16 Jan 2012

8 cara elak bertengkar dengan pasangan

1. JADI PENDENGAR YANG BAIK
Tidak salah jika anda meletakkan diri sebagai pendengar yang baik. Dengar apa yang mahu diperkatakan oleh pasangan dan biarkan dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Mungkin dengan cara ini akan melegakan perasaannya yang sedang marah dan secara tidak langsung boleh mengelakkan sebarang pertengkaran daripada berlaku. Setelah ia meluahka, bolehlah anda cari jalan penyelesaian pada setiap masalah yang dihadapinya.

2. SALING BANTU MEMBANTU
Sesekali anda juga sebenarnya boleh membantu pasangan dalam menyelesaikan urusan kerja rumah. Jika masing-masing berkerja,sudah tentu penat untuk mebuat kerja rumah setelah pulang. Jangan biarkan pasangan sahaja yang menguruskan kerja rumah. Sebaliknya apa kata anda bersikap ringan tulang membantunya seperti mencuci baju, membasuh pinggan  atau pun melayan kerenah anak-anak.

3. BERCERITA PELBAGAI KISAH YANG MENYERONOKKAN
Jika masing-masing bekerja, sudah tentu perbualan banyak berkisar soal pejabat yang adakalanya membuatkan kita tertekan. Apa kata bagi mengelakkan pertengkaran anda jangan bawa masalah pejabat kerumah. Sebaliknya kedua-duanya saling bercerita suatu yang menyeronokkan seperti mengingatkan kembali saat-saat manis berbulan madu atau pun cerita ringan yang tidak memeningkan kepada kedua-duanya.

4 TAWAR DIRI URUSKAN PERKARA REMEH
Jika isteri anda seorang surirumah, apa kata anda tawarkan diri melakukan perlbagai pertolongan yang boleh dianggap sebagai rutin harian. Misalny urusan membuat susu anak, mengemop lantai menyapu dan membuang sampah, atau membersihkan bilik mandi. Jika anda menolongnya nescaya sifat untuk marah akan hilang kerana anda sentiasa bersedia membantunya di rumah.

5. ELAKKAN MENJAWAB TELEFON DI TENGAH MALAM
Satu lagi perkara perlu dielakkan untuk mengelakkan pertengkaran adalah jangan sesekal menerima telefon ditengah malam ataupun melayani panggilan secara berpanjangan. Pasangan memang pantang jika ada gangguan dari pihak luar terutamanya ditengah malam kerana boleh menimbulkan rasa curiga dihati pasangan, kecuali hal kecemasan.

6. RANCANG AKTIVITI BERSAMA
Jika isteri anda seorang suri rumah , pasti dia akan terasa bosan mengerjakan rutin harian yang sama. Kebosanan yang dialaminya ini ada kala boleh menimbulkan tekanan hingga menerbitkan rasa marah pada pasangan. Jadi sebelum dia marah, apa kata anda terus merancang aktiviti bersama pada hujung minggu. Lebih menyeronokkan lagi jika aktiviti dilakukan adalah kejutan buat pasangan seperti membawanya ke pusat peranginan atau destinasi yang menjadi pilihannya selama ini.

7. JANGAN TERLALU BERKIRA TERUTAMA SOAL DUIT
Anda juga diingatkan jangan terlalu berkira soal duit. Sesetengah pasangan , duit adalah hal paling sensitif jika  ditanya berlebihan boleh membawa kepada pertengkaran. Jika pasangan meminta wang, berikan sahaja kerana menjadi tanggungjawab anda menyara kehidupanya walaupun dia berkerja. Anggaplah sumbangan itu adalah sebahagian tuntutan nafkah yang wajib diberi kepadanya.

8. JANGAN PAKSA PASANGAN ANDA LAKUKAN SEKS
Anda juga perlu menghormati kehendak pasangan. Misalnya jika dia menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim kerana disebabkan keletihan bekerja atau pun menguruskan anak. Sekiranya dia sudah bersedia barulah boleh melakukan hubungan intim.

