17 Aug 2011

10 cara jaga keselamatan anak ketika makan

Aidilfitri memang menyeronokkan terutamanya bila berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang jarang ditemui pada hari kebiasaan. Kanak-kanak lazimnya tidak sabar untuk menjamah makanan yang ada didepan mata. Namun dalam ralit menikmati keenakannya keselamatan sikecil tidak wajar dilupakan. Berikut adalah 10 tip mengajar anak makan dengan tertib sepanjang syawal.

1.    Minuman berkarbonat cukup popular apabila menjelang musim perayaan. Namun ibu bapa perlu ingat bahawa minuman jenis ini kurang sesuai untuk kana-kanak lantaran kandungan gulanya yang tinggi. Kesihatan kanak-kanak juga boleh terjejas khususnya jika mengambilnya pada kadar yang melampau.

2.    Selain itu hari raya turut sinonim dengan penyediaan minuman sejuk yang mengandungi banyak ketul ais. Pastikan kanak-kanak tidak mengambilnya terlalu banyak terutama sewaktu cuaca panas terik. Jika dia bertegas, elakkan daripada memberinya lebih daripada segelas. Berikan dia minum banyak air masak.

3.   Kanak-kanak tentu seronok apabila berpeluang ke hulu dn ke hilir pada hari raya. Namun pergerakannya yang aktif disamping cuaca panas sedikit sebanyak membuatkan dia kehilangan banyak air akibat berpeluh, oleh itu bekalkanlah dia sebotol air mineral sebelum dia keluar dari rumah.

3.   Setiap rumah yang dikunjungi pasti menghidangkan beraneka juadah menarik. Lantaran tiu, ingatkanlah anak agar tidak makan terlalu banyak ketika berkunjung kesesebuah rumah. Nasihatilah dia supaya makan cuma pada kuantiti yang sedikit agar tidak memudaratkan kesihatannya. Jelaskan juga bahawa dia mungkin mengalami sakit perut jika makan terlampau kenyang.

5.   Kanak-kanak biasanya tidak tahan dengan hidangan berempah yang pedas. Oleh itu, ingatkan ida agar bijak memilih makanan yang bersesuaian dengan dirinya. Nasihatilah agar tidak mengambil begitu banyak makanan berminyak. Selain itu, pastikan juga anak tidak makan makanan yang boleh mengakibatkan alahan.

6.   Sebelum menjamah makanan, minta anak agar meninjau terlebih dahulu makanan tersebut. Pastikan makanan berada dalam keadaan bersih, selamat dan tidah dihinggapi lalat. Elakkan anak daripada menikmati makanan basi mahupun yang telah lama terdedah tanpa ditutup.

7.   Mintalah anak makan mahupun minum dalam keadaan yang sopan dan tertib. Jika anda melihat dia menikmati hidangan secara gelojoh, tegurlah dia. Ini penting agak kanak-kanakk tidak tercekik ataupun tersedak ketika makan. Selain itu penjagaan tingkah laku pada masa tersebut juga perlu agar makanan tidak tumpah dan berselerak.

8.   Sewaktu mengadakan kunjungan, elakkan daripada membenarkan anak menggunakan bekas piring, gelas, cawan, sudu ataupun garpu yang telah dipakai oleh orang lain. Pastikan dia menggunakan peralatan pinggan mangkuk yang bersih dan tidak berkongsi dengan orang lain, terutamanya bersama individu yang tidak dikenali.

9.   Sebelum menjamah biskut, kerepek mahupun hidangan lain, ingatkan anak agar membasuh tangan terlebih dahulu. Lazimnya kanak-kanak suka memegang pelbagai benda dan kurang menghiraukan aspek kebersihan. Walaupun tampak remeh ia penting agar kuman gagal masuk kedalam tubuhnya.

10.  Semasa hari raya, kanak-kanak juga acapkali dijamukan dengan bermacam bentuk coklat mahupun gula-gula. Menikmatinya secara berlebihan tidak begitu baik untuk kanak-kanak, oleh itu awasilah dia. Selain itu pujuklah dia agar tidak mengambilnya terlampau banyak.


(SUMBER DARI MAJALAH KELUARGA)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin