10 Jul 2011

Ole-ole dari Bogor

Assalamualaikum

Dah banyak hari nak update pasal ole-ole dari Bogor ni, tapi kamera pulak buat hal, baru hari ni boleh guna, masa bibik balik itu hari, ada la jugak ole-ole yang dia bawa balik dari sana, Alhamdulillah dah 9 tahun dia berada bersama cik ton sekeluarga, setiap kali dia balik dari Bogor mesti ada ole-ole yang dia bawa dari kampung dia, dia bawa balik pulut yang ditumbuk,lontong yang ada inti bihun dan combrok (mcm bentuk cucur badak).
pulut tu dimasak dulu, lepas tu ditumbuk sampai halus dan dibungkus dengan daun pisang, macam bentuk kueh lopes. masa kita nak makan jugak dipotong bulat-bulat, kalau nak makan saja pun boleh, nak goreng pun boleh, cik ton lebih suka digoreng, selalunya cik ton suka cicah dengan sambal ikan bilis, tapi nak cicah dengan kari daging, serunding dan kuah kacang pun ok jugak, tapi kena makan masa panas-panas lepas digoreng baru lagi sedap.


Lontong yang ada inti bihun didalamnya dan combrok yang ada inti hampas tauhu. Lontong tu macam biasa la, cuma ada inti bihun goreng aje dalamnya, cik ton suka, lagi satu tu combrok, memang macam cucur badak cuma yang ini dibuat dari ubi kayu yang diparut sebenarnya dinamakan combrok sebab intinya menggunakan encom iatu hampas tauhu, lain la sikit dari rasa cucur badak sebab ubi kayu kan, tapi ok la.

Lagi bibik ada belikan kain batik dan kain batik panjang untuk cik ton, seperti selalu dia pasti akan beli ikan masin gabus, dulu cik ton tak tahu ikan apa tapi sedap ikannya, sampai satu hari tu kakak cik ton yang tinggal diBukit Merah tu makan, rupa-rupanya ikan gabus tu adalah ikan haruan.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin