15 Nov 2011

Mengapa anda cepat marah

1. ANDA TIDAK KAWAL EMOSI  
Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak mengawal emosi, malah membiarkan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah cepat diperbodoh-bodohkan oleh orang lain, iaitu dengan 'memancing' kemarahannya. Apabila sudah marah, biasanya tindakan akan jadi membuta-tuli.

2.EGO,BANGGA DIRI, RIAK
Anda cepat marah sebab ego. Anda rasa tercabar apabila anda berasa anda disenda-sendakan. Anda rasa kalah dan tidak dihormati. Jika anda memiliki salah satu daripada tiga perkara tadi, itu tandanya anda terlalu mengagungkan diri. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri anda. Anda cepat marah sebab anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila anda terjumpa orang yang lebih hebat daripada anda. Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.

3.AND ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF
Orang yang berfikiran negatif ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu,bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana dihati anda tidak wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan anda malu untuk meminta maaf.

(sumber Majalah MIDI)

13 Nov 2011

Info sihat untuk lelaki

Jangan tahan kencing

Tahukah anda menahan kencing akan memudaratkan diri. Menahan air kencing boleh mengakibatkan kencing tidak lawas atau tidak lancar. Jika ketika kencing, seseorang itu meneran pada peringkat penghabisan kencing, cecair pekat berketul-ketul boleh keluar. Ia bukan suatu masalah atau penyakit dan ia berlaku kerana ketika meneran dan mengemut, oto pelvik mencengkam dan mengakibatkan cecair dari pundi cowpers dan prostat terkeluar. Justeru, jangan lah menahan kencing sebaliknya biarkan proses itu berlaku secara semula jadi tanpa ada sebarang sekatan.

Jangka hayat gigi perokok pendek

Merokok kebiasaanya menyeksa gigi sendiri. Lebih memburukkan keadaan, warna gigi akan bertukar kekuningan dan ada garis-garis coklat kesan nikotin daripada asap rokok dan keadaan lebih memudaratkan jika suka minum kopi atau teh. Jika anda perokok tegar, cuba periksa gigi didepan cermin. Perhatikan kehadiran garis halus berwarna coklat yang melekat di celah gigi dan permukaan gigi (mengikut jalur gigi). Garis halus ini sukar dibersihkan dan hanya akan hilang ketika membuat rawatan gigi diklinik gigi.

(sumber MIDI)

LinkWithin