(sumber majalah keluarga)

14 Jan 2012

10 Tip mudah bakar lemak

1. Minum air putih kerana tubuh kita memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Ia tidak hanya bertindak untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan bahkan akan membuatkan tubuh berasa lebih sihat dan segar. Paling bagus mengenai air putih ia langsung tidak mempunyai kalori.

2. Jauhkan diri daripada air manis yang terdapat dalam air botol terutamanya minuman berkarbonat. Ramai menyedari betapa gula yang ada didalam air begini tinggi kuantitinya dan ia bermaksud kalori. Lebih banyak gula boleh dikurangkan di dalam air botol adalah lebih baik untuk tubuh. Tidak salah jika teringin untuk menikmatinya tetapi ambil langkah dengan menambah air putih ke dalamnya.

3. Dalam berdiet, adalah lebih bagus jika dapat menambahkan bahan yang boleh membekalkan lebih air seperti tomato dan tembikai. Pengambilannya tidak perlu dirisaukan kerana kedua-duanya mengandungi 90% air, jadi ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Ia boleh dimakan tanpa perlu memikirkan berat badan akan bertambah.

4. Ramai diantara kita gemar memesan minum jus buah-buahan ketika makan diluar. tetapi sebenarnya makan buah-buahan segar adalah lebih baik dari jusnya, ini kerana minuman jus akan ditambah dengan gula sedangkan buah-buahan segar sudah memiliki gula semulajadi dan membekalkan banyak fiber yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, ia juga merupakan sumber kepada banyak vitamin.

5. Adalah lebih bagus jika anda ialah pengemar sayur-sayuran terutamanya sayuran hijau. Pengambilanya merupakan antara cara terpantas untuk mengurangkan lemak dibadan. Hasilnya dapat dilihat pada mereka yang sering makan salad jadi apa salahnya jika menu itu dicuba dalam rutin harian anda.

6. Pantang sahaja nampak makanan semuanya ingin dijamah. Persepsi begini harus diubah menjadi makan hanya apabila perut terasa lapar. Adakalanya diet boleh rosak hanya disebabkan satu malis yang dihadiri.

7. Makanan bergoreng adalah sangat ditegah jika anda dalam proses mengurangkan berat badan. Lagi banyak makan bergoreng dielakkan lagi cepat pengurangan berat badan dapat dicatatkan. Meski pun sudah ditoskan namun minyak masih terselindung dalam makanan dan sukar untuk dihilangkan.

8. Makanan masin atau bergaram perlu dielakkan. Mungkin ramai yang tidak tahu, garam juga boleh menjadi salah satu punca kepada obesiti. Jadi pastikan masakan anda hanya menggunakan garam yang sedikit dan jika boleh, kurangkan sedikit demi sedikit.

9. Senaman juga perlu untuk pembakaran lemak. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh dihasilkan melalui senaman pernafasan. Jika dilakukan dengan betul, senaman ini turut membakar lemak. Otot dibahagian-bahagian tertentu akan merasa tegang setiap kali anda tarik dan menghembuskan nafas.

10. Akhir sekali anda mungkin boleh menyertai perlbagai aktivi, contohnya kelas tarian. Tarian merupakan cara bagus untuk membakar lebihan kalori. Tarian yang sesuai ialah tarian rancak dan jika aktiviti ini dilakukan dengan konsisten, anda akan dapat lihat hasilnya.

(Sumber majalah keluarga)

Petua

SANTAN KELAPA HITAMKAN RAMBUT

Uban kebiasaannya dikaitkan dengan warga emas namun sekarang sudah berbeza. Golongan muda juga tidak terlepas daripada risiko rambut beruban dek pengambilan makanan yang tidak sesuai. Jika berdepan dengan masalah ini, anda boleh mencuba petua yang berasaskan sebiji kelapa tua yang diparut serta diambil santan pekatnya. Setelah itu didiknya sehingga mengeluarkan minyak. Minyak itu kemudian dituangkan kedalam botol dan direndam bersama-sama halba. Bagi mendapatkan hasil yang cepat, sapukan minyak ini setiap hari dan rambut anda akan kembali hitam seperti sebelumnya.

PATI SERAI DAN LIMAU ATASI KELEMUMUR.

Kelemumur merupakan masalah rambut yang boleh datang dan pergi. Jadi jangan berhenti daripada mengamalkan sebarang petua. Kali ini anda boleh cuba mengisarkan tiga batang serai bersama-sama dua biji limau nipis. Tapis dan ambil pati sebelum menyapukannya pada keseluruhan rambut. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Bilas dan pastikan keseluruhan rambut bersih sepenuhnya. Boleh diamalkan dua kali dalam seminggu.

HALUSKAN KULIT CARA TRADISIONAL.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kehalusan kulit. Mari kita berkongsi petua ini baru ini. Ambilkan tepung ubi kayu beserta mentimun dan campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Pastikan bancuhan yang dibuat tidak terlalu cair kerana perlu disapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Akhir sekali bersihkan muka dengan air. Petua ini boleh diamalkan setiap hari dan rasa perubahan akan terasa sedikit demi sedikat.

( sumber majalah keluarga)

1 Jan 2012

UNTUK WANITA

10 Perubahan menjelang MENOPAUS

GEJALA PAR MENOPAUS

1.     PERUBAHAN HAID
         Jumlah haid menjadi sedikit, sangat banyak atau perdarahan haid tidak teratur. Perubahan haid seperti ini ‘normal” terjadi pasa fasa pra menopause, akan tetapi harus berwaspada kemungkinan keadaan patologi lainnya.

2      GEJALA VASOMOTOR
        (hot flushes, flushes)  
Iaitu perubahan suhu badan yang dirasai oleh pesakit, desertai perpeluhan pada waktu malam, dengan frekuensi dan kadar yang tidak sekata 75 peratus wanita mengalaminya, 10-15 peratus merasakan gejala flushes yang berat. Polanya berbeza-beza untuk setiap wanita, demikian juga usia mula terjadi dan lamanya. 
3      INSOMIA
        Mungkin ada kaitannya dengan hot flushes. Terbangun pada tengah malam dan terus terjaga, sukar tidur, mudah bangun tapi sukar tidur semula.   
 
4      PERUBAHAN UROGENITAL
        Mudah mengalami vaginitis kerana perubahan hormone mengakibatkan fungsi kekebalan menurun, rasa kering pada vagina, iritasi dan gatal pada vagina.  
 
5      PERUBAHAN MENTAL DAN EMOSI  
        Mudah depresi, bahkan dapat menjadi depresi klinikal yang memerlukan terapi utama sekiranya ada sejarah depresi sebelumnya. Perasaan cemas meningkat, mungkin didorong oleh perasaan takut, serangan panic. Gejala fizikal dan hot flushes dapat menambah lagi rasa cemas.

6     PERUBAHAN KOGNITIF
        Tidak ada hubungannya dengan kadar estrogen yang menurun. Perubahan kognitif lebih berkaitan dengan proses penuaan. 
 
7    PERUBAHAN LIBIDO  
        Penurunan kadar estrogen tidak ada kaitan dengan penurunan libido. Penurunan libido mungkin ada kaitannya dengan masalah lain, seperti hot flushes, rasa kering pada vagina atau perubahan emosi.  
 
8     PERUBAHAN KESIHATAN LAINNYA  
        Seperti mengingkatnya berat badan., lebih berkait dengan proses penuaan. Sakit sendi, sakit kepala yang terjadi kerana naik turunnya kadar hormone, bleh disertai perasaan tegang, sakit kepala sebelah atau dua-duanya (migraine), sakit dibelakang salah satu mata yang boleh berlangsung sehingga tiga jam.  
 
9    PERUBAHAN KULIT  
        Menurunya kadar keanjalan kulit, kulit menjadi kering dan perasaan menjalar pada kulit.  
 
10  PERUBAHAN RAMBUT
        Kulit dan rambut kepala menjadi tipis dan pertumbuhan rambut pada daerah wajah.
 
(Sumber Majalah Midi)

LinkWithin