27 Jul 2011

15 TIP DIET YANG PERLU ANDA TAHU

1.   Minum banyak air putih. Ramai orang keliru antara dahaga dan lapar. Anda perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air putih sehari. Buat permulaan jika anda ‘muak’ minum air putih, boleh perahkan buah-buahan seperti tembikai, oren dan mangga di dalamnya atau masukkan teh berperisa pic atau strawberi yang memberi perisa tetapi tidak kalori.
 
2 .  Fikirkan apa yang anda boleh tambahkan dalam diet, bukan apa yang anda perlu ambil. Mula tumpukan dengan cadangan pemakanan lima hingga Sembilan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Ini mungkin kedengarana agak keterlaluan tetapi berbaloi, kerana pada masa sama anda mencapai sasaran menikmati kandungan serat yang sepatutnya dan jumlah makanan yang perlu diambil. Buah-buahan dan sayur-sayuran ini bukan sahaja diambil begitu sahaja tetapi perlu ditambahkan dalam semua jenis pemakanan seperti sup, salad, lauk-pauk, sandwich dan sebagainya.
 
3.   Apabila terasa lapar. Lihat pada tanda fizikal ketika lapar.Apabila perut merasa lapar secara tidak langsung mesej itu akan disampaikan ke otak yang memberitahu apa yang perlu anda makan. Jadi apabila makan tanpa rasa lapar anda mungkin akan menikmatinya kerana makan tanpa lapar tidak akan merasa kekenyangan sebaliknya letih.
 
4.   Pilih makanan selepas makan malam. Kalau boleh cuba elakkan makan lagi selepas makan malam. Memang selepas makan malam anda akan duduk menonton televisyen, lebih seronok menonton kalau dapat mengunyah biskut ataupun kerepek bersama minuman ringan. Ia adalah tabiat tidak baik apabila makan tanpa rasa keinginan untuk makan. Sebaik-baiknya selepas makan malam tutup dapur anda untuk dikunjungi kecuali untuk minum air.
 
5.   Menikmati makanan kegemaran. Daripada anda menikmati makan yang tidak sukai lebih baik menikmati makanan yang anda gemar makan tetapi mengurangkan jumlahnya. Jika selalunya anda membeli satu tin biskut kurangkan dengan membeli yang dibungkus dengan plastik sahaja.  
 
6.   Menikmati makanan luar dari rumah. Apabila teringin makan sebaik-baiknya makan di luar rumah kerana tiada peluang ‘menambah’ makanan. Jika makan ais krim di luar anda mungkin hanya makan satu sudu sahaja tetapi apabila makan di rumah mungkin anda boleh makan hampir satu kotak ais krim. Anda perlu menguatkan hati jika ingin mengurangkan berat badan. Penuhkan peti ais anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja.
 
7.    Jika anda makan dan kemudian membakar kalori tersebut maka hasrat menurunkan berat badan pasti boleh berlaku. Tetapi, jika anda sentiasa lapar dan perlukan makanan, menurunkan berat badan pasti mencabar. Kajian menunjukkan orang yang makan empat hingga lima hidangan setiap hari mampu mengawal selera dan berat badan mereka. Anda boleh membahagikan keperluan kalori setiap hari dalam jumlah yang kecil dan makan dengan berhemah.
 
8.    Protein lebih memuaskan berbanding karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak protein dan kurangkan karbohidrat ditambah dengan senaman yang konsisten merupakan jalan paling mudah menurunkan berat badan. Protein yang cukup dalam badan membantu mengekalkan otot dan menggalakkan pembakaran lemak juga mengenyangkan. Sumber protein yang sihat adalah seperti yogurt, keju, kekacang dan sebagainya.     
 
9.   Tambahkan rempah atau cili dalam makanan untuk lebih rasa. Makanan yang penuh dengan rasa akan merangsang lidah untuk lebih puas hati dan anda tidak akan makan dengan banyak. Apabila anda perlukan yang manis, makan gula-gula yang tidak mempunyai banyak kalori. 
 
10.  Simpan hanya makanan sihat di rumah. Makan makanan yang sedia dimakan akan memusnahkan segala usaha menurukan berat badan. Anda mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pizza yang dihantar ke rumah tetapi kesannya akan memudaratkan diri. Hanya beberapa minit sahaja masa juga diperlukan untuk menyediakan salad yang ringkas, mudah tetapi mengenyangkan.    
 
11.   Menempah makanan kanak-kanak. Banyak restoran menyediakan makanan untuk kanak-kanak. Jumlah yang selalunya disediakan lebih kecil daripada orang dewasa. Anda tidak perlu malu menempah hidangan kanak-kanak ini demi menjayakan misi anda. Satu lagi anda mungkin boleh menggunakan pinggan yang lebih kecil berbanding biasa. Apabila menggunakan pinggan yang lebih kecil anda tidak mungkin boleh mengambil makanan dengan banyaknya.
 
12.   Makan mengikut musim. Jika anda tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran cuba makan mengikut musim. Apabila melihat ramai orang makan membuatkan anda lebih berselera menikmatinya. Misalnya jika musim orang makan buah kiwi dan melihat ramai yang
sedang memilih buah tersebut di pasar raya secara tidak langsung anda juga lebih berminat membelek buah tersebut dan membelinya.
 
13.  Gantikan secawan pasta dengan secawan sayur-sayuran. Lebihkan makan sayur-sayuran dan gantikan pasta yang menyelerakan itu dengan sayur-sayuran. Anda boleh berjimat 100-200 kalori jika mengurankan jumlah makanan berkanji dalam pemakanan dan menggantikan dengan sayur-sayuran.
 
14.  Gunakan bukan sumber makanan untuk mengatasi tekanan. Lambat-laun pasti anda akan rasa tertekan untuk mencapai sasaran. Sediakan diri anda untuk mengatasi tekanan dengan sumber bukan makanan seperti membaca novel, mendengar muzik, menulis rencana, melihat gambar orang yang tersayang dan sebagainya.
 
15.   Aktifkan diri. Pastikan diri anda aktif tetapi jangan paksa diri bersenam untuk mencapai sasaran. Buangkan segala pengaruh negatif dan tanamkan rasa semangat setiap kali membuat senaman. Tumpukan perhatian untuk kelihatan lebih sihat dan cergas.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin