang lalu lepas aje jemput Amalina terus balik pergi rumah kakak di Bukit Merah, sebab hari sabtu ada kenduri cukur jambul dan tahlil. Panas sungguh hari sabtu lepas sampai sakit kepala cik ton...dibawah ni cik ton sertakan gambar-gambar yang sempat diambil.



 baby yang akan di cukur rambutnya-   Muhammad Amar Rayyan


Kerja sekolah

Assalamualaikum

Malam ni cik ton dapat berblog lebih awal sebab Umairah dan Ain kena buat kerja sekolah, banyak jadi si ayah tak kasi diaorang buka komputer...apa lagi malam ni nampaknya peluang si ibu la mengadap blog dengan sesuka hati...


gelagat si ayah mengajar dan memerhati anak buat kerja sekolah,

Belajar rajin-rajin ye anak-anak ibu.

1 May 2011

Layan ML

Assalamualaikum
Tengahari tadi baru sampai dari kampung, singgah makan di Seri Kembangan. Pelik betul la cik ton ni penat sangat rasanya sampai kepetang ni, padahal yang memandu pergi dan balik hanya suami, tp yang terlebih penatnya cik ton pulak.

Malam ni sambil layan ulangan Maharaja Lawak cik ton singgah la baca blog-blog kawan-kawan jap.

LinkWithin