17 Aug 2011

10 cara jaga keselamatan anak ketika makan

Aidilfitri memang menyeronokkan terutamanya bila berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang jarang ditemui pada hari kebiasaan. Kanak-kanak lazimnya tidak sabar untuk menjamah makanan yang ada didepan mata. Namun dalam ralit menikmati keenakannya keselamatan sikecil tidak wajar dilupakan. Berikut adalah 10 tip mengajar anak makan dengan tertib sepanjang syawal.

1.    Minuman berkarbonat cukup popular apabila menjelang musim perayaan. Namun ibu bapa perlu ingat bahawa minuman jenis ini kurang sesuai untuk kana-kanak lantaran kandungan gulanya yang tinggi. Kesihatan kanak-kanak juga boleh terjejas khususnya jika mengambilnya pada kadar yang melampau.

2.    Selain itu hari raya turut sinonim dengan penyediaan minuman sejuk yang mengandungi banyak ketul ais. Pastikan kanak-kanak tidak mengambilnya terlalu banyak terutama sewaktu cuaca panas terik. Jika dia bertegas, elakkan daripada memberinya lebih daripada segelas. Berikan dia minum banyak air masak.

3.   Kanak-kanak tentu seronok apabila berpeluang ke hulu dn ke hilir pada hari raya. Namun pergerakannya yang aktif disamping cuaca panas sedikit sebanyak membuatkan dia kehilangan banyak air akibat berpeluh, oleh itu bekalkanlah dia sebotol air mineral sebelum dia keluar dari rumah.

3.   Setiap rumah yang dikunjungi pasti menghidangkan beraneka juadah menarik. Lantaran tiu, ingatkanlah anak agar tidak makan terlalu banyak ketika berkunjung kesesebuah rumah. Nasihatilah dia supaya makan cuma pada kuantiti yang sedikit agar tidak memudaratkan kesihatannya. Jelaskan juga bahawa dia mungkin mengalami sakit perut jika makan terlampau kenyang.

5.   Kanak-kanak biasanya tidak tahan dengan hidangan berempah yang pedas. Oleh itu, ingatkan ida agar bijak memilih makanan yang bersesuaian dengan dirinya. Nasihatilah agar tidak mengambil begitu banyak makanan berminyak. Selain itu, pastikan juga anak tidak makan makanan yang boleh mengakibatkan alahan.

6.   Sebelum menjamah makanan, minta anak agar meninjau terlebih dahulu makanan tersebut. Pastikan makanan berada dalam keadaan bersih, selamat dan tidah dihinggapi lalat. Elakkan anak daripada menikmati makanan basi mahupun yang telah lama terdedah tanpa ditutup.

7.   Mintalah anak makan mahupun minum dalam keadaan yang sopan dan tertib. Jika anda melihat dia menikmati hidangan secara gelojoh, tegurlah dia. Ini penting agak kanak-kanakk tidak tercekik ataupun tersedak ketika makan. Selain itu penjagaan tingkah laku pada masa tersebut juga perlu agar makanan tidak tumpah dan berselerak.

8.   Sewaktu mengadakan kunjungan, elakkan daripada membenarkan anak menggunakan bekas piring, gelas, cawan, sudu ataupun garpu yang telah dipakai oleh orang lain. Pastikan dia menggunakan peralatan pinggan mangkuk yang bersih dan tidak berkongsi dengan orang lain, terutamanya bersama individu yang tidak dikenali.

9.   Sebelum menjamah biskut, kerepek mahupun hidangan lain, ingatkan anak agar membasuh tangan terlebih dahulu. Lazimnya kanak-kanak suka memegang pelbagai benda dan kurang menghiraukan aspek kebersihan. Walaupun tampak remeh ia penting agar kuman gagal masuk kedalam tubuhnya.

10.  Semasa hari raya, kanak-kanak juga acapkali dijamukan dengan bermacam bentuk coklat mahupun gula-gula. Menikmatinya secara berlebihan tidak begitu baik untuk kanak-kanak, oleh itu awasilah dia. Selain itu pujuklah dia agar tidak mengambilnya terlampau banyak.


(SUMBER DARI MAJALAH KELUARGA)

11 Aug 2011

Penyediaan Ubat Menggunakan Kurma

Salam

Tentu sepanjang ramadhan ni, buah kurma mesti wajib ada atas mejakan, jadi sepanjang bulan ini kita semua pasti mendapat pahala insyaAllah kerana mengikut sunnah Nabi berbuka dengan menjamah buah kurma dahulu.

Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia. Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.



i. Mengubati tenaga batin

Ramuan:

Kurma kering dan susu segar

Cara penyediaan:

Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.


ii. Mengubati gastrik

Ramuan:

Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli

Cara penyediaan:

Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu akan berkurangan.


Petua dan Larangan Penggunaan Kurma

Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa larangan dalam pengambilannya.

Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.


Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.

Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:

“Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”

(Sahih Muslim: no 3809)

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran.








6 Aug 2011

PETUA

*Bawang besarkan kurangkan masin masakan. Kadang-kadang apabila kita memasak, ada kalanya kita terlebih memasukkan garam dan hasilnya masakan menjadi terlalu masin. Keadaan ini menyebabkan masakan tidak enak. Jika kita berhadapan dengan masalah ini apa kata anda potong bawang besar sebanyak tiga atau empat labu dan masukkan ke dalam masakan berkenaan. Insya-Allah rasa masin akan berkurangan dan masakan menjadi lebih enak.

*Cengkih harumkan nasi.
Nasi yang enak dan harum baunya pasti disukai ahli keluarga. Apa kata anda mencuba petua ini untuk membuatkan nasi dirumah bertambah enak. Sebaik sahaja selesai mencuci beras, masukka beberapa kuntum bunga cengkih da secubit gara ke dalam beras yang nak ditanak, kemudia tanaklah seperti biasa dan anda akan dapat hasilnya beras dihidang berbau harum dan juga putih bersih.

*Asam gelugur hilangkan pahit mengkudu dan betik
Pucuk mengkudu dan pucuk betik memang sedap dimakan sebagai ulam atau dijadikan kerabu. Namun tidak rami yang tahan dengan rasanya yang pahit walaupun sudah dicelur. Bagi membuang rasa pahit, sewaktu mencelur pucuk mengkudu atau betik, masukkan tiga hingga empat keping asam gelugur kedalam air rebusan, apabila pucuk-pucuk tersebut betul-betul layu toskan airnya. Anda akan dapati rasa pahit itu hilang dan boleh memakannya seperti biasa. Sesuai untuk dibuat ulam atau pun lebih sedap dibuat gulai lemak serta kerabu.

*Kekalkan kesegaran udang.
Makanan laut seperti udang dan sotong memang sedap dimakan samaada dibakar atau digoreng kunyit. Terdapat cara untuk mengekalkan kesegaran udang yang berlebihan iaitu setelah anda membersih dan membuang kulit udang, gaulkan udang dengan gula kasar. Kemudian simpan elok-elok dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk. Cara ini pastinya dapat mengekalkan kesegaran udang dan mengelakkan dari berbau.

*Kekalkan kesegaran halia
Halia adalah salah satu daripada herba dalam bahan masakan masyarakat kita. Bagaimanapun kesegaran halia tidak tahan lama dan cepat mengecut serta kering. Cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan menanam halia dalam tanah dan siram setiap hari. Apabila menggunakanya, ambillah secukupnya sahaja. Dengan kaedah yang mudah ini halia sentiasa segar dan secara tidak langsung anda turut mempunyai pokok halia di rumah.

*Hilangkan ulat dan tanah dari sayuran
Sayura adalah antara menu sampingan dalam setiap hidangan. Bagaimana pun apabila kita membeli sayuran di pasar pastinya tidak terlepas dengan masalah sama ada ulat atau tanah. Ada cara untuk menghilangkan masalah ini iaitu dengan memasukkan cuka ke dalam air dan rendam sayuran seketika didalamnya. Setelah itu anda akan dapati sayuran telah bersih daripada tanah ataupun ulat.



(SUMBER DARI Seri Dewi & Keluarga)

3 Aug 2011

10 tip Menangani Berbelanja Di Musim Perayaan

      Setiap kali tibanya musim perayaan, kita pasti akan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuk membeli pakaian baru, perhiasan rumah serba baru dan menyajikan hidangan yang enak. Fenomena ini seolah-olah menjadi satu kemestian bagi masyarakat kita sejak dahulu lagi.
      Kita haruslah bijak menangani perbelanjaan agar tidak berdepan dengan beban kewangan selepas musim perayaan berakhir. Sebelum membeli belah ada beberapa perkara yang perlu kita tahu dan diberi perhatian.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Rancang dan senarai barangan.
        Senarai barangan ini penting bagi memudahkan urusan pembelian ketika berada di pasar raya kelak. Selain menjimatkan masa, ia juga boleh mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan.

2. Elak membeli secara spontan
         Biarpun anda sering berkunjung ke pasar raya, elakkan daripada membeli barangan secara spontan. Walaupun ia nampak menarik di mata, fikirkan secara mendalam akan kepentingannya sebelum membuat keputusan.

3. Ikut kemampuan & jangan bersaing
         Usah terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda. Tahap kewangan dan tanggungan kita sememangnya berbeza. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan menunjuk-nunjuk. Istilah dengki atau bersaing harus dibuang agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

4. Elakkan berhutang
         Ramai yang gemar berhutang terutamanya ketika membeli perabot dan perhiasan rumah. Sikap ini haruslah dihentikan kerana dikhuatiri anda gagal untuk melunaskannya dalam masa terdekat.

5. Guna kad kredit secara bijak
         Penggunaan kad kredit sememangnya selamat tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak. Namun berhati-hati menggunakannya. Pastikan jumlah perbelajaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan anda. Seterusnya wajibkan diri anda untuk melangsaikan hutang kad kredit tersebut pada keesokkan hari bagi mengelakkan dikenakan caj perkhidmatan.

6. Beli ikut kesesuaian
       Bagi pakaian anak-anak, beli dalam saiz yang besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian tersebut juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak.

7.  Jangan terpengaruh dengan iklan
       Apabila musim perayaan, iklan juga bermaharajalela. Ketika ini pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan. Kenal pasti terlebih dahulu akan kepentingannya sebelum membeli.

8.  Ganti perhiasan yang perlu sahaja
         Perabot, langsir, permaidani dan cat merupakan antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun, tidak semua perhiasan ini harus dibuang selagi ia masih kelihatan cantik. Gunakann kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik misalnya menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

9. Usah terlalu teruja membeli juadah raya
         Ketupat, rendang, biskut , kek dan sebagainya merupakan menu wajib yang sering disajikan di Hari Raya. Namun elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah ini secara berlebihan sehingga berlaku pembaziran.

10. Jangan masak berlebihan
         Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segara terutamanya ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka-sangka.


(SUMBER DARI HARMONI)

2 Aug 2011

Petua

Santan Tahan Lama
Menjaga kesegaran santan amat sukar. Jika dibiarkan terlalu lama terdedah, santan cepat masam. Untuk menjaga agar tahan lama. Caranya perah kelapa yang telah dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api sederhana sehingga agak-agak pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan ditempat yang tidak mudah kena air. Santan akan bertahan selama dua hingga tiga hari.

Taugeh tahan lama
Taugeh adalah sayuran murah dan mudah untuk dimasak. Tapi mencari taugeh yang segar adalah sukar. Adakalanya taugeh sudah layu walaupun masih dikedai.  Bagi mengekalkan kesegaran taugeh ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potongan limau tersebut ke dalam taugeh yang telah direndam dalam air. Hasilnya taugeh akan tetap segar dan anda boleh memasaknya.

Menghilangkan lendir ubi keladi
Masak asam keladi memang digemari ramai. Tapi untuk menyediakannya cukup rumit. Lebih-lebih lagi ubinya bila terkena air akan mengeluarkan lendir. Untuk mengelak masalah itu kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampur dengan satu sudu teh kapur(makan)sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah.

Mengurangkan pahit peria
Buah peria baik untuk kesihatan, tapi rasa pahitnya barangkali akan menyekat selera kita. Pahit peria boleh dikurangkan. Hiris buah peria mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minti, selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum memasak. Hasilnya nanti buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit lagi apabila dimakan.



(SUMBER DARI SERI DEWI& KELUARGA)

1 Aug 2011

Buka puasa hari pertama

Salam

Petang ni untuk berbuka cik ton masak satu jenis lauk je...rendang ayam....cik ton rebus telus asin dan goreng ikan bilis tamban...tadi pergi jap pasar ramadhan, umairah ajak dia beli air soya, roti jala dan kuih tepung pelita, kalau tak beli nanti merajuk pulak, makannya belum tentu habis..tapi biasala kan budak-budak masa perut tengah lapar semua nampak sedap, tapi tak kata budak-budak, orang dewasa pun sama....

Kepada semua sahabat-sahabat masa yang cik ton hormati dan sayangi....

SELAMAT BERBUKA.....

7 cara naikkan selera makan anak

Bukan mudah melayan anak kecil. Sesekali tindak tanduknya yang tidak menentu membuatkan hati ayah dan ibu panas seketika. Kadan kala mengajaknya makan pun agak sukar. Apatah lagi jika 'mood' si kecil ketika itu kuang baik. Bagaimanapun, jangan bimbang kerana beberapa tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu meningkatkan selera si kecil.

1.   Sediakan hidangan menarik berwarna-warni
Kanak-kanak pra sekolah lazimnya cepat berasa bosan. Namun, mereka mudah tertarik dengan sesuatu yang bersifat berwarna-warni. Melihat lauk-pauk seperti sayuran yang beraneka warna membuatkan mereka tidak sabar menikmatinya. Warna yang ceria dan menarik mampu merangsang selera makan si kecil.

2.   Variasikan resepi dan hidangan
Menikmati hidangan yang sama setiap kali berada di meja makan tentu membosankan. Malah selera juga turut menyusut perlahan-lahan. Lantaran itu, sediakanlah lauk-pauk yang berbeza setiap hari. Jika hari ini makanan yang dihidangkan ikan masak lemak dengan sayur bayam, ubahlah menu untuk hari-hari seterusnya seperti daging masak kicap dan sup sayur. Resepi yang sama saban hari boleh menrencatkan selera makan kanak-kanak.

3.    Kreatif dalam masakan
Kadang-kala kanak-kanak amat cerewet dalam memilih makanan. Ada yang menolak kobis. Malah tidak kurang juga yang mengelak daripada menjamah sesetengah jenis makanan laut. Lantaran itu ibubapa perlu bijak apabila berhadapan dalam situasi begini. Seandainya dia tidak menggemari sawi, campurkanlah sayur tersebut dengan bahan-bahan lain seperti lobak merah dan cendawan. Ini dapat meningkatkan selera si kecil.

4.   Sediakan hidangan dalam bentuk yang sesuai
Kanak-kanak khususnya yang masih di pra sekolah belum bijak sepenuhnya mengunyah makanan seperti orang dewasa. Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang gemar memotong pendek, nipis dan kecil bahan-bahan dalam masakan seperti daging mahupun sayuran menimbulkan kesukaran kepadanya. Ini secara tidak langsung boleh melenyapkan selera makan kanak-kanak.

5.    Menjamu selera di ruang makan
Menjauhi televisyen sewaktu menikmati hidangan adalah langkah yang wajar dipraktikkan bagi meningkatkan selera makan si kecil. Ruang makan merupakan tempat paling sesuai untuk menjamu selera. Namun, elakkan daripada meletakkan televisyen diruang tersebut kerana ini boleh menarik tumpuan si kecil secara tidak langsung, kanak-kanak tidak dapat menikmati keenakkan hidangan sepenuhnya.

6.   Elakkan makanan terlampau panas
Dalam usia kanak-kanak yang terlalu muda, lidahnya masih belum cukup kuat untuk menahan kepanasan makanan. Oleh itu, pastikan makanan yang diberikan kepadanya tidak terlalu panas sehingga boleh membantutkan keinginnya untuk makan.

7.   Hidangkan buah-buahan dengan cara menarik
Terdapat segelintir kanak-kanak yang kurang menggemari buah-buahan. Pelbagai jenis buah seperti epal dan betik mampu memberikan khasiat kepada kanak-kanak. Bagi menarik minatnya, sediakan buah-buahan tersebut dalam bentuk yang digemarinya. Bentukkan buah tersebut dengan ukiran yang ringkas tetapi bersesuaian dengan minat si kecil.


(SUMBER DARI KELUARGA)

Salam Ramadhan

Assalamualaikum
Kepada semua sahabat-sahabat blog dan semua kawan-kawan yang sudi mengikuti blog cik ton selama ini, cik ton ucapkan Selamat Berpuasa dan cik ton mohon ampun dan maaf andai ada salah silap.

TIPS RAMADHAN 

Dalam menjalankan aktiviti seharian hampir semua kegiatan boleh dilakukan dengan mudah walau di mana pun dan pada bila-bila masa dan dengan siapa pun. Namun ia berbeza ketika berada dalam bulan Ramadhan, selain tidak makan dan minum kerana berpuasa, ada hal-hal lian yang harus dihindari seperti bergosip, berprasangka buruk, dengki sampai berbohong. Namun seharusnya hal-hal buruk itu tidak hanya dihindari pada bulan puasa sahaja, tapi juga diluar bulan puasa.

Namun dibulan Ramadhan ini, alangkah baiknya jika hal-hal negatif yang masih menyelimuti diri dibuang jauh-jauh sehingga dalam menjalani ibadah puasa, hati kita sudah bersih dan fokus untuk menjalani puasa. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan diri agar dalam menjalankan ibadah puasa, tidak ada lagi perasaan mengganjal di hati antaranya :

*   Pengendalian diri memegang kendali dalam diri kita masing-masing dalam menjalankan ibadah puasa, dimana kita harus sering mengingatkan bahawa kita sedang berpuasa dan jika perasaan ingin marah atau kesal akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan fikiran ke arah yang bersifat santai, seperti mendengar ceramah radio, membaca al-Quran atau yang lebih baik melakukan solat sunat.

*   Kebiasaan bergosip atau sekadar bersembang disela-sela waktu luang, sebaliknya jangan dilakukan selama menjalani puasa, salah-salah nanti boleh merosakkan pahala puasa.

*   Melakukan introspeksi diri untuk merenungi hal-hal yang sudah kita perbuat selama 11 bulan kebelakangan. Di mana semua kelakuan yang kita lakukan pasti ada maksud yang terkandung di dalamnya, sama ada kelakuan baik atau buruk.

*   Jika anda memiliki masalah dengan kawan-kawan sehingga tidak bertegur sapa, dibulan Ramadhan ini cubalah untuk saling sekadar melemparkan senyuman atau sekadar menyatakan selamat berbahagia agar suasana hati sedikit menjadi cair. Dengan begitu, anda boleh tahu apakah dia memberi respon positif atau negatif.

*    Jika biasanya di waktu istirahat anda dan teman-teman pergi makan siang bersama, di bulan puasa ini lebih baik mendengarkan siraman rohani atau mengaji, selain mengisi waktu istirahat, pahala pun semakin mengalir.


(Sumber dari Harakah)

LinkWithin