7 May 2011

Minyak Wangi

Assalamulaikum

Sunyi sikit petang ni, Ain kesekolah sebab ada sekolah ganti, Amalina pulak asyik memerap dalam bilik,  melayan mata bila cik ton komplen asyik tidur je, jawapan klise " ala ibu ni, masa akak kat kolej tak cukup tidur pun, sekarang ni la nak balas balik",alahaiii... si kecik Umairah pun ikut sama memerap dalam bilik melayan video cerita Toy Story 3...akhirnya tinggal la cik ton dan suami kat luar ni, suami melayan cerita The Bourne Supremacy, cik ton pulak amik peluang pulak menaip entry...

Minggu lepas cik ton dapat hadiah minyak wangi pemberian Amalina, sempena birthday dan hari ibu, kami sebenar tak pernah pun meraikan hari ibu cuma kali ni cik ton usik dia " aik hadiah birthday je ke, hadiah hari  ibunyer mana"..kata Amalina "boleh la hadiah tu 1 dalam 2 lagi pun ,akak belum kerja lagi, kalau akak dah kerja insyaAllah...lebih lagi tu" amin...mudah-mudahan dikabulkan Allah. Tapi sebenarnya tak kira hari apa pun banyak juga yang Amalina dah belikan untuk cik ton, selalunya brooch la, ada kecik ada besar ikut kemampuan dia.





terimakasih banyak2 akak, mudah-mudahan Allah berkati rezeki akak, tak kisah ori atau tak, yang penting ingatan tu..baunya boleh tahan....

Terimakasih anak ku.


Kepada semua ibu-ibu, Cik Ton ucapkan selamat hari ibu

3 comments:

  1. pandai Amalina memilih hadiah untuk ibu dia ye...anak yang memahami ni...tau apa kegemaran si ibu.

    ReplyDelete
  2. anak perempuan mcm tu la kak aya, sebab dia pun suka minyak wangi...

    ReplyDelete
  3. selamat Hari Ibu, Cikton... wah dpt hadiah ye...

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin