20 Sep 2011

Petua

ELAKKAN SEMUT

Biasanya bekas gula, air gula, kuih muih dan sebagainya yang manis-manis jika dibiarkan begitu sahaja akan dihurungi oleh semut dengan mudah sahaja. Untuk mengelakkan dari membazir dan tidak boleh dimakan lagi, sapukan sedikit minyak kelapa disekeliling bekas-bekas tersebut. Insyaallah selamat dari semut kerana bekas-bekas tersebut menjadi licin. Selamat mencuba.

MINYAK CANTIK SEMULA

Biasanya kita menggoreng ikan atau ayam menggunakan minyak yang banyak. Setelah habis menggoreng sayang pula hendak membuangnya. Mudah sahaja untuk mengatasinya, ambil beberapa ketul tauhu dan goreng ke dalam minyak tersebut sehingga garing kemudian toskan. Anda akan dapati minyak tadi tidak terlalu hitam (akibat menggoreng ayam). Selamat mencuba.

MENGAWET TELUR

Biasanya telur tidak dapat disimpan lama tanpa diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan telur busuk, anda boleh cuba cara ini. Bersihkan telur dan keringkan tanpa dijemur di bawah cahaya matahari, kemudian timbus dengan beras pulut. Dengan cara ini telur akan tahan lebih lama sehingga dua atau tiga bulan.

GULA SENTIASA KERING

Menyimpan gula nampak mudah tetapi kadangkala gula yang disimpan menjadi basah. Bagi mengelakkan gula basah dalam balang, masukkan dua atau tiga keping roti kedalam balang berserta beberapa kuntum bunga cengkih. Dengan cara ini, gula tidak basah dan hasilnya memuaskan.


(Sumber dari Mingguan Wanita)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin