2 Aug 2011

Petua

Santan Tahan Lama
Menjaga kesegaran santan amat sukar. Jika dibiarkan terlalu lama terdedah, santan cepat masam. Untuk menjaga agar tahan lama. Caranya perah kelapa yang telah dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api sederhana sehingga agak-agak pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan ditempat yang tidak mudah kena air. Santan akan bertahan selama dua hingga tiga hari.

Taugeh tahan lama
Taugeh adalah sayuran murah dan mudah untuk dimasak. Tapi mencari taugeh yang segar adalah sukar. Adakalanya taugeh sudah layu walaupun masih dikedai.  Bagi mengekalkan kesegaran taugeh ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potongan limau tersebut ke dalam taugeh yang telah direndam dalam air. Hasilnya taugeh akan tetap segar dan anda boleh memasaknya.

Menghilangkan lendir ubi keladi
Masak asam keladi memang digemari ramai. Tapi untuk menyediakannya cukup rumit. Lebih-lebih lagi ubinya bila terkena air akan mengeluarkan lendir. Untuk mengelak masalah itu kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampur dengan satu sudu teh kapur(makan)sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah.

Mengurangkan pahit peria
Buah peria baik untuk kesihatan, tapi rasa pahitnya barangkali akan menyekat selera kita. Pahit peria boleh dikurangkan. Hiris buah peria mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minti, selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum memasak. Hasilnya nanti buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit lagi apabila dimakan.



(SUMBER DARI SERI DEWI& KELUARGA)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin