10 Dec 2011

Tip kekal muda untuk lelaki 40-an

1. Penjagaan Asas untuk kulit.
     Tidak mengira jantina, sama ada lelaki atau wanita kulit anda akan mengalami perubahan tatkala usia menjengah 40 tahun. Kulit kering, kasar, kurang anjal, kedutan halus dan kusam merupakan tanda-tanda penuaan yang anda harus atasi bermula dengan penjagaan ke atas kulit wajah.
      Pastikan langkah seperti pembersihan wajah dilakukan dengan sempurna. Pilihla pencuci muka yang sesuai untuk lelaki 40-an. Lakukan juga skrub pada wajah setiap minggu untuk menggalakkan penghasilan sel-sel kulit yang baharu. Ini membuatkan kulit wajah semakin kelihatan muda.
      Pada usia ini, sangat penting bagi anda untuk memastikan kulit wajah sentiasa lembab. Dengan itu jangan lupa untuk mengoleskan krim pelembab pada waktu pagi dan malam. Ia membantu mengurangkan kulit yang kering dan kedutan halus pada wajah.

2. Krim Tabir Suria
      Krim tabir suria(sunblock) merupakan perkara yang penting buat lelaki yang mencecah usia 40-an. Radiasi sinar ultra ungu daripada cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan penuaan pra-matang pada wajah.
       Kini, anda mempunyai banyak pilihan kerana terdapa pelbagai jenis krim tabir suria dipasaran. Pastikan anda memakai krim ini pada keseluruhan wajah dan leher sebelum keluar dari rumah.
       Terdapat juga krim pelembab yang mempunyai SPF didalamnya yang boleh mengantikan krim tabir suria. Oleh itu, buat lah pilihan yang terbaik.

3. Pengambilan Vitamin E
        Anda juga digalakkan mengambil vitamin E sebagai makanan tambahan. Ini dapat membantu kesihatan kulit yang baik. Mengambil satu kapsul vitamin E 400mg pada setiap pagi dapat membantu tekstur kulit anda.
        Vitamin E menjadi jawapan kepada kehidupan dan wajah yang lebih muda. Pengambilan vitamin ini dengan mencukupi akan mengelakkan dehidrasi kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dan membuang toksin dari dalam badan.

4. Pastikan tidur yang cukup
        Tidur sangat penting dalam kehidupan sehari-hari. kebanyakan individu memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam waktu tidur. Pada usia ini, anda jangan pandang ringan kepada waktu tidur anda.
        Pastikan anda tidur cukup pada malam hari. Ini dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit kronik seperti diabetes dan serangan jantung. Apabila anda tidak cukup tidur ini membuatkan ada lebih tua dari usia sebenar anda.

5. Senyumlah
        Senyumlah!. Bukankah senyuman itu suatu sedekah? Wajah anda kelihatan ceria dan bertenaga. Pastikan juga anda mempunyai gigi yang bersih dan putih.
       Terdapat pelbagai produk yang mampu milik untuk anda yang menitikberatkan penampilan gigi yang putih. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Gigi yang putih menjadi lambang kepada wajah tampak muda.

6. Pentingnya bersenam
       Bersenam membantu anda kelihatan lebih muda. Terdapat kajian yang dipaparkan dalam Archives of Internal Medicine mendapati individu yang bersenam tiga jam seminggu berasa 10 tahun lebih muda berbanding individu yang tidak melakukannya.
       Bersenam juga diketahui memiliki banyak kelebihan kepada kesihatan tubuh badan. Tubuh yang sihat merupakan kunci kepada diri anda yang lebih muda.

7. Diet Seimbang
       Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. Diet yang sihat ini membantu anda menurunkan berat badan dan mencantikkan kulit. Anda juga disarankan mengambil makanan tambahan seperti multivitamin bagi memastikan penampilan yang bertenaga dan lebih muda.

8. Pemilihan Pakaian
        Setelah berusaha pelbagai cara untuk kelihatan lebih muda, lelaki 40-an juga tidak harus melupakan aspek pakaian Kesilapan memilih pakaian akan membuatkan anda lebih tua daripada usia.
       Kebanyakan lelaki gemar bergaya ketika masih muda. Sebaliknya pada usia mencegah 40 mereka mula mengabaikan aspek ini. Agar tampak lebih muda, pakailah pakaian  yang bersesuaian dengan bentuk tubuh dan fesyen yang anda idamkan. Tidak salah untuk bergaya demi menjaga penampilan. Asalkan tidak berlebih-lebihan.

(Sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...