26 Feb 2012

Solusi hilangkan tanda penuaan

1. KEDUTAN PADA KULIT
Salah satu penanda bagi penuaan adalah kedutan kecil yang mulai muncul pada kulit. Saat inilah kita mula berasa hilang keyakinan diri kerana kulit yang dulu anjal dah mula hilang serinya.
Solusi - Perawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan krim antikedut yang telah terbukti aman untuk digunakan. Produk antikedutan yang baik seharusnya memiliki fungsi-fungsi untuk melembabkan kulit, mengandungi antioksidan dan mampu merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen yang berguna pada kulit.

2.KULIT MENJADI KENDUR
Kolagen yang berfungsi menyokong sebahagian sel-sel besar yang memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan pada kulit. Kekurangan sumber protein ini menyebabkan kulit menjadi semakin kendur akibat pertambahan usia.
Solusi - Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, vitamin A, C dan E. Anda juga boleh menggunakan produk kecantikan kulit yang mampu untuk mengangkat dan mengencangkan kulit. Selain itu, untuk kesan yang lebih cepat anda juga boleh mendapatkan suntikan vitamin A, C atau E dipusat rawatan bertauliah.

3. BINTIK PENUAAN
Bintik penuaan berwarna coklat pada wajah akan muncul disebabkan sinaran matahari, kehamilan atau penyebab lain berpunca daripada penyebaran melanin yang tidak sekata pada tubuh.
Solusi - Gunakan produk pencerah kulit tanpa bahan kimia penghakisan dan banyakkan pengambilan vitamin A dan C yang sememangnya bermanfaat pada kulit.

4.GARIS KETAWA DI SEKITAR MATA
Saat kita ketawa, kebiasaanya akan muncul garis-garis disekitar mata dan ia akan semakin ketara seiring dengan pertambahan usia. Garis ini juga muncul saat kita mengenyitkan mata.
Solusi -  Gunakan krim mata secara teratur terutamanya sebelum tidur selain mendapat waktu tidur yang cukup setiap hari. Pengunaan krim mata serta tidur yang cukup dapat membantu menghilangkan lingkaran hitam pada mata dan membuatkan mata kelihatan lebih bermaya.

5.KULIT KELIHATAN KUSAM
Penyahidrasi, tekstur kulit tidak sekata, kolagen tidak tersusun dan juga pengedaran mikro yang lemah menyebabkan kulit kelihatan kusam dan malap secara keseluruhannya. Kulit kusam terjadi kerana sering menggunakan solekan yang tebal, produk rawatan kulit yang tidak sesuai serta gaya hidup yang tidak sihat.
Solusi -  Untuk mengembalikan semula keserian kulit gunakan pembersih wajah, pelembab dan penggunakan masker secara teratur. Gunakan sabun mengandungi glycolic setiap hari agar kulit kembali lembut dan bersinar.

6.KULIT KERING
Masalah kulit kering timbul berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh, perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat sinaran matahari dan sebagainya.
Solusi - Minum air dengan banyak kerana kekurangan air akan menyebabkan tubuh mendapat dehidrasi. Kurangkan pengambilan minuman seperti kopi dan teh. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran. Elakkan daripada menggunakan pembersih muka terlalu kerap bagi mengelakkan kulit bertambah kering, cukup sekadar dua kali sehari.

7.KEKERINGAN BIBIR
Penuaan wajah juga boleh dilihat pada keanjalan bibir yang semakin hilang dan timbul masalah kekeringan yang ketara. Faktor cuaca, kolagen yang semakin hilang, merokok, penggunaan gincu bibir yang tidak sesuai serta kekurangan air merupakan penyebab kekeringan bibir.
Solusi - Ambil makanan yang sihat iaitu kaya dengan vitamin B, C dan E serta menganduingi zink, zat besi dan beta-karotine. Gunakan produk pelembab bibir mengandungi vitamin E serta amalkan masker bibir. Sapukan madu pada bibir sebelum tidur agar bibir sentiasa lembab.


(Sumber Majalah Harmoni)

4 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Ton

    salam ziarah

    sambil baca petua2 tu

    ReplyDelete

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...