14 Jan 2012

Petua

SANTAN KELAPA HITAMKAN RAMBUT

Uban kebiasaannya dikaitkan dengan warga emas namun sekarang sudah berbeza. Golongan muda juga tidak terlepas daripada risiko rambut beruban dek pengambilan makanan yang tidak sesuai. Jika berdepan dengan masalah ini, anda boleh mencuba petua yang berasaskan sebiji kelapa tua yang diparut serta diambil santan pekatnya. Setelah itu didiknya sehingga mengeluarkan minyak. Minyak itu kemudian dituangkan kedalam botol dan direndam bersama-sama halba. Bagi mendapatkan hasil yang cepat, sapukan minyak ini setiap hari dan rambut anda akan kembali hitam seperti sebelumnya.

PATI SERAI DAN LIMAU ATASI KELEMUMUR.

Kelemumur merupakan masalah rambut yang boleh datang dan pergi. Jadi jangan berhenti daripada mengamalkan sebarang petua. Kali ini anda boleh cuba mengisarkan tiga batang serai bersama-sama dua biji limau nipis. Tapis dan ambil pati sebelum menyapukannya pada keseluruhan rambut. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Bilas dan pastikan keseluruhan rambut bersih sepenuhnya. Boleh diamalkan dua kali dalam seminggu.

HALUSKAN KULIT CARA TRADISIONAL.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kehalusan kulit. Mari kita berkongsi petua ini baru ini. Ambilkan tepung ubi kayu beserta mentimun dan campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Pastikan bancuhan yang dibuat tidak terlalu cair kerana perlu disapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Akhir sekali bersihkan muka dengan air. Petua ini boleh diamalkan setiap hari dan rasa perubahan akan terasa sedikit demi sedikat.

( sumber majalah keluarga)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin