6 Aug 2011

PETUA

*Bawang besarkan kurangkan masin masakan. Kadang-kadang apabila kita memasak, ada kalanya kita terlebih memasukkan garam dan hasilnya masakan menjadi terlalu masin. Keadaan ini menyebabkan masakan tidak enak. Jika kita berhadapan dengan masalah ini apa kata anda potong bawang besar sebanyak tiga atau empat labu dan masukkan ke dalam masakan berkenaan. Insya-Allah rasa masin akan berkurangan dan masakan menjadi lebih enak.

*Cengkih harumkan nasi.
Nasi yang enak dan harum baunya pasti disukai ahli keluarga. Apa kata anda mencuba petua ini untuk membuatkan nasi dirumah bertambah enak. Sebaik sahaja selesai mencuci beras, masukka beberapa kuntum bunga cengkih da secubit gara ke dalam beras yang nak ditanak, kemudia tanaklah seperti biasa dan anda akan dapat hasilnya beras dihidang berbau harum dan juga putih bersih.

*Asam gelugur hilangkan pahit mengkudu dan betik
Pucuk mengkudu dan pucuk betik memang sedap dimakan sebagai ulam atau dijadikan kerabu. Namun tidak rami yang tahan dengan rasanya yang pahit walaupun sudah dicelur. Bagi membuang rasa pahit, sewaktu mencelur pucuk mengkudu atau betik, masukkan tiga hingga empat keping asam gelugur kedalam air rebusan, apabila pucuk-pucuk tersebut betul-betul layu toskan airnya. Anda akan dapati rasa pahit itu hilang dan boleh memakannya seperti biasa. Sesuai untuk dibuat ulam atau pun lebih sedap dibuat gulai lemak serta kerabu.

*Kekalkan kesegaran udang.
Makanan laut seperti udang dan sotong memang sedap dimakan samaada dibakar atau digoreng kunyit. Terdapat cara untuk mengekalkan kesegaran udang yang berlebihan iaitu setelah anda membersih dan membuang kulit udang, gaulkan udang dengan gula kasar. Kemudian simpan elok-elok dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk. Cara ini pastinya dapat mengekalkan kesegaran udang dan mengelakkan dari berbau.

*Kekalkan kesegaran halia
Halia adalah salah satu daripada herba dalam bahan masakan masyarakat kita. Bagaimanapun kesegaran halia tidak tahan lama dan cepat mengecut serta kering. Cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan menanam halia dalam tanah dan siram setiap hari. Apabila menggunakanya, ambillah secukupnya sahaja. Dengan kaedah yang mudah ini halia sentiasa segar dan secara tidak langsung anda turut mempunyai pokok halia di rumah.

*Hilangkan ulat dan tanah dari sayuran
Sayura adalah antara menu sampingan dalam setiap hidangan. Bagaimana pun apabila kita membeli sayuran di pasar pastinya tidak terlepas dengan masalah sama ada ulat atau tanah. Ada cara untuk menghilangkan masalah ini iaitu dengan memasukkan cuka ke dalam air dan rendam sayuran seketika didalamnya. Setelah itu anda akan dapati sayuran telah bersih daripada tanah ataupun ulat.



(SUMBER DARI Seri Dewi & Keluarga)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin