29 May 2011

Pecak

Assalamulaikum

Tengahari ni cik ton anak beranak makan simple aje, suami outstation. Makan tengahari ni kami semua makan nasi dengan pecak aje tu pun bibik yang masak, memang cik ton relaks habis hari ni..bersantai tengok tv sambil baca suratkabar.

Pernah tak kawan-kawan makan pecak iaitu masakan orang Bogor Indonesia. Cik ton ni memang tak kisah apa aje masakan semua cik ton makan, tapi pecak ni Ain dan Umairah suka...



ikan air tawar - yang paling sedap tapi tadi bibik guna ikan senangin
cili merah
cili api
kacang tanah
halia
air asam jawa
garam
bawang merah
ajinomoto sikit

cara-caranya

ikan digoreng atau dibakar. Bawang merah, cili api.cili merah, halia dibakar. kacang tanah digoreng dan ditumbuk. Bahan-bahan yang dibakar tadi ditumbuk sampai halus. Kemudian dibancuh dengan air panas yang telah dicampur dengan perahan asam jawa, taruh garam secukup rasa, begitu jugak dengan perasa. Selepas tu baru lah kuah tadi dicampur dengan ikan yang telah dibakar atau digoreng tadi.

Sedap dimakan bersama dengan nasi yang masih panas.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin