30 Jul 2011

Pagi yang hujan

Assalamulaikum

Hari ni dah separuh hari , mendung aje dan cuaca nyaman, sejuk je rasa, sampai umairah jadi malas mandi..tapi cik ton suka suasana macam ini sebab kepala kurang sakit, cuma kain baju lambat kering, tapi kadang kala bila cuaca macam ini hati jadi sayu tak tau nape...keadaan sekeliling pun sunyi aje, mungkin semua orang malas nak keluar rumah agaknya.

Tengahari ni cik ton tak masak pun, makan lauk semalam aje, sebab semalam lepas maghrib baru cik ton masak asam pedas ikan jenahak, jadi lauknya masih banyak lagi, suami pun cakap tak payah masak la hari ni, tadi pagi goreng jemput-jemput jagung aje...

Semalam cik ton ambil cuti sebab nak presale sogo, cik ton keluar rumah jam 10 pagi, tapi pukul 12 tengahari baru sampai sogo punya la jam jalan..mujur suami tak bad mood walaupun ada keluhan sikit-sikit, sebab suami cik ton tak berapa suka menempuh suasana macam ni, tapi nak buat sebab semalam dah termasuk kedalam deretan kereta yang tak bergerak nak patah balik pun tak boleh, redah aje lah..

Semalam belinya tak banyak mana pun cuma 4helai kemeja suami dan beberapa helai tuala aje, sebab ramai sangat orang biasa lakan setiap kali presale di sogo macam tu la keadaannya, beratur nak  membayar aje hampir 1 jam setengah, hajat hati ingat nak tarik tangan suami kebahagian hand beg, nak look see-look see, tapi bila aje kebahagian itu, Ya Allah!!!! ramainya manusia, yang beratur nak membayar pun.....punya la panjang, suami cakap tak payah la zai, ada rezeki bila-bila kita mai lagi...emmm....

Cik ton tunggu pre sale tahun depan la pulak......kalau ada rezeki insyaallah....

RAMADHAN - Persediaan hadapi puasa

Sejarah Ramadhan 
1)        Ramadhan: Ertinya panas terik
2)        Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3)        Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4)        Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5)         Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6)         Di pilih untuk ibadat puasa.
7)         Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan 

1)        Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2)        Bulan penuh keberkatan.
3)         Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4)        Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5)        Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6)        Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7)        Bulan menambah rezeki.
8 )       Memberi berbuka banyak pahala.
9)        Bulan keampunan :-
   

   Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa &bersahur; juga doa ada1/3 malam
-        10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-        10 hari pertengahan - pengampunan,
-        10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan 

(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1)        Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)         Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)         Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)         Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5)         Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)         Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)         Solat berjemaah setiap waktu
8)         Solat jemaah di masjid/surau
9)         Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)        Sahur diwaktu akhir
11)        Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)        Mandi Janabat sebelum Imsak
13)        Kurangkan tidur
14)        Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)        Tunaikan Solat Dhuha
16)        Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)        Tunaikan solat Rawatib
18)        Jaga pacaindera
19)         Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20)         Hadiri majlis ilmu
21)         Buat baik kepada ibubapa
22)         Isteri hendaklah taat pada suami
23)         Banyakkan bersedekah
24)         Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)         Berbuka bersama org tua
26)         Jemput tetamu berbuka
27)         Kurangkan berat badan
28)         Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)         Baiki hubungan suami isteri
30)         Baiki hubungan jiran
31)         Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)         Elakkan berbelanja berlebihan
33)        Kuatkan kesabaran
34)         Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35)         Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)         Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)        Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)        Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39)        Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)        Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41)        Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42)         Melazimkan solat waktu
43)         Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)         Elakkan banyak berhutang
45)         Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)         Mengeluarkan zakat fitrah

“Sebarkanlah risalah ini semoga Kita sama mendapat menafaat daripadanya”

29 Jul 2011

Mutiara Doa

Doa ketika mendengar kematian atau kemalangan.
  “ Bahawasanya kami kepunyaan Allah dan bahawasanya kami akan kembali kepada-NYA”
Doa ketika keluar rumah.
        “ Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada Allah, tiada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua”.
Doa mengelak mudarat
        “Dengan nama Allah yang dengan nama-NYA itu tidak mendatangkan mudarat sesuatu pun samaada di langit atau di bumi dan DIAlah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat
        “Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-MU daripada penyakit sopak,gila,penyakit kusta dan penyakit-penyakit berat”
(Riwayat Abu Daud)
Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
        “Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah hamba berlindung kepada MU daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-MU daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau”.

28 Jul 2011

Harimau Malaya...Auuuummmm

Assalamulaikum

Berdebar-debar jantung cik ton tengok bola malam ni, nampaknye setakat ni yang betul-betul hero kat padang tu adalah  Khairul Fahmi....kata ain macam orang jepun tapi hensem....he..he...dah besar anak dara sorang tu.....

Sekarang ni stop jap....masa rehat jadi degupan jantung pun kembali normal...

Bagaimana Cara Bersyukur?

1. Syukur Dengan Hati
 
 Syukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperoleh adalah semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Ilahi. Syukur dengan hati mengajar manusia untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa merungut dan keberatan biarpun kecilnya nikmat tersebut.
 
 Syukur ini juga mengharuskan yang bersyukur menyedari betapa besar kemurahan dan kasih sayang Ilahi sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepadaNYA. Qarun yang mengingkari kekayaannya atas bantuan Ilahi, menegaskan bahawa kekayaan itu diperolehi semata-mata kerana kemampuannya, dinilai oleh Al-Quran sebagai kafir atau tidak mensyukuri nikmatNYA.
 
 Seorang yang bersyukur dengan hatinya, saat ditimpa malapetaka pun boleh jadi dapat memuji Tuhan, bukan atas malapetaka itu, tetapi kerana terbayang olehnya bahawa yang dialaminya pasti lebih kecil dari kemungkinan lain yang dapat terjadi.
 
 Sujud syukur adalah perwujudan dari kesyukuran dengan hati yang dilakukan saat hati dan fikiran menyedari betapa besar nikmat yang dianugerahkan Allah.
 
 
2. Syukur Dengan Lidah
 
  Syukur dengan lidah adalah mengakui, dengan ucapan bahawa segala sumber  nikmat dari Allah, lantas melafazkan kalimah agung ALHAMDULILLAH. Kita akan merasakan bahawa segala pujian adalah hak Allah. Atas sebab itu jika kita mendapat pujian, selain tersenyum, perasaan akan mengucapkan Alhamdulillah tanda Allah lebih layak untuk menerima pujian.
 
3. Syukur Dengan  Perbuatan
 
 Allah berfirman dalam surah Ibrahim “ Apabila kamu bersyukur maka aku akan tambah nikmatku”
 
 Betapa nikmat Allah tidak terhitung, setiap jengkal tanah dibumi, setiap titisan hujan, setiap hembusan angin diudara adalah diciptakan untuk makhluk yang bernama manusia dan dimanfaatkan oleh manusia..

 Maka kita sebagai hamba perlu taat pada perintahNYA, kita berusaha dengan takwa, berkerja dengan amanah, tidak mengambil yang bukan hak, itu juga tanda bersyukur dengan perbuatan. Tanda kita berterima kasih dengan Allah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Semoga amalan syukur kita diterima Allah.
 
 
SUMBER MAJALAH HARMONI

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke.
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

27 Jul 2011

15 TIP DIET YANG PERLU ANDA TAHU

1.   Minum banyak air putih. Ramai orang keliru antara dahaga dan lapar. Anda perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air putih sehari. Buat permulaan jika anda ‘muak’ minum air putih, boleh perahkan buah-buahan seperti tembikai, oren dan mangga di dalamnya atau masukkan teh berperisa pic atau strawberi yang memberi perisa tetapi tidak kalori.
 
2 .  Fikirkan apa yang anda boleh tambahkan dalam diet, bukan apa yang anda perlu ambil. Mula tumpukan dengan cadangan pemakanan lima hingga Sembilan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Ini mungkin kedengarana agak keterlaluan tetapi berbaloi, kerana pada masa sama anda mencapai sasaran menikmati kandungan serat yang sepatutnya dan jumlah makanan yang perlu diambil. Buah-buahan dan sayur-sayuran ini bukan sahaja diambil begitu sahaja tetapi perlu ditambahkan dalam semua jenis pemakanan seperti sup, salad, lauk-pauk, sandwich dan sebagainya.
 
3.   Apabila terasa lapar. Lihat pada tanda fizikal ketika lapar.Apabila perut merasa lapar secara tidak langsung mesej itu akan disampaikan ke otak yang memberitahu apa yang perlu anda makan. Jadi apabila makan tanpa rasa lapar anda mungkin akan menikmatinya kerana makan tanpa lapar tidak akan merasa kekenyangan sebaliknya letih.
 
4.   Pilih makanan selepas makan malam. Kalau boleh cuba elakkan makan lagi selepas makan malam. Memang selepas makan malam anda akan duduk menonton televisyen, lebih seronok menonton kalau dapat mengunyah biskut ataupun kerepek bersama minuman ringan. Ia adalah tabiat tidak baik apabila makan tanpa rasa keinginan untuk makan. Sebaik-baiknya selepas makan malam tutup dapur anda untuk dikunjungi kecuali untuk minum air.
 
5.   Menikmati makanan kegemaran. Daripada anda menikmati makan yang tidak sukai lebih baik menikmati makanan yang anda gemar makan tetapi mengurangkan jumlahnya. Jika selalunya anda membeli satu tin biskut kurangkan dengan membeli yang dibungkus dengan plastik sahaja.  
 
6.   Menikmati makanan luar dari rumah. Apabila teringin makan sebaik-baiknya makan di luar rumah kerana tiada peluang ‘menambah’ makanan. Jika makan ais krim di luar anda mungkin hanya makan satu sudu sahaja tetapi apabila makan di rumah mungkin anda boleh makan hampir satu kotak ais krim. Anda perlu menguatkan hati jika ingin mengurangkan berat badan. Penuhkan peti ais anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja.
 
7.    Jika anda makan dan kemudian membakar kalori tersebut maka hasrat menurunkan berat badan pasti boleh berlaku. Tetapi, jika anda sentiasa lapar dan perlukan makanan, menurunkan berat badan pasti mencabar. Kajian menunjukkan orang yang makan empat hingga lima hidangan setiap hari mampu mengawal selera dan berat badan mereka. Anda boleh membahagikan keperluan kalori setiap hari dalam jumlah yang kecil dan makan dengan berhemah.
 
8.    Protein lebih memuaskan berbanding karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak protein dan kurangkan karbohidrat ditambah dengan senaman yang konsisten merupakan jalan paling mudah menurunkan berat badan. Protein yang cukup dalam badan membantu mengekalkan otot dan menggalakkan pembakaran lemak juga mengenyangkan. Sumber protein yang sihat adalah seperti yogurt, keju, kekacang dan sebagainya.     
 
9.   Tambahkan rempah atau cili dalam makanan untuk lebih rasa. Makanan yang penuh dengan rasa akan merangsang lidah untuk lebih puas hati dan anda tidak akan makan dengan banyak. Apabila anda perlukan yang manis, makan gula-gula yang tidak mempunyai banyak kalori. 
 
10.  Simpan hanya makanan sihat di rumah. Makan makanan yang sedia dimakan akan memusnahkan segala usaha menurukan berat badan. Anda mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pizza yang dihantar ke rumah tetapi kesannya akan memudaratkan diri. Hanya beberapa minit sahaja masa juga diperlukan untuk menyediakan salad yang ringkas, mudah tetapi mengenyangkan.    
 
11.   Menempah makanan kanak-kanak. Banyak restoran menyediakan makanan untuk kanak-kanak. Jumlah yang selalunya disediakan lebih kecil daripada orang dewasa. Anda tidak perlu malu menempah hidangan kanak-kanak ini demi menjayakan misi anda. Satu lagi anda mungkin boleh menggunakan pinggan yang lebih kecil berbanding biasa. Apabila menggunakan pinggan yang lebih kecil anda tidak mungkin boleh mengambil makanan dengan banyaknya.
 
12.   Makan mengikut musim. Jika anda tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran cuba makan mengikut musim. Apabila melihat ramai orang makan membuatkan anda lebih berselera menikmatinya. Misalnya jika musim orang makan buah kiwi dan melihat ramai yang
sedang memilih buah tersebut di pasar raya secara tidak langsung anda juga lebih berminat membelek buah tersebut dan membelinya.
 
13.  Gantikan secawan pasta dengan secawan sayur-sayuran. Lebihkan makan sayur-sayuran dan gantikan pasta yang menyelerakan itu dengan sayur-sayuran. Anda boleh berjimat 100-200 kalori jika mengurankan jumlah makanan berkanji dalam pemakanan dan menggantikan dengan sayur-sayuran.
 
14.  Gunakan bukan sumber makanan untuk mengatasi tekanan. Lambat-laun pasti anda akan rasa tertekan untuk mencapai sasaran. Sediakan diri anda untuk mengatasi tekanan dengan sumber bukan makanan seperti membaca novel, mendengar muzik, menulis rencana, melihat gambar orang yang tersayang dan sebagainya.
 
15.   Aktifkan diri. Pastikan diri anda aktif tetapi jangan paksa diri bersenam untuk mencapai sasaran. Buangkan segala pengaruh negatif dan tanamkan rasa semangat setiap kali membuat senaman. Tumpukan perhatian untuk kelihatan lebih sihat dan cergas.

TIP UNTUK MENJANA SEMANGAT

Adakah anda perlu tidur selama 12 jam sehari atau berlari marathon untuk menjana semangat dan tenaga? TIDAK, bukan??

Ini kerana sumber semangat dan tenaga yang paling besar ialah MINDA dan bukannya tubuh badan.

Berikut merupakan beberapa panduan bagi mengembalikan semangat dan tenaga agar dapat menjalani kehidupan lebih bermakna.
1. ANDA digalakkan menlakukan perkara-perkara baru sepanjang kehidupan. Walaupun pelbagai perkara telah berlaku, tetapi jarang yang berasakan perubahan itu sesuatu yang bermakna.
CUBALAH sesuatu yang baru, misalnya mengubah penampilan diri. Jika sebelum ini anda tidak begitu hiraukan bentuk badan, apa kata kali ini anda mengubahnya dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sesuai.
2.TETAPKAN matlamat seperti tempoh yang diperlukan untuk anda menurunkan berat badan.
3.ISIKAN masa yang terluang dengan melakukan aktiviti kecergasan seperti berjalan kaki, tai chi. Yoga dan sebagainya.
 4.ANDA juga boleh berubah sikap seperti memberi layanan yang lebih mesra buat pasangan. Jika sebelum ini anda sibuk dengan pelbagai urusan, kini tiba masanya anda menumpukan sepenuh perhatian buat pasangan anda.

26 Jul 2011

Umairah tengok apa tu?

Salam

Ahad lepas sewaktu temankan amalina ambil gambar di taman permainan tengok la apa yang umairah nampak




















17 Jul 2011

Cikton.com dapat BE!!

Salam untuk sahabat Cik Ton semua


Dah lama betul Cik Ton tak update apa-apa. Cik Ton sibuk sikit sekarang ni, tempahan tat dan karipap, mak Cik Ton pun ada kat rumah Cik Ton, kena pula temankan anak dara Cik Ton tu untuk ke sana sini mengambil gambar untuk projek beliau...ishh banyak alasan yang Cik Ton senaraikan ni untuk menyatakan betapa sibuknya Cik Ton ni he he.


Cik Ton akui terlalu lalu jarang menjenguk ke Nuffnang, orang lain kecoh dapat BE, ME, earning....Cik Ton cool je..tak ghairah nak jenguk.


Petang ni macam di paksa paksa pula untuk melihat dashboard acc Nuffnang Cik Ton, Ya Allah terkejut Cik Ton kerana ada 2 BE sedang berlangsung di blog CikTon.com dan dah ada satu yang dah jadi ME pun. 


Cik Ton tak sangka sangat-sangat blog Cik Ton menjadi pilihan kerana Cik Ton ni jarang luangkan masa untuk blog, tau jelah Cik Ton ni kerja ofis, sambil-sambil tu jual tart nenas dan karipap ( ishh macam nak senaraikan semula je alasan kesibukan Cik Ton ni..)


Cik Ton nak ucapkan terima kasih pada NUFFNANG kerana memberi peluang kepada blog CikTon.com.


Cik Ton jumpa untuk banyakkan blogwalking lepas ni.


Terima kasih sekali lagi untuk NUFFNANG dan pihak pengiklan.





10 Jul 2011

Ole-ole dari Bogor

Assalamualaikum

Dah banyak hari nak update pasal ole-ole dari Bogor ni, tapi kamera pulak buat hal, baru hari ni boleh guna, masa bibik balik itu hari, ada la jugak ole-ole yang dia bawa balik dari sana, Alhamdulillah dah 9 tahun dia berada bersama cik ton sekeluarga, setiap kali dia balik dari Bogor mesti ada ole-ole yang dia bawa dari kampung dia, dia bawa balik pulut yang ditumbuk,lontong yang ada inti bihun dan combrok (mcm bentuk cucur badak).
pulut tu dimasak dulu, lepas tu ditumbuk sampai halus dan dibungkus dengan daun pisang, macam bentuk kueh lopes. masa kita nak makan jugak dipotong bulat-bulat, kalau nak makan saja pun boleh, nak goreng pun boleh, cik ton lebih suka digoreng, selalunya cik ton suka cicah dengan sambal ikan bilis, tapi nak cicah dengan kari daging, serunding dan kuah kacang pun ok jugak, tapi kena makan masa panas-panas lepas digoreng baru lagi sedap.


Lontong yang ada inti bihun didalamnya dan combrok yang ada inti hampas tauhu. Lontong tu macam biasa la, cuma ada inti bihun goreng aje dalamnya, cik ton suka, lagi satu tu combrok, memang macam cucur badak cuma yang ini dibuat dari ubi kayu yang diparut sebenarnya dinamakan combrok sebab intinya menggunakan encom iatu hampas tauhu, lain la sikit dari rasa cucur badak sebab ubi kayu kan, tapi ok la.

Lagi bibik ada belikan kain batik dan kain batik panjang untuk cik ton, seperti selalu dia pasti akan beli ikan masin gabus, dulu cik ton tak tahu ikan apa tapi sedap ikannya, sampai satu hari tu kakak cik ton yang tinggal diBukit Merah tu makan, rupa-rupanya ikan gabus tu adalah ikan haruan.

Memasak

Assalamulaikum

Dah banyak hari cik ton tak update entry sebab tak tahu nak tulis apa, sabtu semalam sibuk sikit, pagi macam biasala pergi pasar, balik pasar tolong bibik simpan barang-barang yang dibeli dan tolong sidai baju, lepas sarapan cik ton mengemas semua majalah-majalah lama, cik ton ingat nak jual je semua majalah-majalah tu.

Habis kemas dalam pukul 12.30 am, cik ton terus la memasak, semalam masak mee kari, tiba-tiba adik talipon nak singgah rumah dari seremban rumah abang, plan asal nak ke kepong rumah kakak, sebab mak nak terus kesana, tapi jalan jam sebab ada perhimpunan ( syabas bersih) jadi mak transit dulu rumah cik ton sampai hari sabtu depan. Masa mak dan adik sampai rumah, ngam-ngam cik ton dah habis masak, macam biasa la adik beradik datang rumah mesti bersembang tak habis-habis punya, sembang pun mesti la pasal perhimpuan dalam masa tu suami pun balik dari kerja, lagi la rancak bersembang sebab tajuk nya semua serasi,dah tu sambil makan pulak, nasib baik mak cik ton kurang mendengar kalau tidak susah sikit sebab mak orang tegar umno, sambil-sambil tu cik ton rebus kacang hijau, sebab ada lebihan durian, jadi cik ton buat bubur kacang durian.

Sebelum adik cik ton ke Rembau sebab dia ada kerja disana, sempat la dia makan bubur kacang durian.
Lepas tu cik ton sibuk pulak buat karipap, ada orang order,kiranya semalam macam tak henti-henti memasak, sebab tengahari dah makan mee kari kan, jadi malam pulak anak-anak minta nak makan nasi, cik ton ingat nak goreng nasi, tapi suami tak nak pulak, kebetulan ada kerang lebih yang masukkan dalam mee kari tu, jadi cik ton buat la sambal kerang, sup sayur dan ikan goreng, kiranya semalam memang seharian masa didapur aje, sampaikan mak tanya" ape aje yang kamu buat didapur tu ton, tak berhenti-henti dari tadi" mak tengok....he...he.

Disebabkan semalam tak jadi masak nasi goreng, tadi tengahari cik ton buat nasi goreng....tak terkata apa suami....makan juga dia sampai bertambah, tapi bukan nasi goreng aje semata-mata, dalam nasi goreng ada isi ikan goreng, telur dan sayur, untuk sampingan pulak ada keropok goreng,timun, dan ikan bilis goreng.

Kiranya tenghari tadi memang relaks sikit la, disamping melayan mak berborak.

8 Jul 2011

Tazkirah

Bila al-Quran mula bersuara…


Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......


Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan


Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku
(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Begitu mengasyikkan.


Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca facebook dan chatting sahaja


Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam almari mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu...........


Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suciYang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu


Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.


Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai


Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


****Sama-sama kita mengambil iktibar!!

Nukilan Suzana Gha

3 Jul 2011

Ambil report kad

Assalamulaikum

Semalam masa sekolah ain buat larian 1 Malaysia, sekolah umairah pulak buat Hari Usahawan dan hari kena ambil report kad, syukur Alhamdulillah untuk dua-dua sekolah Umairah masih maintain pencapaiannya, walaupun sekolah kebangsaan agak menurun sikit tapi masih lagi dalam peratus yang baik.

Komen cikgu macam biasa la, cuma tahun ni komen tentang suka berborak tak ada pulak, mungkin sebab umairah tak sempat nak berborak kut sebab dah jadi pengawas, kalau tidak setiap tahun, setiap guru yang menjadi cikgu kelas umairah pasti akan komen yang sama...iaitu.."umairah ni, puan suka berborak"tapi tahun ni ada komen baru " Umairah ni garang jugak orangnyer"  ha..ha...gelihati cik ton sebab komen ni hanya dia seorang je yang dapat dalam 3 beradik.

Disamping tu pihak sekolah jugak buat bermacam-macam acara










Minum Petang

Assalamulaikum

Petang ni sambil layan ulangan Maharaja Lawak,..





cik ton goreng karipap dan buat teh panas, minum petang dgn suami dan anak-anak.

2 Jul 2011

Kerana Kuku

1.Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi . Jika kesemua jari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkan dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Oleh yang demikian, potonglah kuku anda.

2.Jangan ada niat untuk menyimpan kuku panjang walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelengkeng. Bagi orang islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian. Ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


3.Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


SUMBER MAJALAH MIDI.

LinkWithin