29 May 2011

Himpunan Sejuta Belia

Assalamualaikum

Petang jumaat minggu lepas cik ton dan suami serta Amalina ke Putra Jaya, sebab menemankan Amalina yang nak ambil gambar untuk tugasannya yang bertajuk Satu Malaysia...petang tu kebetulan ada himpunan Sejuta Belia satu negara jadi dapat la dia ambil gambar-gambar wajah satu Malaysia jadi cik ton pun ambil jugak la sikit-sikit gambar untuk dijadikan entry. Alhamdulillah memang petang tu rezeki Amalina sebab dapat ambil gambar seperti yang dikehendaki oleh pensyarah dia...








Macam-macam pertunjukan yang disediakan oleh pihak penganjur tapi cik ton dapat snap sikit aje, sebab cik ton pergi tu hari pertama jadi belum banyak lagi tapak yang dibuka kepada orang ramai, sebab majlis tu berlangsung selama 3 hari, jadi petang tu cik ton dapat la tengok sikit aje...nak tunggu sampai kemalam kesian pulak kat anak dara lagi 2 orang tu, diaorang tak ikut sebab sekolah.Rasanya kalau sampai kemalam lagi seronok kut sebab ada banyak acara yang akan berlangsung.

2 comments:

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin