3 Oct 2011

Petua

SAYUR TDAK CEPAT LAYU
Jika anda suri rumah yang tidak memiliki peti sejuk dan ingin menyimpan sayur agar lebih tahan lama dan tidak cepat layu. Petua ini sesuai untuk sayur yang berbatang seperti kangkung, bayam dan sawi. Caranya dengan membungkus sayur tersebut dengan surat khabar. Alirkan air dari batang ke daun berulang kali. Tos dan biarkan di tempat dingin. Ulangi jika sayur kelihatan kering.

SAYUR-SAYURAN TAHAN LEBIH LAMA
Sayur-sayuran biasanya tidak tahan lama, tapi jika anda ingin mengelakkan sayuran itu dari menjadi busuk dan berlendir, bolehlah mencuba petua berikut. Setiap kali selepas membeli sayur-sayuran, cucikannya dengan air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan surat khabar. Simpankanya di dalam peti sejuk seperti biasa. Insya-Allah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya da masih segar apabila ingin dimasak.

ASAM JAWA HILANGKAN GATAL KELADI
Sayur keladi memang sedap dimakan tetapi yang jadi masalah ialah ketika menyiangnya. Ia sering menyebabkan gatal pada tangan. Untuk mengatasi masalah ini mudah sahaja. Setelah sayur keladi dipotong, ambil segenggam asam jawa kemudian lumurkan pada tangan selama beberapa minit. Selepas itu cuci dengan air besih. Masalah gatal pada tangan akan beransur-ansur hilang.

ATASI PAHIT PUCUK BETIK
Biasanya kita menggunakan daun senduduk ataupun tanah liat untuk menghilangkan pahit pucuk betik. Selain itu anda boleh menggunakan daun jambu batu. Ambil secekak daun jambu batu dan rebus bersama-sama dengan daun pucuk betik. Insya-Allah, pahit pucuk betik akan hilang.

DAUN KARI HINDARI LALAT
Mula-mula bersihkan sekitar tempat yang sentiasa di hinggapi lalat dengan menggunakan air. Biar sehingga kering lepas itu ambil beberapa helai daun kari dan letak di tempat tersebut. Biarkan selama 10 minit, Insya-Allah lalat tersebut tiada lagi dan dapur anda akan kelihatan lebih bersih, kesihatan pun terjamin.


(Sumber dari majalah Mingguan Wanita)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin