21 May 2011

Pekong

Assalamualaikum

Pernah dengar perkataan diatas, Pekong tak tahu la cik ton ejaannya betul atau tidak tapi seperti itu la bunyi orang duk sebut, sebenarnya perkataan tu datang dari suku kaum banjar...cik ton tak pandai nak cerita nak pasal pekong ni setahu cik ton ia di gunakan untuk menidurkan baby cara duduk didalam buaian...setahu cik ton baby akan tidur lama...apa kata kita layan dulu gambar di bawah ni:




sebelum dipekongkan baby akan dipujuk dan ditidurkan sebentar, sbb nak pekong ni kena ada cara jugak, kalau salah ia akan mendatangkan bahaya kepada baby..selepas tu baby akan dibalut menggunakan kain buai, lepas tu akan dillit kain lain dibahagian lehernya nampak macam tak selesakan, tapi pada hari kenduri tu sikecik rayyan tu sampai 4 jam tidur cara macam tu...tak tahu la kenapa dia boleh selesa macam tu, sedang keluarga cik ton bukan la dari suku kaum banjar, kami semua tak pandai nak buat macam tu, mujur la ada satu cikgu ni pandai buat pekong sebab dia kata anak-anak dia semua tidur macam tu masa kecik-kecik dulu.

Jadi kawan-kawan lihat la, lena betul cucu saudara cik ton tu...sekali pandang nampak macam dalam kepompong kan...tapi comel je .kan


bila cik ton tengok dia tidur rasa macam lenguh aje.. ye la kan sebab tidur duduk, tapi untuk dia mungkin selesa, sebab bila dia bangun wah ceria aje...kalau tidak tak senang ummi dia nak duduk asyik menangis aje nak tidur...

Ada tak kawan-kawan cik ton yang boleh cerita pasal pekong ni, ada effect apa-apa nanti bila dia dah besar.

2 comments:

  1. kali pertama saya lihat baby tidur macam ni seumur hidup saya..macam kesian pulak tp nak buat mcm mana dia syok pulak tidur macam tu...

    ReplyDelete
  2. tak penah lagi tgk mcmnie. 1st time tgk. selalu baby di bedung je dgn kain napkin atau kain batik untuk dia tidur selesa atau dh besar jln tak kengkang hehe.

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin