30 Sep 2011

Lawak Minggu Ini (2)

Go to fullsize image

Go to fullsize image

Go to fullsize image

Aduii!!! tak tahan betul tengok Lawak minggu ini tadi,...terhibur sungguh dengan Johan, Ebby Yus (pak sood)  dan Sabri Yunus.. ketawa sungguh kami  tadi.

Cik ton suka gabungan mereka bertiga  tadi, kiranya berhasil la usaha mereka untuk membuat penonton ketawa, tak sangka Ebby Yus dan Sabri Yunus mampu menyaingi tenaga muda Johan walaupun nampak Sabri Yunus macam mengah sikit tapi maintain otai-otai lawak semua, untuk Ebby Yus pulak cik ton memang minat dengan lawak beliau yang bersahaja, malah kami anak beranak memanggil beliau dengan gelaran Pak Sood salah satu watak yang dilakonkan dalam drama TV, cik ton tak ingat drama apa, malah tadi tak nampak pun beliau penat...Johan yang paling cik ton suka masa menyanyi sambil konon-konon main piano..

Tahniah untuk mereka bertiga.

Tiada orang lama maka tiada lah orang baru.

Lawak minggu ini

Selamat malam semua....

Sambil tunggu rancangan Lawak minggu ini, Johan dan kawan-kawannya  cik ton ambil la kesempatan jenguk blog kawan-kawan, sambil baca enrty dan blogwalking sikit-sikit.

http://nurniezza.blogspot.com/

http://www.jendelahidup.com/

http://syaiza189.blogspot.com/

http://queeninthecastle.blogspot.com/

http://budakcomelbuatblog.blogspot.com/

http://gyarevandra.blogspot.com/

26 Sep 2011

Takdir Fitrah Terindah

Assalamualaikum

Novel yang baru habis cik ton baca, ini pun pinjam dari member ofis.



Aiham Fikri " Soal hati dan perasaan sememangnya sukar untuk di fahami, tak mudah jugak untuk dimengertikan"

Aiham Fikri :" Cinta tanpa sebab mungkin akan jadi lebih hebat kerana tiada sasaran yang mahu difikirkan"

Nur Fitrah " Mungkin juga sebaliknya atau pun semuanya hanya bersifat sementara, maklumlah tiada sasaran untuk dikejar, bukan sasaran sebenar, Jadi semangatnya tentulah tidak seberapa"

Aiham Fikri "Tiada sasaran bukan bermakna tiada tujuan Fi"

21 Sep 2011

BE ke 8 bulan Syawal

Salam untuk semua

Nampaknya rezeki Cik TOn murah lagi, menerima BE ke 8 bulan ini.

Terima kasih untuk NUFFNANG

20 Sep 2011

Petua

ELAKKAN SEMUT

Biasanya bekas gula, air gula, kuih muih dan sebagainya yang manis-manis jika dibiarkan begitu sahaja akan dihurungi oleh semut dengan mudah sahaja. Untuk mengelakkan dari membazir dan tidak boleh dimakan lagi, sapukan sedikit minyak kelapa disekeliling bekas-bekas tersebut. Insyaallah selamat dari semut kerana bekas-bekas tersebut menjadi licin. Selamat mencuba.

MINYAK CANTIK SEMULA

Biasanya kita menggoreng ikan atau ayam menggunakan minyak yang banyak. Setelah habis menggoreng sayang pula hendak membuangnya. Mudah sahaja untuk mengatasinya, ambil beberapa ketul tauhu dan goreng ke dalam minyak tersebut sehingga garing kemudian toskan. Anda akan dapati minyak tadi tidak terlalu hitam (akibat menggoreng ayam). Selamat mencuba.

MENGAWET TELUR

Biasanya telur tidak dapat disimpan lama tanpa diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan telur busuk, anda boleh cuba cara ini. Bersihkan telur dan keringkan tanpa dijemur di bawah cahaya matahari, kemudian timbus dengan beras pulut. Dengan cara ini telur akan tahan lebih lama sehingga dua atau tiga bulan.

GULA SENTIASA KERING

Menyimpan gula nampak mudah tetapi kadangkala gula yang disimpan menjadi basah. Bagi mengelakkan gula basah dalam balang, masukkan dua atau tiga keping roti kedalam balang berserta beberapa kuntum bunga cengkih. Dengan cara ini, gula tidak basah dan hasilnya memuaskan.


(Sumber dari Mingguan Wanita)

18 Sep 2011

Esok Kerja

Assalamualaikum.

Besok dah start kerja semula, dah sedap cuti 3 hari kan, rasa beratnya nak gerak kerja esok. Bermula seperti biasa semula, kena bangun pagi-pagi untuk masak, dan kena keluar seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan. Minggu lepas sedap jalan tak jam sebab peperiksaan UPSR,  pelajar-pelajar banyak yang cuti.

Sememangnya malas nak kerja esok, tapi tak kan nak cuti lagi kan.....

Apa-apa pun besok mesti KERJA....

16 Sep 2011

BE ke 7 bulan Syawal

Salam untuk semua

Cik ton terima 1 lagi BE hari ni menjadikan 7 BE sedang bersiaran bergilir-gilir di blog Cik Ton ini.


Terima kasih untuk NUFFNANG dan pengiklan!

10 Sep 2011

5 Buffered Earning Serentak!

Salam untuk sahabat maya cik ton semua,


Cik Ton dah lama sangat-sangat tak update, hari ni check nuffnang, terkejut besar kerana ada 5 BE sedang berjalan serentak.



Terima kasih cik ton untuk NUFFNANG dan PENGIKLAN kerana percayakan blog CIK TON.

LinkWithin