23 Oct 2011

Buah Mangga

buah mangga


Buah mangga juga mengandungi pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Buah mangga kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah.

7 khasiat buah mangga dari sudut kesihatan.


1. SEBAGAI ANTIOKSIDAN TUBUH
Mangga merupakan sumber beta-karoten, kalium dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang didalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A ( zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten dan vitamin C) juga tergolong antioksidan, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lainnya.

2. UNTUK MENJAGA KESIHATAN GIGI DAN GUSI
Vitamin C juga memiliki fungsi menjaga dan merangsang kesihatan pembuluh-pembuluh kapiler, kesihatan gigi dan gusi, ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menghalang pengeluaran natrosamin, satu zat perangsang kanser.

3. MENURUNKAN RISIKO STROK
Mangga mengandungi kalium menurunkan risiko strok. Kalium mempunyai fungsi meningkatkan keteraturan denyutan jantung., mengaktifkan kontraksi otot dan membantu tekanan darah. Dengan memakan kalium yang mencukupi dapat mengurangi efek natrium dalam meningkatkan tekanan darah dan secara bebas dapat menyumbang terhadap penurunan risiko kerana strok. Satu penelitian menunjukkan bahawa apabila seseorang menambahkan sepotong buah tinggi kalium ke dalam pola makanan sehari-hari, risiko terkena strok dapat dikurangkan sebanyak 40%. Pengambilan ekstra kalium sebanyak 400mg setiap hari dapat mengurangi kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah. Kalium banyak terdapat di dalam buah mangga. Setiap 100grm mangga mengandungi kalium sebanyak 189mg.

4. BERMANAFAAT MENGHALANG KANSER
Para pakar menyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, iaitu bahan penghalang kanser yang baik.

5. UNTUK KESIHATAN MATA, MULUT DAN LEHER.
Kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesihatan mata, mulut dan leher.

6. MENYEMBUHKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT.
Mangga berkhasiat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan penglihatan, gusi berdarah, radang saluran nafas nafas, sesak nafas dan banyak lagi. Selain itu juga ia mampu mengatasi bisul, kudis,perut mulas, diarea, mabuk perjalanan, cacing, kurang nafsu makan, keputihan, gangguan menstruasi, hernia dan reumatik.

7. UNTUK TERAPI
Untuk pembersih darah, menurunkan panas badan dan menghilangkan bau badan. Mangga dianggap mampu membersihkan aliran darah dan mengurangi kelebihan panas badan. Selain itu mangga juga baik untuk bau badan.


* Ubat Penyakit INFLUZEA
   Caranya
   200gram isi buah mangga 
   10gram halia
    dua batang daun bawang putih.
Semua bahan-bahan ini direbus dengan 500cc air berkurang menjadi 250cc. Kemudian airnya ditapisdan diminum selagi masih hangat.
(Sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin