16 Jan 2012

8 cara elak bertengkar dengan pasangan

1. JADI PENDENGAR YANG BAIK
Tidak salah jika anda meletakkan diri sebagai pendengar yang baik. Dengar apa yang mahu diperkatakan oleh pasangan dan biarkan dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Mungkin dengan cara ini akan melegakan perasaannya yang sedang marah dan secara tidak langsung boleh mengelakkan sebarang pertengkaran daripada berlaku. Setelah ia meluahka, bolehlah anda cari jalan penyelesaian pada setiap masalah yang dihadapinya.

2. SALING BANTU MEMBANTU
Sesekali anda juga sebenarnya boleh membantu pasangan dalam menyelesaikan urusan kerja rumah. Jika masing-masing berkerja,sudah tentu penat untuk mebuat kerja rumah setelah pulang. Jangan biarkan pasangan sahaja yang menguruskan kerja rumah. Sebaliknya apa kata anda bersikap ringan tulang membantunya seperti mencuci baju, membasuh pinggan  atau pun melayan kerenah anak-anak.

3. BERCERITA PELBAGAI KISAH YANG MENYERONOKKAN
Jika masing-masing bekerja, sudah tentu perbualan banyak berkisar soal pejabat yang adakalanya membuatkan kita tertekan. Apa kata bagi mengelakkan pertengkaran anda jangan bawa masalah pejabat kerumah. Sebaliknya kedua-duanya saling bercerita suatu yang menyeronokkan seperti mengingatkan kembali saat-saat manis berbulan madu atau pun cerita ringan yang tidak memeningkan kepada kedua-duanya.

4 TAWAR DIRI URUSKAN PERKARA REMEH
Jika isteri anda seorang surirumah, apa kata anda tawarkan diri melakukan perlbagai pertolongan yang boleh dianggap sebagai rutin harian. Misalny urusan membuat susu anak, mengemop lantai menyapu dan membuang sampah, atau membersihkan bilik mandi. Jika anda menolongnya nescaya sifat untuk marah akan hilang kerana anda sentiasa bersedia membantunya di rumah.

5. ELAKKAN MENJAWAB TELEFON DI TENGAH MALAM
Satu lagi perkara perlu dielakkan untuk mengelakkan pertengkaran adalah jangan sesekal menerima telefon ditengah malam ataupun melayani panggilan secara berpanjangan. Pasangan memang pantang jika ada gangguan dari pihak luar terutamanya ditengah malam kerana boleh menimbulkan rasa curiga dihati pasangan, kecuali hal kecemasan.

6. RANCANG AKTIVITI BERSAMA
Jika isteri anda seorang suri rumah , pasti dia akan terasa bosan mengerjakan rutin harian yang sama. Kebosanan yang dialaminya ini ada kala boleh menimbulkan tekanan hingga menerbitkan rasa marah pada pasangan. Jadi sebelum dia marah, apa kata anda terus merancang aktiviti bersama pada hujung minggu. Lebih menyeronokkan lagi jika aktiviti dilakukan adalah kejutan buat pasangan seperti membawanya ke pusat peranginan atau destinasi yang menjadi pilihannya selama ini.

7. JANGAN TERLALU BERKIRA TERUTAMA SOAL DUIT
Anda juga diingatkan jangan terlalu berkira soal duit. Sesetengah pasangan , duit adalah hal paling sensitif jika  ditanya berlebihan boleh membawa kepada pertengkaran. Jika pasangan meminta wang, berikan sahaja kerana menjadi tanggungjawab anda menyara kehidupanya walaupun dia berkerja. Anggaplah sumbangan itu adalah sebahagian tuntutan nafkah yang wajib diberi kepadanya.

8. JANGAN PAKSA PASANGAN ANDA LAKUKAN SEKS
Anda juga perlu menghormati kehendak pasangan. Misalnya jika dia menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim kerana disebabkan keletihan bekerja atau pun menguruskan anak. Sekiranya dia sudah bersedia barulah boleh melakukan hubungan intim.

(sumber majalah keluarga)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin