28 Jul 2011

Bagaimana Cara Bersyukur?

1. Syukur Dengan Hati
 
 Syukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperoleh adalah semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Ilahi. Syukur dengan hati mengajar manusia untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa merungut dan keberatan biarpun kecilnya nikmat tersebut.
 
 Syukur ini juga mengharuskan yang bersyukur menyedari betapa besar kemurahan dan kasih sayang Ilahi sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepadaNYA. Qarun yang mengingkari kekayaannya atas bantuan Ilahi, menegaskan bahawa kekayaan itu diperolehi semata-mata kerana kemampuannya, dinilai oleh Al-Quran sebagai kafir atau tidak mensyukuri nikmatNYA.
 
 Seorang yang bersyukur dengan hatinya, saat ditimpa malapetaka pun boleh jadi dapat memuji Tuhan, bukan atas malapetaka itu, tetapi kerana terbayang olehnya bahawa yang dialaminya pasti lebih kecil dari kemungkinan lain yang dapat terjadi.
 
 Sujud syukur adalah perwujudan dari kesyukuran dengan hati yang dilakukan saat hati dan fikiran menyedari betapa besar nikmat yang dianugerahkan Allah.
 
 
2. Syukur Dengan Lidah
 
  Syukur dengan lidah adalah mengakui, dengan ucapan bahawa segala sumber  nikmat dari Allah, lantas melafazkan kalimah agung ALHAMDULILLAH. Kita akan merasakan bahawa segala pujian adalah hak Allah. Atas sebab itu jika kita mendapat pujian, selain tersenyum, perasaan akan mengucapkan Alhamdulillah tanda Allah lebih layak untuk menerima pujian.
 
3. Syukur Dengan  Perbuatan
 
 Allah berfirman dalam surah Ibrahim “ Apabila kamu bersyukur maka aku akan tambah nikmatku”
 
 Betapa nikmat Allah tidak terhitung, setiap jengkal tanah dibumi, setiap titisan hujan, setiap hembusan angin diudara adalah diciptakan untuk makhluk yang bernama manusia dan dimanfaatkan oleh manusia..

 Maka kita sebagai hamba perlu taat pada perintahNYA, kita berusaha dengan takwa, berkerja dengan amanah, tidak mengambil yang bukan hak, itu juga tanda bersyukur dengan perbuatan. Tanda kita berterima kasih dengan Allah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Semoga amalan syukur kita diterima Allah.
 
 
SUMBER MAJALAH HARMONI

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin