31 Jul 2012

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT (JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

Barisan pertama: 
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". 
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 

Barisan ke-2: 
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." 
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. 

Barisan ke-3: 
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. 
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 

Barisan ke-4: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. 

Barisan ke-5: 
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 

Barisan ke-6: 
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 

Barisan ke-7: 
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. 
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 

Barisan ke-9: 
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 

Barisan ke-10: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-11: 
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. 
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-12: 
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. 
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. 
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. 
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 

30 Jul 2012

Kongsi Tip Awet Muda

Makan buah dan sayur - Kandungan vitamin C dan beta karotena di dlam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Keuda-dua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. 
   Bagaimanapun anda disarankan memasak sayur hanya dalam tempoh singkat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala buah pula lebih enak dimakan segar. 

Amalkan makan ulam-ulam - Ulam-ulam kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sisem penghadaman manusia. Malah ia turut mempunyai bahan anti bakteria dn antioksidan. 

Jaga kesihatan kulit - Retinoids dapat mengurangkan kedutan, Jadi banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia membantu PH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu coklat dapat membantu anda memperbaiki tekstur, ketebalan kdar air dan aliran darah pada kulit anda. 

Banyakkan serat - Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci awet muda. Anda memerlukan 25g serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila diperlukan. Serat boleh diperolehi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 
    
Minum enam hingga lapan gelas sehari - Agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membaca oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi juga anda beruapay mengurangkan takanan dan menyegarkan kulit. 

Makan dengan sedikit tetapi kerap - Amalan mengambil makanan dalam kuantiti kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini juga organ dalam tubuh dapat berfungsi debga kebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda. 
   Kadang kala agak sukar meluangkan waktu untuk bersenam setekah seharian bekerja. Namun anda tetap disyorkan berusaha melakukan senaman sekuran-kurangnya tiga kali seminggu aar kesihatan anda tetap terjaga. Anda boleh berbasikal, berenang mahupun joging. Dengan bersenam bukan sahaja otot dab tulang menjadi luat. Lebih daripada itu, kulit mampu menjadi tegang. 
   Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel rosak. Maka usahakan tidur minimum lapan jam sehari. Dengan itu ia dapat menghindarkan masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam. Agar kulit anda kekal segar dan lembap, gunakan pelembap kulit  di wajah dan tubuh. Pilih pelembap kulit yang bersesuaian dengan mengoleskan dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi 


(sumber Majalah Midi) 

Renungan Bersama

Siapa saja mampu menyebut nama Allah, tapi tak semua yg mampu menyebut itu percaya pada Allah.

Semua mampu percaya pada Allah tapi tak semua taat pada Allah.

Semua mampu taat pada Allah tapi tak semua ikhlas dalam taat pada Allah.

Semua mampu ikhlas dalam taat pada Allah tp tak semua mampu istiqomah.

Mari kita jadi orang yg mampu semuanya ♥


"Wahai Allah, hanya pdMu lah kusandarkan segala2nya moga aku mampu menyebut namaMu percaya pdMu taat pdMu ikhlas pdMu dan istiqomah pdMu.. bantulah aku Wahai Allah. Pandanglah aku dgn pandangan rahmatMu kasihanilah aku senyumlah pdku Wahai Allah. Amin"

29 Jul 2012

Kata-kata hikmah

* Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa mengoda dan banyak hal lainya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sedikit mungkin tapi lohat dan dengalah sebanyak-banyaknya. 

* Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatanya sendiri melarangnya berbuat jahat.  " pepatah arab" 

* Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagian. 

* Berfikir itu cahaya., kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dn manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya. 

* "Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan ada penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan" - Andre Colin 

* Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -  Soekarno. 

(Sumber Midi )

Kata-kata yang bermakna


Ibu segala ubat adalah kurangkan makan or jaga makan
Ibu segala adab kurangkan bercakap
Ibu segala cita2 bykkan bersabar
Ibu segala ibadah tinggalkan laranganNya

28 Jul 2012

Pengetahuan Am dari Majalah Mastika

* Sirius adalah bintang yang paling terang di alam semesta. Tahap kecerahannya 26 kali ganda lebih terang berbanding  matahari. 

* Candlefish sejenis ikan yang mempunyai banyak lemak. Ikan ini perlu di bakar untuk mendapatkan minyaknya. 

* Pada zaman dahulu, orang-orang Cina menggunakan dadah untuk mengubati penyakit cirit-birit. 

* Ikan emas adalah satu-satunya binatang yang boleh melihat dalam cahaya inframerah dan cahaya ultra violet. 

* Kondom mula-mula dicipta daripada linen pada tahun 1500-an. 

* Jangka hayat bagi seekor lalat hanya selama sebulan. 

* Badak mempunyai kulit setebal 3.81 sentimenter sehinggakan peluru besi pun tidak mampu menembusinya. 

* Honey Badger atau sejenis binatang seperti landak boleh bertahan disengat ratusan lebah Afrika. Sengatan yang sebanyak itu boleh membunuh binatang lain. 

* Obor-obor Australia jenis 'Chironex fleckeri' adalah obor-obor yang paling berbisa di dunia. Bisa sengatannya telah menyebabkan 66 orang maut di pantai timur Queensland sejak 1880. Mangsa yang terkena sengatannya akan menemui ajal dalam tempoh antara satu hingga tiga minit jika tidak mendapat bantuan perubatan. 

* Blesbok, sejenis rusa Afrika Selatan mempunyai warna yang hampir sama dengan warna jus anggur. 

* Warna darah di dalam badan belalang bukan merah tetapi putih. 

* Cengkerik gergasi dari Afrika suka memakan rambut manusia. 

* Sotong gergasi mempunyai mata yang paling besar di dunia.

Bawal Aidijuma 205




Siti Nurhaliza bertudung bawal Aidijuma 204


CitrAida - SHAWL CITRA " IN 2 IT










11 jenis manusia didoa Malaikat

 PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. 



Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokonganmalaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah
sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan,  bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi jugasokongan malaikat.

      Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

      1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam
      keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia
      tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah
      hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

      2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
      Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara
      kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan
      suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah,
      ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

      3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan
      kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf
      depan."

      4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan
      kekosongan di dalam saf).
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan
      kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung
      saf."

      5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai
      membaca al-Fatihah.
      Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam
      membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah
      oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan
      dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

      6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu
      berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat
      solat, di mana ia melakukan solat."

      7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
      Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul
      pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam
      hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)
      dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
      "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat
      yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit)
      sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
      Allah bertanya kepada mereka: "Bagai man a kalian meninggalkan
      hamba-Ku?"
      Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat
      dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,
      ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

      8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang
      didoakan.
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk
      saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
      adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
      yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
      dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun
      mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

      9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di man a
      pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun
      kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah
      ganti bagi orang yang berinfak...' "

      10. Orang yang sedang makan sahur.
      Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
      malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

      11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
      Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin
      menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
      untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang
      dan di waktu malam hingga Subuh."

      Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga
      kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
       Ilmu hak bersama..

27 Jul 2012

6 Cara ubati kekecewaan


1. TIDAK MENYALAHKAN DIRI & ORANG LAIN
     Kegagalan yang berlaku ada hikmahnya, jadi jangan terus menyalahkan diri atau mencari kesalahan orang lain. Sikap ini hanya akan membuatkan anda lebih tertekan. Bukahkah lebih baik anda mencari punca kegagalan seterusnya perbaiki kelemahan diri agar mencapai kejayaan di masa hadapan.
 
2. SOKONGAN
    Saat menghadapi kegagalan hidup, usah memencilkan diri sebaliknya bergaullah dengan keluarga atau teman. Anda amat memerlukan sokongan insane tersayang dan teman-teman disekeliling untuk mengubati kekecewaan dan bangkit kembali. Perhatian dan  kasih sayang mereka membuatkan hidup anda lebih berharga.
 
3. JAGA KESIHATAN
     Ketika dilanda dugaan, ramai yang mengabaikan kesihatan sehingga jatuh sakit. Sikap ini perlu dihindarkan kerana ia akan memudaratkan diri sendiri. Hidup kita tidak akan pernah sunyi daripada onak dan duri. Anda mesti bersabar dan sayangi diri dengan menjaga kesihatan. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti bersukan atau beriadah bersama keluarga.
 
4. BERJENAKA
    Orang yang gagal cenderung bersedih dan hanyut dibuai perasaan. Sepatutnya anda lawan perasaan tersebut. Pada mulanya memang terasa pedih memaksa diri bersikap seperti biasa. Tapi sampai bila anda ingin menangis? Kuatkan semangat dan bersikap ceria. Jenaka antara perkara yang dapat membantu meredakan tekanan anda.
 
5. LUAHKAN PERASAAN
    Masalah yang bersarang di hati jangan ditanggung sendirian. Anda perlu luahkan isi hati kepada orang yang dipercayai seperti keluarga atau teman baik. Jika berasa ragu-ragu, luahkan apa yang terbuku dihati dalam diari. Cara ini akan mengurangkan bebanan perasaan atau derita yang anda tanggung.
 
6. GALI POTENSI DIRI.
    Setiap orang mempunyai lelebihan dan kekurangan. Jika anda gagal dalam satu perkara tidak bererti anda gagal dalam hidup. Gali potensi diri yang sebenar. Mungkin selama ini anda fikir anda meminati bidang kecantikan tapi selepas menemui kegagalan dan muhasabah diri, baru anda ketahui kelebihan anda sebenarnya dalam bidang hiasan dalaman.

25 Jul 2012

20 Petua Murah Rezeki


1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.
10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)
15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezekidalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

24 Jul 2012

Info Kulit


Elak kulit berkedut.
 
Selain penjagaan luaran, seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura lecerian, begitu juga dengan kulit. Apabila anda tiada masalah, sentiasa tersenyum dan kurang tekanan menyebabkan kulit kurang mengendur, tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.
 
1. Minum banyak air.
  Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
 
2. Bersenam
  Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
 
3. Jangan merokok 
    Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan, sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus.
 
4. Tidur yang cukup 
    Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
 
5. Elak bermekap 
    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakan sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan benarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.
 

23 Jul 2012

Jangan tinggal daku.....

PERTAMA: Aku tidak mahu engkau dicampakkan kedalam api neraka yang marak selama 30 tahun, yang mana apabila ditukarkan ke angka tahun akhirat, yakni menjadi 60 ribu tahu. 

KEDUA: Aku tidak mahu engkau mendapat dosa bagai membunuh seribu umat Islam. 

KETIGA: Aku tidak mahu dosamu dicatat bagai telah meruntuhkan Baitullah iaitu Kaabah yang agung di Masjidilharam. 

KEEMPAT: Aku tidak mahu dosamu ditambah yakni dosa yang sama bagai berzina dengan ibu kandung sendiri. 

KELIMA: Aku tidak mahu hidupmu dimuka bumi ini hilang dari keredhaan-NYA, tidak mendapat nikmat-NYA, oleh kerana itu jangan la engkau tinggalkan kelima-lina waktu yang aku sebut di atas. 

Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat engkau terseksa dengan hukuman yang maha berat itu. Aku tidak akan pernah pinta kemewahan jauh sekali wang ringgitmu. Yang aku pinta hanya sedikit waktu. Bahkan mungkin sekadar lima minit. 

Ya! hanya itu lah masa yang aku pinta, agar engkau tidak meninggalkan aku....SOLAT LIMA WAKTU. 

SABDA Rasulullah s.a.w: " Perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t di akhirat adalah solat. Jika seseorang hamba itu baik solatnya, maka dia akan mendapat kejayaan. Sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan menerima kekecewaan dan kerugian" - Hadis riwayat At Tabrani. 


( Sumber dari Mastika)

22 Jul 2012

Kata-kata Himat Personaliti Terkenal

" Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai orang boleh menetapi masa yang berharga"  - Tun Dr Mahathir Mohamad. 


" Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang "  - Samuel Johnson 

" Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya "  - Albert Camus 

" Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkan telah melakukan satu kesalahan lagi " - Confucius 

" Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampal tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang " 
Cecil B. DeMille. 

" Jika anda berkerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai perkerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda " -  Roy Kroc ( Pengasas McDonalds) 


" Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaan, bukan dari jawapan-jawapannya" - Voltaire 

" Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. " - La Roche. 

" Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya"  - Marcus Aurelius 

" Akhlak yang buruk ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah " - Wahab Munabin. 


" Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasan malu akan dirinya terlebih dahulu " - Aflatun 

" Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang " - William J. Siegel 

" Orang yang paling tidah bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan " - Mognon Me Lauhlin. 


" Bangsa yang tidak percaya pada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka . " - Soekarno. 

" Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi perkerti." - Hukama. 


" Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." - Joseph Conrad 

" Perempuan selalu mengambil kesempatan yang tidak adil ke atas lelaki. Jika mereka tidak boleh dapat dengan cara tipu helah, merekan boleh dapat sesuatu dengan cara membisu." - Yul Brynner 


" Satu-satunya cara untuk menjaga kesihatan ialah makan apa yang anda tidak mahu, minum apa yang anda tidak suka dan lakukan apa yang anda tidak mahu." - Mark Twain 


" Nasihat saya kepada anda berkahwinlah" Jika anda berjaya mencari isteri yang baik anda gembira, jika sebaliknya, anda kan menjadi ahli falfasah." - Socrates. 


" Perkara yang paling tidak difahami manusia tentang alam semesta  ini ialah bahawa ia difahami." - Einstein 


(Sumber Mastika)

21 Jul 2012

Roh di Bulan Ramadhan


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang
amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan
roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..
menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang
adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh
mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada
kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua
hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

RAIH KEBERKATAN RAMADHAN

Bulan yang hanya datang hanya setahun sekali ini sepatutnya direbut dan diraih keberkatannya. 

PERTAMA 
Semakin tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Maksudnya ialah ketaatan di sepanjang Ramadhan lalu mendorong kita untuk tetap melakukan setiap aspek pekerjaan seharian mematuhi garis panduan dan kehendak syarak di samping mendapat keredaan Allah SWT. 

KEDUA 
Mensyukuri nimat makanan dan minuman. Ramadhan juga menjadikan kita umat yang tahu bersyukur atas nikmat rezeki makan dan minum. Dengan nikmat ini kita rajin beribadah, banyak bersedekah dan suka menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah. 

KETIGA 
Tabah hati dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan. Asas penting untuk memperolehi sifat ini ialah sifat sabar sepanjang Ramadhan. Sifar sabar tersebut telah meningkatkan mutu ibadah, akhlak terpuji, semangat tolong menolong dalam perkara kebaikan, melahirkan pemimpin yang berkualiti, perkerja yang produktif dan seumpamanya. 

KEEMPAT 
Ketekunan dalam mengerjakan ibadah. Sifat tekun ini datangnya daripada kesungguhan kita melakukan solat terawih dan bertadarus al-Quran. Natijah daripada amalan-amalan tersebut mampu melahirlan modal insan yang bertanggungjawab, adil,  berintergriti tinggi, amanah dan mempunyai Haibah dalam apa juga lapangan yang diamanahkan kelak. 


(sumber majalah midi)

20 Jul 2012

SALAM RAMADHAN 2012

Cik Ton ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Cikton.com, yang mana datang tinggalkan komen tu , Cik Ton mohon berbanyak maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas komen tersebut.


Buat masa ni Cik Ton sibuk dengan tugas harian di pejabat, menyiapkan tempahan tart nenas untuk raya dan karipap frozen.


Memandangkan kita dah pun masuk bulan yang di namakan "PESTA IBADAH" ini Cik Ton mengurangkan sedikit aktiviti berblog, tempahan untuk tart dan karipap frozen pun Cik Ton hadkan hanya untuk rakan dan saudara terdekat saja.


Seboleh mungkin Cik Ton tak nak aktiviti sampingan ini mengganggu perjalanan ibadah puasa Cik Ton.


Cik Ton hanya mampu menyediakan catatan secara "autopublished" sepanjang Ramadhan ini dengan catatan yang bermanfaat, hendaknya dan memberi pengisian berguna kepada semua pembaca. Insyaallah.


Sekali lagi Cik Ton memohon ampun dan maaf di atas kesilapan samada disedari atau tak disengajakan , Cik Ton doakan semoga kita bersama-sama dapat melakukan ibadah puasa tahun ini sesempurna yang mungkin.


Wasallam.

BAWAL JINBARA ( Perincian Renda )

MATERIAL: CHIFFON + SILK
SIZE; BIDANG 48'
PRICE: RM 45 (Termasuk Pos ) tambahan RM5 untuk Sabah & Sarawak








LinkWithin