23 Oct 2011

Buah Mangga

buah mangga


Buah mangga juga mengandungi pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Buah mangga kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah.

7 khasiat buah mangga dari sudut kesihatan.


1. SEBAGAI ANTIOKSIDAN TUBUH
Mangga merupakan sumber beta-karoten, kalium dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang didalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A ( zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten dan vitamin C) juga tergolong antioksidan, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lainnya.

2. UNTUK MENJAGA KESIHATAN GIGI DAN GUSI
Vitamin C juga memiliki fungsi menjaga dan merangsang kesihatan pembuluh-pembuluh kapiler, kesihatan gigi dan gusi, ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menghalang pengeluaran natrosamin, satu zat perangsang kanser.

3. MENURUNKAN RISIKO STROK
Mangga mengandungi kalium menurunkan risiko strok. Kalium mempunyai fungsi meningkatkan keteraturan denyutan jantung., mengaktifkan kontraksi otot dan membantu tekanan darah. Dengan memakan kalium yang mencukupi dapat mengurangi efek natrium dalam meningkatkan tekanan darah dan secara bebas dapat menyumbang terhadap penurunan risiko kerana strok. Satu penelitian menunjukkan bahawa apabila seseorang menambahkan sepotong buah tinggi kalium ke dalam pola makanan sehari-hari, risiko terkena strok dapat dikurangkan sebanyak 40%. Pengambilan ekstra kalium sebanyak 400mg setiap hari dapat mengurangi kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah. Kalium banyak terdapat di dalam buah mangga. Setiap 100grm mangga mengandungi kalium sebanyak 189mg.

4. BERMANAFAAT MENGHALANG KANSER
Para pakar menyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, iaitu bahan penghalang kanser yang baik.

5. UNTUK KESIHATAN MATA, MULUT DAN LEHER.
Kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesihatan mata, mulut dan leher.

6. MENYEMBUHKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT.
Mangga berkhasiat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan penglihatan, gusi berdarah, radang saluran nafas nafas, sesak nafas dan banyak lagi. Selain itu juga ia mampu mengatasi bisul, kudis,perut mulas, diarea, mabuk perjalanan, cacing, kurang nafsu makan, keputihan, gangguan menstruasi, hernia dan reumatik.

7. UNTUK TERAPI
Untuk pembersih darah, menurunkan panas badan dan menghilangkan bau badan. Mangga dianggap mampu membersihkan aliran darah dan mengurangi kelebihan panas badan. Selain itu mangga juga baik untuk bau badan.


* Ubat Penyakit INFLUZEA
   Caranya
   200gram isi buah mangga 
   10gram halia
    dua batang daun bawang putih.
Semua bahan-bahan ini direbus dengan 500cc air berkurang menjadi 250cc. Kemudian airnya ditapisdan diminum selagi masih hangat.
(Sumber Majalah Midi)

21 Oct 2011

Madam Kwan

Hari rabu lepas ada lunch appointment dengan reinsurer, kami semua makan di Madam kwan Pavillion...





Mushroom Chicken Rice




 Kuotieow goreng...pilihan cik ton
 Nasi Lemak - speciality di sini




sedap....dumpling



RxYoung

Assalammualaikum

Cik ton baru cuba minum ini: 
Kesannya cik ton belum sebab baru lagi, baru 4 hari...
lepas sebulan nanti cik ton akan update lagi tentang kesan yang cik ton rasa.





Resveratrol - terkenal sebagai ubat awet muda kerana kebolehan membersihkan pencemaran dalaman dan membantu kulit anda mengekalkan keanjalan serta mengurangkan garisan halus dan kedut.


Ekstrak Biji Anggur - membantu meningkatkan keanjalan dan memperbaiki tona kulit melalui kandungan biofalavaoids semulajadi yang menjaga sel dari dirosakkan oleh radikal bebas



Glutathione - adalah raja anti-oksida yang membantu memperlahankan proses penuaan, detoksifikasi fungsi hati, menguatkan sistem imun kita dan mencerahkan tona kulit



Kolagen - membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kesan parut dan kehilangan rambut serta merta dan memperbaiki peredaran darah


Pomegranate

Pomegranate - membantu menstabilkan paras kolestrol, menguatkan sistem imun badan, mencantik dan merawat kulit



Beri Acai - terkenal sebagai "super-food" kerana kebolehan anti-oksida tinggi yang membantu melawan radikal bebas merosakkan kulit. ia juga dikatakan membantu meningkatkan kekuatan jantung dan detoksifikasi.



























Kata-kata yang indah

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada rupa hias kehidupan”


1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa


Bila MATA tidak terhalang maka hasilnya adalah PENGLIHATAN
Bila TELINGA tidak terhalang maka hasilnya adalah PENDENGARAN
Bila HIDUNG tidak terhalang maka hasilnya adalah PENCIUMAN
Bila MULUT tidak terhalang maka hasilnya adalah PENGECAPAN
Bila HATI tidak terhalang maka hasilnya adalah CINTA dan KEBENARAN
Bila SEMUANYA tidak terhalang maka hasilnya adalah KEBIJAKSANAAN dan HIKMAH

"Allah menganugerahkan HIKMAH kepada siapa yang di kehendaki-Nya. Dan barang siapa yang dianugerahi HIKMAH, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran."

(QS Al Baqarah:269)

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
 Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
 Disaat kamu mulai bosan dengannya…Ingatlah selalu saat terindah bersamanya
 Disaat kamu ingin menduakannya…Bayangkan jika dia selalu setia

 Saat kamu ingin membohonginya...
 Ingatlah disaat dia jujur padamu
 Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
 Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
 Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga

14 Oct 2011

Ada aku kisah

"email ini cik ton dapat dari seorang sahabat pagi tadi, maaf kerana kata-katanya agak panjang tapi bagus untuk dikongsi bersama."

Ada aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku kisah jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....Ada aku kisah jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku kisah siapa yang mengambil berat tentang keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan ubat-ubatan ketika anak2ku demam dan meragam…

Ada aku kisah siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku kisah dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku kisah betapa isteriku tak pernah jemu menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian dalam dan sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja…

Ada aku kisah bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku cukup atau tidak ketika aku hendak bepergian....

Ada aku kisah betapa pedihnya hati isteriku bila aku memarahinya… memaki hamunnya dengan kata2 kesat setiap kali dia melakukan kesilapan kecil yang tak disengajakan…

Ada aku kisah apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...

Ada aku kisah jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu untuk anak2ku… melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka demam…

Ada aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku kisah bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu kepada anak-anakku…Ada aku kisah kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.... Ada aku kisah jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki.... Tiba-tiba aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH… Ketika telefon isteriku berdering di malam hari.

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting..
.Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan…
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya...
.Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
 Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku  ketika aku mahu ke tempat kerja…
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? :(

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya… Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

3 Oct 2011

Petua

SAYUR TDAK CEPAT LAYU
Jika anda suri rumah yang tidak memiliki peti sejuk dan ingin menyimpan sayur agar lebih tahan lama dan tidak cepat layu. Petua ini sesuai untuk sayur yang berbatang seperti kangkung, bayam dan sawi. Caranya dengan membungkus sayur tersebut dengan surat khabar. Alirkan air dari batang ke daun berulang kali. Tos dan biarkan di tempat dingin. Ulangi jika sayur kelihatan kering.

SAYUR-SAYURAN TAHAN LEBIH LAMA
Sayur-sayuran biasanya tidak tahan lama, tapi jika anda ingin mengelakkan sayuran itu dari menjadi busuk dan berlendir, bolehlah mencuba petua berikut. Setiap kali selepas membeli sayur-sayuran, cucikannya dengan air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan surat khabar. Simpankanya di dalam peti sejuk seperti biasa. Insya-Allah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya da masih segar apabila ingin dimasak.

ASAM JAWA HILANGKAN GATAL KELADI
Sayur keladi memang sedap dimakan tetapi yang jadi masalah ialah ketika menyiangnya. Ia sering menyebabkan gatal pada tangan. Untuk mengatasi masalah ini mudah sahaja. Setelah sayur keladi dipotong, ambil segenggam asam jawa kemudian lumurkan pada tangan selama beberapa minit. Selepas itu cuci dengan air besih. Masalah gatal pada tangan akan beransur-ansur hilang.

ATASI PAHIT PUCUK BETIK
Biasanya kita menggunakan daun senduduk ataupun tanah liat untuk menghilangkan pahit pucuk betik. Selain itu anda boleh menggunakan daun jambu batu. Ambil secekak daun jambu batu dan rebus bersama-sama dengan daun pucuk betik. Insya-Allah, pahit pucuk betik akan hilang.

DAUN KARI HINDARI LALAT
Mula-mula bersihkan sekitar tempat yang sentiasa di hinggapi lalat dengan menggunakan air. Biar sehingga kering lepas itu ambil beberapa helai daun kari dan letak di tempat tersebut. Biarkan selama 10 minit, Insya-Allah lalat tersebut tiada lagi dan dapur anda akan kelihatan lebih bersih, kesihatan pun terjamin.


(Sumber dari majalah Mingguan Wanita)

1 Oct 2011

Mat Bunga

Salam semua

Sekarang ni cik ton dengan anak tengah layan cerita dari TV2 yang bertajuk Mat Bunga. Lakonan Remy Ishak, Ayu Raudah, Tony Yusuf , Yat dan Julia Ziegler.

Kisah mengenai seorang lelaki yang macho dari luaran tapi mempunyai jiwa yang lembut. Seorang lelaki yang amat mengetahui mengenai maksud setiap jenis bunga, sebab itu dipanggil Mat Bunga.

LinkWithin